Assalamualaikum pembaca blog ecah (tu pun kalau ada hiks)
WEIIIIIII LAMANYA GUWA TAK HAPDET BELOG :'(
Masa lapang ecah dipenuhi dengan aktiviti paling berharga as mahasiswi berjaya yakni "tidur " , bila eksaited nak menaip post tetiba member ajak lepak -_- lepas tu nak godek blog , muncul rasa bersalah dekat encik assignments yang setia menunggu. aihhh terpaksa tolak tepi selow selow blog kudus hak milik ecah comel ni.
Kuliah dah masuk minggu ke-6 dan seketul ecah masih giat mencari sesuap masa untuk diri sendiri. Kemahen busy benor bila dah masuk second year. Kalau dulu aku mampu bersiap ke kelas namun kini aku hanya memakai tshirt kedut dan selipar jepun ke kuliah. Masa dengki gila ! maghoh ni
Semalam tak dapat tidur sampai pukul 3 pagi, skrol twitter and ig sampai terjojol bijik mata then bangun pukul 5 pagi demi mesin basuh hahaha kau bayangkan aku dengan bukaan mata hanya 0.2567 cm menapak ke bilik mencuci tingkap bawah pukul 5 pagi siap bawak bakul besar tssk tssk
paling mencabar mesin tu tak nak terima duit kertas jhcajfhaf aku hampir mencarut di pagi hari dan memecah kesunyian dengan tangisan dalam kalbu hukhuk . Maka seketul budak mata tak celik menapak naik ke bilik semula, ambik duit syiling huh. kalau mesin basuh ni orang, dah lama aku pukul dengan batang paip.
pukul 7 pagi dah get ready apa semua nak pi seminar. Ye seminar di pagi sabtu ;') ikot tentatif start pukui 9 pagi. Aku pukul 8:40 dengan muka paling manis dah terpacul kat situ tapi event start pukui SEPULOH PAGI !!!
Aku tersangatlah mengantuk ni. okay tu je motif aku cerita panjang berjela cecah lantai. haihhh my insufficient weekend , melepaskan mu ~~~~ esok ada event dari pagi sampai 11 malam sobsob i want my family now T_T aku sangat rabak
ni mesti kes taknak berebut mesin basuh dgn org lain ni, tu pasal sanggup bangun awal smpai pukul 5 kann
ReplyDeletedugaan seorang pelajar. hihi. takpa esok lusa bila da kerja kompem rindu balik bz2 camni. hiks :D
ReplyDeletehi..saya datang follow sini:)
ReplyDelete