Assalamualaikum
Sambil menguyah pisang goreng cicah sambal kicap, ecah teringat zaman muda dulu (i'm 20 but unofficially, feeling old ) tengah cuti ni bukan boleh sangat duduk sesorang, mesti kerja nak throwback manjang
p/s: aku dah tak merajuk. hati perempuan katakan hoho
Aktiviti petang jumaat (Lokasi :KMPk)
1. Bersila dekat cubicle
Masa ni lah aku boleh merehatkan badan , bagi reward sikit dekat diri sendiri dengan menyejukkan badan sambil tanda past year. al-maklumlah air cond cubicle wallahi sejuk sampai ke tulang hitam boleh rasa. Namun, langit bukan selalu cerah. Aku pernah mandi peluh sambil marking assignments akibat air cond satu cubicle rosak. busuk busuk pi jumpa lecturer. sumpah tak kool.
p/s:masa ni nak bergossip ilmiah dengan lecturers. cewahhh
2. berguling kat Padang Golf
haruslah lagha, sampai sekarang aku musykil sebab tak pernah pulak aku nampak students hayun golf stick kat padang tu. celah mana lubang golf pun tak penah jumpa. Selalunya aku singgah sini sebab nak tengok sunset sambil sibuk cabut kemucup dekat seluar huhu . Sarah and roommates yang rajin heret ecah waktu petang. Konon untuk hilangkan stress yang melandai diri sepanjang minggu tu.
3. Lepak dekat Pak Wan
Pak Wan ni nama glemer cafe dekat sana tau. Hampa jangan pikir bukan-bukan,picit halkum karang Selalunya nak tengok sinetron tak pun berdebat dengan abang roti canai + abang bihun sup. Yang best dekat Pak wan - nasi ayam, bihun soto (abang tu kedekut bagi begedil kecil puih), roti planta. *berdasarkan anak tekak empunya badan*
4. Tidur
Takdanya aku nak biarkan anak mata aku menjamah buku waktu petang, aku masih bertimbang rasa, tak mahu dera otak comel hehe. Padahal kelas habis pukul 12:30 hahaha aku selalu rehat je (tidur sikit) tak pun aku doodling. boringnya rutin aku aihh.
5.tengok students main petanque
Tak reti main tapi mampu tengok dengan tekunnya. Lagipun court petanque ni sebelah blok je. Aktiviti ni berlarutan sampai lah senja ,dah kena panggil dengan roommate suruh masuk bilik. hukhuk
hehehehehehe ;'D
sekian cerita hambar saya
thank you sudi baca
topik utama ke bergosip pasal lecterer... heheh... nice place ecah... :)
ReplyDeleteKita budak baik lah . Mana reti ngumpat2 ni
Deletekebanyakan post kak ecah selalu sebut pasal matrik,rindu matrik lettew hihik
ReplyDeleteHuhuhuhu sapa tak rindu hoi
Deletetetiba throwback zaman muda 6 years ago...hahaha
ReplyDelete