30 Mar 2017

Asam boi

Assalamualaikum

Pertama  sekali , enkorang harus  tahu  title  tu tiada  kaitan  dengan   apa  yang  aku  nak  merepek  di  bawah ni.

Bila  usia  dah nak mencecah  doplohsatutahun, kau  mula  fikirkan lagak  orang  dewasa.  Kalau  dulu  aku  bagitau  mak  dengan  sopannya, "Kak long  nak  kahwin  umur  21  tahun, sama  macam  mak bila  kahwin  dengan  ayah dulu" hemohemo

Tu  lima  tahun  lepas  punya sembang kencang  dengan si emak sup sup T_T  haa sekarang  ni  dah  21  aku  masih  sendu, masih  mencintai  diri sepenuh hati  sampai  rasa  lebih baik  kahwin  dengan diri sendiri pulak. Lepak  dengan  member  dekat  library (demi aircond, panas gila baq hang) aku nampak  lah  sebilah  sepasang  lelaki  dan perempuan  tengah  khusyuk studi  bersama, sambil tu sakan gelak  ketawa  kepit kepit punya stail. Aku perghati je  perangai  depa dalam diam. Pergi  cafe  pulak  nampak lah  segerombolan  tengah  dating, aku  macam  biasa  order  makanan  dan duduk  di seat *khas  untuk orang single sendu foreveralone* yang  menghadap  dinding. sedih wooo

Mungkin juga  sikap  aku  yang suka menyendiri, tengok wayang sesorang, pi karok pun booking satu  bilik  untuk diri sendiri  lepas  tu  lepak cafe  menghadap  jalan, yang  sentiasa  ada denganku  hanyalah  diriku. Yang  memujuk hati lara ini juga  adalah diriku sendiri. Yang  mengelap  air  mata dan hingus  meleleh cecah  lantai  juga  diriku. kekadang  aku terhibur  dengan diri  sendiri.


Kadangkala  melihat  orang bercinta-  "Bahagiakah  mereka?",terdetik di hati aku.
Bilanya  aku  nak  rasa  kebahagiaan  yang  mereka  lalui  sekarang.  Tipulah  kalau  aku  tak  menjejes  air  mata  tengok  membe semua  pakat  dah  ada  marka  masing masing. Aku macam biasalah  jadi orang ketiga  kena  teman dating sobsob  khononnya  nak  elak maksiat. Puih  hampa  dating  tu pun  dah bagi  bonus  point  kat setan tahu *emo*, tak pepasal  aku bersubahat -.-


mungkin belum  sampai  masanya *peluk  bahu sendiri*  Perempuan  mana  je takmau  dicintai dan dihargai oleh  lelaki  yang  boleh membahagiakan dia  higga ke Jannah. Kerlas kau ayat espiyemm.


Jujur  hati  ini  kembali  pulih  bila ada wardah , Qiqi  and Leen  yang always  happy go lucky  with their  single  life. Mereka  selalu  bersyukur  dengan   apa  yang ada, Wardah  selalu  pesan  yang  selagi  kita  hidup  manfaat segala  peluang yang ada. Buatlah semua benda  yang  bagus untuk diri kita  dan  kelak  bila  sudah terikat  dengan someone, you gonna miss all those times. Aku  patut  jadikan  depa  sebagai  role  models, mana taknya  dah dapat  dekan setiap sem >.< haha aku  masih  struggle  dengan  hidup  ini.


Tak  tahu  kenapa  repekkan  aku  kali ni agak serius, mungkin ikhlas dari  dalam hati. Tiada  unsur  lawak  kali  ni  sebab  mood aku  tengan kelemasan dalam laut.

sekian

1 comment:

  1. Love comes when you least expect it. Anyway, life is hard. Stay strong, for yourself ⛄️

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~