24 Jan 2016

Tahniah Aisyah Az

Assalamualaikum^_^

Congrats for me, Taraaaa. *Keluar  fireworks * Bukan  sebab  Tuan Anas  masuk  meminang ecah tau. Bukan bukan. ecah  tengah berusaha  mengembirakan  hati  sendiri.

Tahniah  NOOR  AISYAH  AZIZON  kerana   gigi  bongsu  anda yang  ke-empat   baru  tumbuh. masih bayi rupanya  ecah ni
-_-

Sakit  kemain  gusi  ni  sampai  ecah  tak  mampu memberi  senyuman  menawan  pun   hari ni. Demm. Hilanglah  pahala  sadekah  aku. Jumpa  orang  macam  nak  tumbuk je rasa, kalau  boleh  jangan  cakap  dengan  ecah  langsung. huhuh 'uh eh ah akikiki'  pun  tak  boleh.


Dari  tadi  golek  kanan, golek  kiri, mata  ni  degil  tanak  bagi  kerjasama. Aku  dah la  mengantuk  gila, tapi  disebabkan  gusi  mengada  mahukan  perhatian  maka  ecah  terpaksa  memanjakan  gusi  dengan  menuam  pipi  yang  empuk ini . hukhuk

Tahun  lepas  kat matriks, dua  batang  gigi  comel  ecah  tumbuh  dengan  sihatnya. Masa  nak  birthday  ecah  ke-19,  tumbuh  seketul  lagi. Aiyooo  bagusnya  gigi  ni  tumbuh  sana  sini. Selalunya  ecah  akan  demam  dulu  baru  mula sakit  nak  beranak  gusi. haaa kali  ni  amaran signal  entah  kemana. kemahen  kau  yer gigi. Mengkedarah  cekelat  banyak banyak lepas ni, biar  padan  muka  gigi  ecah ni -.-

Tadi  rasa  nak  sepak  je  bucu  karpet. Bonjela  ecah  hilang  entah  ditelan  lipas  ke apa. Masa  darurat  ni lah  tak jumpa, masa  sihat  boleh  lompat  lompat  ada  je bendaalah  tu  berjoget  depan mata. Ecah ikhtiar  jugak  tadi  nak  telan  madu, lepas  tu ecah  maki  hamun  almari  kabinet  emak  sebab  membenarkan  sang  semut  semut  berenang   dalam botol madu  ecah. Angkara  si polan yang  tak tutup  rapat botol  madu  tu. Esok  pagi wajibal ghunah kena  buat  soal  siasat  satu  rumah, ayah  suspect utama  ecah. tssk tssk emo gila ni T_T



Sekian  sesi  luahan  perasaan  dari  gadis  comel  yang  dikurniakan  gigi  bongsu  yang  maha  comel. ahaks. Doakan  ecah  boleh  tidur nyenyak  untuk  hari mendatang. tolong lah , sapa  lagi  ecah  mintak  tolong hoho

Thank u Allah =)

sumber gambar: haruslah  pakcik  google  yang  pemurah

7 comments:

  1. omg...gigi qila entah bila nk tumbuh hihik.
    get well soon cha!
    and congrats :ppppp

    ReplyDelete
  2. ingatkan time kecik2 je gigi boleh tumbuh, tak sangka sekarang pun boleh. tahniah dh dpt gigi bongsu comel :p jaga leklok hihu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ubat untuk dlm mulut kak farah hehe. it's edible and mcm soothing gitu. haha. especially for ulcer etc etc kut. tak silap la hahahaha.

      Delete
  4. saya benar2 terkejut ecah bila dapat gigi masih tumbuh walau dlm usia remaja n dewasa. selama ini setahu saya hanya ketika kanak2 jer boleh tumbuh gigi

    ReplyDelete
  5. gigi baru nak tumbuh,sakit gigi,kena ulser..sakit tu lebih kurang sama.rasa macam nak mkn orang je..huhu

    ReplyDelete
  6. Saya terhibur dengan post anda. X mcm org 20 tahun. Hrmm

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~

Total Pageviews