Mengada sangat kan tajuk ecah. makin nak gi matrik, gedik search pasal kawin-kawin bagai. hahaha. cara menghilangkan stress khononnya. yang belum kawin pun digalakan baca ya!
selama berpuluh tahun mak cik-makcik, hakak-hakak dah kawin, mungkin tak sedar pentingnya redho seorang suami. ecah nak share satu artikel ni. ecehh.. malu pulak nak bincang pasal ni. tampar muka sendiri.
♥
Suami dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup.Namun setelah dia dewasa,dia memilih untuk mencintaimu(isteri) yang belum tentu akan mencintainya seumur hidupmu. Malah, cinta suami padamu lebih besar daripada cintanya terhadap ibu sendiri. betul kan?
♥ ♥
Suami dibesarkan sebagai LELAKI yang ditanggung nafkahnya oleh kedua ibu bapa sehingga dia sudah dewasa. Namun, belum sempat suami membalas segala pengorbanan ibubapanya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, yakni perempuan asing yang baru je dia kenal dan perempuan yang terikat dengan akad nikah tanpa ada ikatan rahim seperti ibu ayahnya.
♥ ♥ ♥
Suami menghabiskan masa dan cuba memuaskan keinginan anak-anak dan dirimu. Padahal di sisi Allah, isteri atau ibu tiga kali lebih dihormati tau oleh anak-anak berbanding dirinya (ayah). Si suami tidak pernah sekalipun berasa iri hati, kerana dia mencintaimu dan berharap isterinya mendapat yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.
Suami selalu menutupi masalahnya dihadapan isterinya dan berusaha selesaikan masalah sendiri. gentleman bukan? Sedangkan si isteri selalu mengadu domba segala masalah dari hal kerja sampai masalah terlepas sale date kat Sogo dan kalian berharap suami boleh tolong dan bagi harapan.
Malah ,kita tak tahu sebenarnya di saat kita sibuk potpet potpet, suami tengah mengalami masalah yang lebih besar tapi dia rahsiakan sebab tak nak susahkan hati isteri. ermm
Malah ,kita tak tahu sebenarnya di saat kita sibuk potpet potpet, suami tengah mengalami masalah yang lebih besar tapi dia rahsiakan sebab tak nak susahkan hati isteri. ermm
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Suami berusaha memahami bahasa diammu.isteri acah-acah merajuk gitu serta bahasa tangisanmu sedangkan si isteri mampu memahami suami tatkala dia bagitau yang dia tengah marah, tacing.
Jika isteri melakukan dosa secara tak langsung suami akan ikut terseret ke neraka kerana dia bertanggungjawab atas maksiat yang dilakukan oleh isteri.
contohnya: isteri tidak menutup aurat dengan sempurna atau malas nak solat.
Tapi...... bila dia yang membuat dosa, isteri tidak diseret sekali ke neraka jahanam, apa yang telah dilakukan oleh suami adalah perkara -perkara yang suami kena tanggung sendiri!
♥-♥-♥
Selalu orang cakap menjadi seorang ibu mak mama umi amma sangat susah sebab kena lahirkan anak yang sakitnya tidak dirasai oleh kaum lelaki. Yeapp memang betul pun. tapi. lelaki juga ada tanggungjawab lagi besar. Allah itu Maha Adil =)kenapa ayah tak bawak along pi main kat taman bunga cenggini. hikhik |
Thank u for reading!
Amboi, entri harini...
ReplyDeletexpe, bagus tuk persediaan sebelum melangkah ke alam rumahtangga.. ;D
bagus juga tuk k nrl yg dah kawin bertahun2 ni...
Nice sharing...
kan kan.. thank u kak nurul bagi support.bhahaha. nanti jgn lupa datang ya. =p
Deletenice entry ecah :') love it :*
ReplyDeletenice ecah.. very nice one. (:
ReplyDeletesuami isteri ade tggjwb masing2... ^_^
ReplyDeletetibe2 terpikir plak kan pasal lelaki lepas bace entry ecah nie..huhu..
ReplyDeleteTajuk entri kemain Ecah ni tau. Hihi. Best3 ty info. Wuuu~ terus rase nak hargai lelaki sedunia. T_T
ReplyDeletehehehe btul2..ecah pun terus rasa nak nanges pikir kan pasal ayah n lelaki2 di dunia ni. lol
Deleteamboi, semangat ecah XD
ReplyDeletebetullah, Allah maha adil. ada part suami, isteri can't do. sama jugak sebaliknya.
btw, hazy dapat asasi sains UiTM puncak alam.
ecah ke matriks pun hokaayyy sangat lah. sama je dengan asasi XD
kena lah semangat slum menjejak kan kaki ke matrik. kira ni warming up. bhahaha.
Deleteokey aisyah stop merepek!
hehe tu lahh.. rasa cam sayang tolak asasi unimas. but Allah knows the best kann.ermm
terima kasih atas perkongsian ecah...suka baca entry ni=) insyaAllah...sama2 kita lakukan yang terbaik ye untuk insan yang bergelar LELAKI especially Ayah...abang/adik laki dan suami sendiri =) tak lupa untuk MAK dan kakak/adik perempuan yang tercinta jugeeeeeee<3
ReplyDeleteamboiiiii.....kemain mendalam lagi entry ecah kali je.cik ade bagi bace kat somi cik ne...somi kata...bagusssss adik ne buat entry mcm ne..hihihihi
ReplyDeleteGood Ecah.. sayang ayah selalu.. semoga ecah dpt calon suami yg baik dan soleh.. amin...
ReplyDeletetiba2 kepala teringat dekat suami..dengan keadaan adik dia di ICU, sy pulak dekat nak bersalin,macam2 dalam kepala dia..sedihnyee..
ReplyDeleteWah wah wah. Bagus ni Ecah. Buat akak teringat dekat ayah akak pula.
ReplyDeleteNice info Ecah hihi bila kita nak kawin ni:p Hahhahahah
ReplyDeletesebab tu la sblm kawen ni ilmu tu kalau boleh cukupkan dulu..
ReplyDeleteni ilmu xckup, pastu kawen,,tu yg bnyk prob tu..
masing2 ilmu xckup...lebih ikut hati je..
*peringatan utk diri sdri..huuuu*
kan..selalu asyik ibu-ibu jekan..
ReplyDeletepapepun,pengorbanan ibu dengan ayah sama hebat :')
hehehehe <3
ReplyDeleteqila sayang abah :D
abah selalu sedih dgn cerita melayu yg derhaka dkt bapa tapi tak dapat balasan.
tapi tak tahu dah lah nama kita BIN kan ayah.
Pastu ayah pun tanggung dosa kita.
Pastu memacam lah yg dia boleh buat but not mom can do kan hihi <3
thanks chaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa