5 May 2015

Photoshoot B1T8

B1T8 ni merupakan  kumpulan Kpop yang masih baru, junior kepada B1A4 yang sangat femes di Korea Selatan.Kumpulan baru ini diterajui oleh aisyah az  kerana dia seorang yang berdarah jenis B. lepas tu kann... kumpulan ni tak wujud pun.*tipu sikit-sikit boleh la

Actually B1T8 was my class untuk sepulohbulan masa kat matriks dulu.B(biology) refer to modul 3 ,padahal aku tak nampak related B dengan 3 pun.T8 pula refer dekat tutoran number 8.Walawei, aku dah la suka gila no.8 lepas tu dapat kelas kelapan.Onggg sangat ^_^


Lepas habis last paper  iaitu paper 1 Biology.My classmates and I  turun padang untuk photoshoot.Takdalah photoshoot gah macam Dewi Remaja sangat. Cuma untuk kenangan kami. Jadilah kan daripada takda langsung. credt to dslr nana yang buat muka aku flawless habis. auuww_


Petang isnin tu hujan lebat kemain, nasib kami order sate awal awal so sementara tunggu hujan berhenti. kami mengkedarah dengan lahapnya.






aku tak sempat nak kalih muka sebab sate dia  wallahi sedap sangat. hujan turun rintik-rintik dah masa ni.



because kami ada pemain gitar terbaik dekat kmpk, Ariff. Cool kemahen aku rasa, sambil makan ada orang nyanyi. dah la free. muehehe ;p

Sesi bergambar mula bila hujan berhenti. Kami sayang dslr nana, takmau bagi kena hujan. kang dia mintak ganti rugi tak ke haru biru  nak bayar.My classmates are typical selfie people, so nak ajak bergambar memang senang. tak ajak pun dorang gagah berlari nak masuk gambar sekali. hoho

 

yass.. Raja jadi pemeriksa hujan pada hari tersebut.sebab kami sayang dslr nana... hujan no camera 




the tripod kami pinjam Sir Am punya (lecturer sc comp). Thank u sir ^_^






  


kalau suruh buat muka annoying gila, aku lah champion dia. Gambar ni menceritakan perangai masing masing.Ada yang poyo , garang, nakal (yang depan sekali ni), happy-go-lucky, comel (aku) hahaha 


Jangan terkejut  bila hampa masuk matriks, kelas ada sorang lelaki saje.12 lagi perempuan. sebab kadar peratusan lelaki memang sikit. conclusion, spesis depa ni makin pupus. #bringtheboysout.My class ada empat ketul jejaka je. Semua baik-baik (khononnyaa -_-)


Setiap kelas akan split. ada B1T8a and B1T8b. so i was in B1T8b !! muka ntahpape haruslah aku. hai korang, tak rindu aku ke?

       ---♥ ♥---
kami berasal dari negeri lain-lain.Semua ada, mula dari Kelantan sampai ke Perlis.Dekat sini lah aku belajar macam macam bahasa. mostly ,kelatan lah because dalam kelas aku bersepah mek mek kelantanese. Well B1T8  ni penyeri my life as matrician,tanpa kalian, aisyah az mungkin tak boleh survive sampai ketitisan terakhiir. Thank  you gais *lap hingus


3 May 2015

Setahun berlalu

Assalamualaikum,

Hari ni cukup setahun arwah cikgu roslina az pergi meninggalkan dunia ,menghadap Illahi. Namun, ingatan bersama cikgu tak pernah lekang daripada ingatan. Allahu, rasa rindu menggunung dan berharap dapat peluk  cikgu sekarang.

suara ,senyuman dan kata kata cikgu masih segar di ingatan. Masa di hospital:

" Aisyah, meh duduk sebelah cikgu. kenapa berdiri " - cikgu
 terngiang-ngiang lagi di telinga hingga sekarang.

Air mata dan perasaan sebak selalu bertandang di hati tatkala rasa rindu mula menular dalam hati.
 
Al-Fatihah 

2 May 2015

Kolej Matrikulasi Perak ,Gopeng #1

Assalamualaikum
#Part 1
#KMPk


Kalau ikutkan  matrikulasi perak ni, last choice aku  dan  tak  penah terlintas pun nak sambung study dekat sini. hakak hakak ada tanya kenapa tak masuk U? huhu bukan aku tak ditawarkan . Alhamdulillah rezeki  Allah bagi sampai  aku  keliru  nak masuk  institusi apa. Kedua orang tua sarankan ecah az masuk kmpk. so jadilah -
 Aisyah Az, student kmpk untuk program satu tahun(pst)

menyesal ? tak pernah

finally, aku dah berjaya tamatkan perngajian aku dekat KMPk.tuptup setahun berlalu  dengan pantas dan segala penat lelah yang aku rasa dekat matriks hilang macam tu je. Proses  aku  mereput dekat rumah bermula, hahaha tak tahu nak buat apa dik oi. Mula lah rindu  zaman kat matriks dholu dholu. mercik ;'(


first thought pasal matriks :

Menakutkhonnn. ni semua  salah akak abang senior aku yang suka momokkan cerita seram hambar pasal matriks. dah la first time  berjauhan dengan family, rasa seram sejuk tu tak dapat dibendung.  tapi. semua sangkaan sahaja. tak alami lagi keadaan sebenar di matriks masa tu. sebenarnyakan.. kan

BEST GILA BAQ HANG!!



To be continued...



Total Pageviews