26 Jun 2020

Sarjana Sem 2

Assalamualaikum

Hi everything!!!

Nak bagitau ni.... yang.... semester 2.... ecah... for master... kan kan.... dah tamat! Yet not officially over cuma online class dah tamat welewiwuuu. (read: i still got final exam). You know online class not really kool alternative but i nailed it. Dengan ini saya boleh dapatkan tidur yang cukup; jika hati ini rela menolak keinginan tonton drama korea la sehingga lewat malam huhu. Tak banyak kenangan yang berjaya dilakar semasa sem 2 tapi syukurlah mampu survive. Ecah extend hanter thesis sebab haalah haalahh tak sempat oi nak buat sampai terkejar dengan assignment cecah lantai. Ni tak termasuk dengan consideration pensyarah. *malas nak ulas lebih panjang. Overall i'm good and survived.

See ya


10 Feb 2020

Siswazah

Assalamualaikum adek adek sekalian *Acah dewasa*

Siapa pun anda yang sedang membaca entri ni, ecah cuma nak ucapkan terima kasih sebab masih sudi baca belog yang penuh dengan sawang ditambah dengan debu setebal salju himalaya (idk how thick it could be due to the climate change). Apepun, ecah menjalani kehidupan seperti manusia normal. stressful and hectic life ever.

Saja nak tambah stress dengan sambung pengajian ke peringkat Master. Tinggal satu sem lagi oi! Yeay. Semoga ecah diberi kemudahan siapkan thesis on time dan dipermudahkan segala urusan. Ameen. ---- Niat sambung belajar sebab nak banggakan parents and saya suka belajar kahkah. tapi. seriously hidup as pelajar tak stressful as working people. I just love to study but i do hate exam. 

Sesiapa yang mengenali ecah dari zaman sebelum baligh haha saya kini sudah berusia duapulohempattahun dan masih bujang. Masih mencari arah tuju kehidupan yang diredhoi Tuhan.
Harapnya kita akan bertemu di entri seterusnya (hopefully wujud). rindu kalian.


5 Aug 2019

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Biologi (Part 1)

Assalamualaikum

Tajuk saja nama macam acah acah kool sikit haha saja nak poyo on my first entry after a very long time hilang dari radar pusat belog. I finished my degree at Universiti Kebangsaan Malaysia a year ago. Jadi, boleh lah Ecah nak bagitau semorang yang kita dah sampai ke menara gading gais. Fuhh. 9 years old Aisyah never expected this, dulu dapat pakai jubah masa graduation pra-sekolah pun dah eksyen tahap calit lipstick merah mak ngah masa photoshoot. Bangga habis dah tu puih :p siap suruh mak lekat gambar kat hall of fame rumah.

Post ni nak membebel tentang kegembiraan ecah semasa graduation tapi rasa macam nobody's gonna read my entry haha boo aisyah. I need to grab the whole mood back to make my fingers dancing gracefully on my papan kekunci.

If  anyone has any questions regarding Degree Biology or anything about Varsity UKM. You are welcomed to leave comments down below. Ecah akan jawab sepantas kilat!

To be continued....




28 Oct 2018

berwajah baru

Assalamualaikum 

Hi! Nama saya ecah wacha dan hobi saya adalah dekorasi belog seterusnya meninggalkan belog untuk jangka masa lama. Hal ini adalah bagi memudahkan lelabah untuk beranak pinak dan membina sarang dengan ghairahnya  di blog ecah ini. Ya tahu viewer dah yilek tapi dengan berbekalkan jiwa penulis yang masih membara dalam diri, ecah akan terus update walaupun takda orang baca sobsob.

Semakin meningkat umur ni, makin suka dengan warna merah jambu ala khinzir gitu ya. Kalau ada sebarang komen dan notis mengenai penambaikan blog usang ini, sila tinggalkan di ruangan komen.


Selamat malam jiwa-jiwa sekalian.
xoxo

7 Feb 2018

RINDU ;')

Assalamualaikum

kemunculan semula ecah wacha! *kilat dan guruh berdentum*

ecah rasa sudah sampai masanya untuk kembali menarikan jari jemari di papan kekunci demi menaip kisah hidup yang sukar diceritakan tapi indah jika dikenang di sini.

i miss you belog!


14 Oct 2017

Ujian datang seperti meteor

Assalamualaikum,

Tahu pembaca setia semua dah hilang. tapi. ecah tulis jugak sepatah dua haram mengenai kisah hidup yang agak tragis.

Bermula dengan busy baca  journal sampai nak juling mata lepas tu dah siap bentang proposal depan SV. Okay settle satu hal. Then last week masa ecah tengah mengelupur cari masa, PENDRIVE ecah kena virus pulak. Masa tu rasa hidup ecah dah tak bermakna. okay tak saya tipu je :') Tertekan jugaklah sebab dalam pendrive tu ada segala benda yang amatsangatsungguh penting. Rasa nak pergi tembak mati semua virus yang derhaka cuba nak rosakkan hidup ecah.

Nasiblah ada Hazwan  rakan sekelas yang terer bab format and buang virus. Makan pendrive ecah yang terlatar sakit berjaya discharge dan kembali ke tangan empunya badan yang comel ini. hiks

Next, ecah mengalami sakit gigi  yang maha hebat. Mula mula inga biashe biashe je haha. Sekali hambek , dr suruh cabut gigi geraham ecah sebab gigi tu macam dah koma dan tunggu masa untuk rebah ke bumi. Gituuuu. Namun, masalah gigi ini belum selesai sobsob maka ecah berharap pada ubat tahan sakit dan berdoa kepada Tuhan agar gigi yang gebu comel tak berapa nak putih ni kembali sihat.

Tak kool lah sakit gigi lepas tu ada ulcer besar gedabak menyibuk nak muncul masa ni jugak. Hek eleh kau nak attention sangat ke ulcer sampai tak menyempat nak tempek ke dinding mulut aku. Takmau langsung bagi kerjasama kat ecah. Sekarang ecah tenga struggle nak makan. Kena hadap sakit gigi dengan ulcer blerghhh nak nangis je setiap kali mengunyah.

Demam pulak datang, biasalah tu bila dah sakit gigi en en. So ecah tak boleh sangat nak buat kerja haha alasan :p update blog boleh pulak. Bukan ecah nak mengeluh dengan semua ni. Tak tak. Ecah just rasa macam tak kuat nak hadapi semua ni sesorang kat kolej. Lagipun tengah cuti midsem T_T ecah masih di sini siapkan segala kerja yang ada pffttt.

Maka berakhirlah sesi mengadu tanpa meminta belas kasihan. Doakan ecah terus tabah hadapi tahun akhir di varsiti tercinta.

Salam koko-cruch !

10 Jun 2017

Hello semuanya!



Boleh tahan lama juga ecah tak post anything, kali terakhir  masa  awal sem haritu kahkah  Cun lah update awai sem dan  sekarang minggu exam. Cuma kali ni ecah tak tempek muka segedabak  la sebab  sis  tengah stress dengan final . 3 more papers to go yeah.

Speaking of final , dalam masa setahun akan  ada dua final , standard lah tu kan  dan untuk pengetahuan semua  hadirin hadirat  yang  dirahmati sekalian, next sem ecah  dah  FINAL YEAR!!!! Gelek  pinggang**

Sekejap je dah nak masuk third year, mulalah  rasa  tua  dan comel teehee tapi  tu lah tajuk FYP  tatahuan  hala  lagi. So far  ecah  dah  yakin  dengan pilihan hati  cumalah  tu kekadang  ecah  ada masalah  trust issue  dengan diri sendiri  smh -.-  mulalah overthinking  lepas  tu teriyak tepi  katil. InshaAllah i will do my best , semoga thesis  saya cemerlang  terbilang meletop wee wee boleh buat master teruih :') angan besar baq hang



p/s: doakan jodoh ecah cepat sampai jugak


23 Feb 2017

Hello Semester 4 !


Bagi can lah ecah  nak  tempek muka  sebesar  alam  untuk intro sebab  jarang  kejadian sebegini  berlaku  dalam blog  ecahwacha.

Almost 2 weeks, my semester 4  has begun  and here i am baru  terhegeh  nak  update  sambil  mengunyah kuaci  bersepah  atas  meja. Tahukan  enkorang  bahawasanya  jadual sem 4 ecah sangatlah  ntahpape  sampai  rasa  nak sekeh  je  kalau  ada  orang nama Jadual.

JADUAL  SEM 4  yang  tak berapa  nak cun ;') subject fisiologi  hari isnin dah bertukar, 9-11 pagi

Hari  ISNIN  (bold ni sebab takpuashati haa)  yang paling ecah rasa  kalau boleh nak kerat dua  badan ni  bagi  senang  sikit perjalanan  hidup  hari  senen. Kelas  dari  pagi sampai pukul  7pm, setiap kelas 2 jam  pulak haha boleh nangis nan syahdu  tepi  pintu kuliah kot.

Semoga  Aisyah az  berjaya tempuhi  sem 4 ini gemilangnya. Tak mau  dah  makan tak  tahuan hala demi mengejar masa yang bapak  laju berjalan. Slow and steady dah lah kali ni.Hwaiting ! tetiba *

Harap  tak menjerit dah experiment  dissect  katak haha yang ni paling penting okay. Harap tak sembang nak study last minute. aihh Semoga  rancangan  aku  kali ni diberkati  oleh Allah.

Sekian  bebelan  budak biologi  tahun dua ^^


24 Jan 2017

Review : Novel FIXI Mereka karya Ariff Adly

Assalamualaikum ^^

Sambil  menghirup air kopi O panas ditemani Goblin hujan  renyai, aku  terfikir. ni kalau  dapat  makan cekodok panas pun sedap. Al-maklumlah  kaki  sebelah dah  jejak alam "dewasa", taste  makan aku  kemain  serupa  oangtua .

Semalam  sempatlah  aku khatam  satu  buku  fixi  dalam masa  sehari (tenyeh hidung-bangga seh). Dah  lama buku  tu  duk menari  depan  ecah  suruh  baca  tapi  encik  masa mencemburui  kitew


Ecah  memang  minat kipas  mati   buku  fixi. Akur. Buku  Mereka  ni antara  yang buat  jantung  ecah  rasa  nak  meletop kebaboom, tak boleh tidur  malam  siap  masuk  dalam  mimpi  lagi ciss -.-


Mereka - mengisarkan  8  sahabat  yang terhegeh nak buat  reunion  selepas  5  tahun  tak  jumpa.Main  karakter  ialah  Joker  yang  diberi  kebolehan  mata ketiga (six sense). Sumpah  aku  suka  gila  si Joker  ni  sebab  watak  dia  kool  habis  and gentle boleh dibuat  bakal  suami  soleh  hihi. So,mereka  semua  pi  bercuti  di  sebuah  resort  dekat  Pahang  dan  segalanya  bermula  di sini. Jeng jeng  jeng tak sedar yang  kegembiraan  mereka hanyalah  sekejap.

Esoknya  bangun  pagi,mereka  sedar lokasi  tak  sama  macam  malam sebelumnya. Segalanya  berubah  dan  menakutkan  ibarat  tempat  dalam Zombieland . Mereka  terpaksa  berdepan  dengan  pelbagai  dugaan  yang  pada  aku  sangat  menakutkan  dan tak  masuk dek akal. Haih  memerlukan  imaginasi  yang  tinggi  untuk  mendapat  gambaran  yang  penulis  cuba sampaikan (dahi  aku  sampai  berkerut  seribu  kot  masa  baca) stghess.

macam  aku cakap, Joker  ni bagus sebab  mostly dia  tolong  members  dia  dan  tak  pentingkan diri. Banyak  situasi  yang  buat  ecah  berdebar  terox  especially  masa  dorang terjumpa  "Tanpa  muka"  dan  Badut  Perempuan yang  buat  wa  hampir  carut  patpulohkali non stop.

Punca  semua  ni berlaku  adalah  dari  sorang member  mereka  yang  merupakan  ahli  kumpulan  Freemason. Jangan  tanya  wa  apa tu  freemason  T_T  kena google meh. Dalam  penulisan  Ariff kali ni, ada menceritakan  mengenai satanist  organisation  , Lucifer  dan  alam  jin. Kalau  nak  tahu  ghupe  ending novel ni, enkorang  kena  bacalah  Mereka  dengan  jiwa  yang  terbuka.

Aku  bagi  buku  ni  4.45553 / 5  sebab  berjaya  buat  wa  konfius  dan  pelbagai  persoalan  muncul di benak  fikiran.  Thank  you  Encik  Ariff  untuk  penulisan  Mereka  yang  lain daripada  lain. Tidak  mengecewakan , tazabar  tunggu sambungan  (Ada kan?) I like  KACAU too.

oh  ya, buku  ni  banyak  unsur  kelakar  okay. Aku  kekadang  konfius  nak sedih  ke nak  gelak kahkah.  Paling suka  part  Ezzad  kena  kejar  dengan  patung  ibu  dalam  gereja  anti-kristian LOL.

Siapa  dah  baca  buku  ni?Kita geng *wink*

Sekian  review dari ecah .

Thank  you  sudi  baca. Muah kit



Ecah tetiba jadi rajin. Allahu ;')

Assalamualaikum ,


Semua benda nak  buat  baru, nak bagi  sempurna supaya  hidup  lebih teratur gitu. Takmau  dah  bawak  perangai  tak senonoh  dulu  ke tahun baru  (Tahun baru ecah bermula bulan Feb ye, Januari ni kira macam  trial month) hikhik.

Dengan cuaca  yang  sangat  cun, makanya  ecah  merajinkan diri untuk  renovate blog  ni  agar  lebih  nampak "kewanitaan" haha bandingkan dengan  belog kudus dulu yang "kegedikkan" blurghh. Ecah  rasa  elok dah ni.. kan? ke enkorang  muntah pelangi  tengok  perubahan  blog ecah mmm 

Malam  ni baru ecah  nak start blogwalking. Rindu aktiviti  zaman  remaja dholu. Setiap  malam  mesti  gatai  tangan  nak  merayap  pi  belog-belog member.


See ya !

23 Dec 2016

Blogger pemalas

Assalamualaikum hakak and abang,


Layakkah aku  menggelar diri  sebagai  blogger  lagi huhu. Mana  ntah  semangat  cinta  akan  blog  ini hilang  ditelan  zaman. *emo*

Jujur  aku  rindu  sangat  nak  tengok jari-jari comel ni  menari  di  atas  keyboard ,merepek   tatahuan  hala  lepas tu syiok  sendiri  bebel  kat  sini.

Alahai.

Patutkah aku mula  aktif?

ada  lagi  ke  reader  setia  kat blog terchenta ni.hmmm

bye bye  have  a great  day ahead  earthlings. 

8 Oct 2016

Sem 3

Assalamualaikum  pembaca  blog ecah  (tu pun  kalau  ada  hiks)


WEIIIIIII  LAMANYA  GUWA  TAK  HAPDET  BELOG :'(

Masa  lapang  ecah  dipenuhi  dengan  aktiviti  paling  berharga  as  mahasiswi  berjaya yakni  "tidur " , bila  eksaited  nak  menaip  post  tetiba  member  ajak  lepak  -_- lepas tu  nak  godek  blog , muncul  rasa  bersalah  dekat  encik  assignments  yang  setia  menunggu. aihhh terpaksa  tolak tepi selow  selow  blog  kudus hak milik  ecah  comel  ni.

 Kuliah  dah  masuk  minggu  ke-6  dan  seketul  ecah  masih  giat   mencari  sesuap  masa  untuk  diri  sendiri. Kemahen busy  benor  bila  dah  masuk  second  year. Kalau  dulu  aku  mampu  bersiap  ke  kelas  namun  kini  aku  hanya  memakai  tshirt  kedut  dan  selipar  jepun  ke  kuliah. Masa  dengki  gila ! maghoh  ni


Semalam  tak  dapat  tidur  sampai  pukul  3  pagi, skrol  twitter and ig  sampai  terjojol  bijik  mata then bangun  pukul  5  pagi  demi  mesin  basuh hahaha  kau  bayangkan  aku  dengan  bukaan  mata hanya 0.2567 cm  menapak  ke  bilik  mencuci  tingkap bawah  pukul  5  pagi siap   bawak  bakul  besar tssk tssk

paling  mencabar  mesin  tu  tak nak  terima  duit  kertas jhcajfhaf aku  hampir  mencarut  di pagi  hari  dan  memecah  kesunyian  dengan  tangisan  dalam  kalbu hukhuk . Maka  seketul  budak  mata  tak celik  menapak  naik  ke bilik  semula,  ambik  duit  syiling huh. kalau  mesin  basuh  ni  orang, dah  lama  aku  pukul  dengan  batang  paip.


pukul  7  pagi dah  get  ready  apa  semua  nak pi  seminar. Ye seminar  di pagi sabtu ;') ikot  tentatif  start  pukui  9  pagi. Aku  pukul  8:40  dengan  muka  paling  manis dah  terpacul  kat  situ tapi  event  start   pukui  SEPULOH  PAGI !!!

Aku  tersangatlah  mengantuk  ni. okay  tu je motif  aku cerita panjang  berjela  cecah  lantai. haihhh my insufficient  weekend , melepaskan mu ~~~~ esok  ada  event  dari  pagi  sampai  11  malam  sobsob  i want  my family  now T_T aku  sangat  rabak




18 Jul 2016

Cuti Semester 2

Assalamualaikum  akak cantik  dan abang  kacak  sekalian. *suka latew


Cuti  sem  berbaki  lagi  3 minggu, orang  lain tenang  cuti  dua  bulan tapi  ecah  dapat  cuti  sebulan lebih je lantaran  kena  pulang  ke  varsiti  atas  urusan  duniawi *gituuu. Banyak  buang  masa  melagha  dalam  bilik , baca  novel  takpun  layan  movie  Harry  Potter. Tak  kool  langsung   kalau  boleh  nak  jejalan  sana  sini  lepas  tu  perabiskan duit  mak bapak  -_-''


#hidupsisingle

                                                                                         "Pergilah  belajar  masak  ke  apa  pompuan"

Takda  feeling  nak  belajar  masak. Yey  memang  takda kriteria  wife  material jadah  semua tu  and  takmau  pun  jadi  bini  hampa. Aku  kalau  boleh  nak  tidur  sepanjang  cuti ni  sebab  nak  qadha  balik  tidur  sepanjang sem  2  yang  banyak  diculik  oleh  encik  ensaimen.

aku  tak  tahu  lah entri  merepek  ni  aku  karang  atas  tujuan  apa  sambil  cicah  biskut  dalam  air  milo. Yang  pasti  cuti  ecah  tersangatlah  bosan sampai tak  tak  ingat  haribulan. tuptup  tinggal  lagi  3 minggu  hahaha dayum!


entri  ini  ditaip  disaat  ecah  separa  sedar  atara  realiti dan  fantasi. chiao ~


P/s: Selamat  Hari  Raya  Readers, Maaf  zahir  dan  batin (tu  pun  kalau  masih  ada)

16 Jun 2016

Entri semput

Assalamualaikum
#SalamRamadan

Entri  yang  paling  pendek  untuk  abad ni,siyes. Ecah  tak  tahulah  nak  rasa  apa,cuma  mengharapkan  enkorang sedekahkan  doa untuk  ecah. Huhu  doa  kalian  mampu  membuat ecah  senyum  sampai  kening. Sekarang  ni  rasa  ketat  je muka, kejap  kejap  selak  nota  sebab  otak  tak  mahu  bagi  kerjasama  padu.

Doakan ecah  dipermudahkan  menjawab  semua  papers  final  semester  2, semoga  ecah  dapat  ingat  segala  benda  yang  ecah  telaah. Doakan ecah  tenang  sepanjang  menjawab  exam ;)

tinggal  tiga  paper  lagi, welewiwuuu  lepas  tu  boleh  lah  ecah  menghabiskan  masa  dekat  belog  terchenta.ahaks. 

Goodluck  semua  dak dak  degree oi!

2 Jun 2016

HI!!!!!

Assalamualaikum hakak abiang sekalian !

   "Degree  life  busy kebenor "


Hmm ecah  tahu  dah  terlalu  lapuk  alasan  tu, tapi tu punca  kenapa  ecah  jarang sangaaaaaaatttttt hapdate  blog. Mesti  enkorang  rasa  nak  lepuk  ecah  sebab  selalu  sangat  muncul  lepas  tu  hilang  bagai di mamah  zaman. emm  akan  buat  comeback  real  soon. InsyaAllah  *tadah  tangan*

Harap  penduduk  bumi  dan  pembaca  setia  belog  ecahwacha  banyak  istigfar  dan  bersabar  menghadapi  ujian  dunia  yang  pancaroba  ini. termasuklah   bertabah  dengan  kata-kata  dusta  dari  ecah. hikss  lepas  ni  sis  akan  hapdate  laju-laju.

This  is  really  quick  post  sebab  ecah  ada  majlis  solat  hajat biologi  untuk  final sem 2! byebye uols. muah ciked huhuhu

10 Mar 2016

Serabut

Sambil   melepak  dekat PMFST ni, ecah  buang  masa  bersepah-sepah  sampai  orang lain kutip  masa ecah  ni  merata. Seyes  aku  buntu  nak  buat  apa. Baiklah , enkorang  akan  cakap 'Pergilah study  sana ' tapi  adakah  hampa  tahu  yang ecah  sedang  mengantuk  tahap  gaban. Memang  kalau  tidur  ni  confirm  koma seminggu.

untuk menyegarkan  mata comel ni,lantas ecah  taip entri ni  supaya  tak  berlaku insiden "seorang  pelajar tidur di atas  lantai  kaki  lima" hoho


yeah  lepas  ni  ada kelas applikasi  komputer  sampai  pukul  tujuh malam. huhuhuhu  bertabahlah syah.

byebye.  nanti  ecah  merepek  sampai  korang unfollow belog ni. hahaha


2 Mar 2016

Wordless Wednesday : Trust

Assalamualaikum ^^



sumber gambars: google


The  lesson i've learnt  when  i was here: Trust  no one, just believe in yourself 

29 Feb 2016

5 things i hate the most

Assalamualaikum^^,


apa khabar  pembaca  di Malaysia? acah  macam  di  perantauan  sangat.

aci  tak  kalau  kali ni  ecah  tak mahu  buat intro. malas  betul kena  buat  pendahuluan  masa ni. haha entri  kali  ini  ecah  di-tag oleh  my senior in Genetic Sis Najwa Gojes . Baiklah  sambil  ecah  mengkedarah  sumi variasi  warna  dengan  ke-jellian  berbeza, jemput  baca  entri kudus  ini.

5  THINGS  I  HATE  THE  MOST


Satu
Haruslah  binatang  cokelat, bersayap  dan  berkaki  enam yang memiliki  kelajuan  tiada  tandingnya  ketika  kudung/tempang. kalah  ferrari  tahu dia  pecut.  LIPAS*padan  muka  aku bold kaler  pink!

Dua
Blueticks. Perasaan bila  dihadiahkan sepasang  bluetick ini  sangat  sukar  ditafsirkan. Boleh  buat  ecah  bertukar  menjadi  raksasa  merah  jambu  bersama  sepasang  sayap  dihiasi  bling-bling. kemahen  aku ni. Ecah tak  boleh terima  patpuluhlimajuta  kali  kalau  kekawan  ecah  tegarnya  membiarkan  wassap  ecah  ditelan  arus kasih nan sembilu di zaman  moden ini.

'Kau  bagi  blueticks  kat  orang  lain  boleh  lak'
 ermmm  kekadang  je lah  T_T


Tiga
Bila  ecah  tak  boleh  nak  handle  masalah  yang  sebelambak , kalau  tolak  dengan  traktor atok pun  belum tentu  masalah  ecah  nak  selesaikan  sendiri  tanpa  buat  ecah  merembeskan  air mata nan syahdu. Selalunya  ecah  rujuk  emak, nadia, zati, sarah , akim, aqib ,riduan   takpun  ameer. sekarang lagilah ecah  rasa  macam  sebelungguk  beban  plus  masalah  atas  kepala  comel ni. mercik ;'(

Empat
Orang  guna  barang  kesayangan  ecah  tanpa  kebenaran dari  ecah  yang garang ni *muka ketat . Contohnya, Aminah  selamba badak  terus  guna  pen  kechentaan hati  tanpa  mintak izin. bila nak pi jamban  reti  pulak  engko  mintak  izin  kat cikgu haa kenapa  aminah  oi *emosional  terlebih*

Lima
Kalau  hampa  baca  entri  ecah, tapi  takmau  komen huh. okay tak tak.tu bukan tau huhu. yang  last  sekali  ni, kena  perli  dengan  orang  yang tak kenal  ecah  seperti  mana  my  emak yang telah menjaga  ecah selama  bilanbelastahun. mak  ecah je  boleh  perli  iols tanpa  buat  hati  ecah  terguris 0.00001 cm pun.  Benci  betul lah bila  strangers  bajet  mengata  ecah  padahal  dia  bukan kenal  iols  ni siapa. I niEw  Ecah Jolie LaH !

' Bila  kau nak  ada boipren huh dah nak masuk  20 kot blabla' -stranger*gelak sinis  dan  bunyi  kilat*

benci benci  soalan tuh-_-''


Sekian terima  kasih. Jemput  komen hahahaha

anda di-tag oleh saya

abang  anas
sis Izzati
sis nad
Mazni comel
Hazy pretty





24 Feb 2016

Hidup pelajar bersama roommate

Assalamualaikum

sumber ihsan: google

Sebagai  seorang  pelajar  yang baru mulakan  semester ni, memang  agak  sibuk mencangkul  cari masa. Mungkin nak berbelog  pun  makin  payah  dan  belog  ecah  akan kembali  dirobek anai  anai. buat  masa  ni  ecah  gagahkan  juga makan  suap, kunyah  telan , tak  boleh  menikmati  kelazatan  sebenar  lantaran  rindu  rumah  menggunung :'(

'Kau  ni ngadakan cah!'

Harap  semester  baru, semangat baru, tak mau  menyesal  main main  dalam kuliah  siap  makan  gula gula   berlambak dan  main talipon  dengan  rakusnya *padahal  tak  texting sapa pun* patutlah  tak  dapat  dekan hihik


Sem  kali ni,  ecah  masih  tinggal  di bilik  yang  sama  bertemankan  rumet  yang  sama  seperti  dulu  kala. Ecah  pilih untuk duduk  dengan  rakan sebilik  compare  to  duduk sesorang  mengadap dinding. Sejak  matriks  lagi  ecah  dipupuk  dengan  budaya  'Duduklah aman damai secara ber-rumet" sampai  masuk  ukm pun memang  harap sangat  dapat  tidur  sebilik  dengan  rumet. Bezanya, matriks  ada  ompat  ketul  rumet, dekat  sini  seketul ja. Hai  siddah oi!


Memang  senyum  sampai  ke dahi  lah  sebab  rumet  ecah  semuanya  baik baik  belaka, ada lah sikit  perangai  tak  senonoh  tapi  masih  sayang oi. Kalau  boleh  masuk  ukm  pun nak heret  depa semua  sekali  duduk  dengan  ecah T_T  seronok  tatahuan  hala  bila  tahu  rumet  ecah  sekepala  tingtong  macam  aku.


Yang  bestnya  duduk  dengan  rakan  sebilik  ni, kita  ada  teman  nak  bersembang,gosip mak jemah  meluahkan  segala  isi  hati  jantung  sampai  hilang  sesak  dalam jiwa sanubari  kudus ku ini.*pheww Walaupun  kekadang  acah  dengar  tapi  aku  tetap  bersyukur  beliau tak  main  candy  crush masa  aku  mengelupur  cerita  segala mak nenek "Tadi  ada  kucing  berak  atas  kasut aku " ,dia "hmmm padan muka  letak  kasut  merata"  sobsob



Rumet  boleh  dikatakan  ecah  letak  kepercayaan  dekat  dorang 57675%, kekadang  ecah  saja  letak  duit  rm50  kononnya  nak  tengok  my rumet  ni  spesis  lanun  ke  apa. Alhamdulillah, mujur  mereka   juga  memiliki hati  suci  murni  macam  ecah.ahaks. Tak  berkira  langsung, seyes  buat  ecah  terharu  sambil  lap  air  mata  dengan  kain  batik  mak.


Waktu  sakit  demam, mual, senggugut  dan  segala  jenis  dugaan  melintang  membujur, rumet  lah  manusia  yang  paling  risau. Suap  kita  makan, tempek  cool fever, acah swit sangat.Allah, mana nak  cari  manusia  spesis  macam  ni lagi kat  atas  muka  bumi T_T


Sumpah  ecah  tak  boleh bayangkan  hidup  ecah  tanpa rumet  rumet  sekalian. Susah  senang  mesti  bersama, kalau  bangun  lewat  pun solat  subuh berjemah. hahaha Lepas  tu  bengang  pehal  rumet  tak  reti  nak  kejut  ecah -_-'' makanan  pun kongsi kongsi  tahu, mercik lah  bila  teringat. Tipulah  kalau  tak  pernah  kecik  hati, mesti  ada  punya  la.  Ecah  pernah  fedap  sampai  nak  tukar  bilik  kat hujung  dunia.hehe. tak  tahan  bila  rumet  suka melalak ;')  lama kelamaan  halwa  telinga  ecah  dah  lali  dengan suara  beliau. kool  semula.


Hidup  sebilik  dengan roommates seyogianya  mampu  membuatkan  hari  hari  ecah  bahagia  seperti  dapat  kawin dengan anak  raja,walaupun  kita tahu  perangai  manusia  ni  banyak songeh. di sinilah  kesabaran  teruji  menandakan  Tuhan  sayangkan  kita. *terima  kasih  cikgu  bm ecah  sebab ajar  kita  buat  ayat  espiyem lagu  ni*

p/s: mood tengah  huru hara ;( kenapa  semua  orang  tak reti  faham  keadaan ecah juga

Terima  Kasih  sudi  baca

22 Feb 2016

Semester 2 : Semangat sangat ni



Assalamualaikum ^^

Walaupun jarak rumah  ecah  dengan  UKM  ibarat sekangkang  kera tapi  harus  diakui  yang  ecah  dah  mula  rindukan  rumah, masakkan emak dan encik tivi yang  sentiasa menarik. Kenapa  akal  kerap memikirkan  rumah  sedangkan  aku  cuba  menyingkirkan  bayangan flat  rumahku. Kenapa  otak  Kenapa??? *terlalu  emosionalkah. Baiklah

22/2/2016 bermulalah  hidup  ecah  sebagai  pelajar  tahun  satu sem 2, semangat  sangat  bangun  awal, tidur  tak  lena kejap  kejap  terjaga , pergi  toilet , tidur ayam  lepas  tu  main  talipon. Resah  masih  tak  hilang  sebab  konfius  nak  daftar  apa  untuk  sem baru ni. Kejap  subject tu clash, takut  tak boleh  bawak, pikirkan members  dalam  kursus then  fedup  terus  matikan sang lappy  sambil  lap  air  mata.

leceh  lah -_-

9:40 pagi
Ecah   adalah  manusia  paling  awal  masuk  dewan kuliah. Membara nau semangat  nak  focuz  dalam  kelas  environmental  bio.hehe. Bila  dah  duduk, baru  peghasan  hanya tiga  ketul  manusia  dalam  DKG, tetiba ... ain  buat   kalut  cakap  kelas  cancel. pulakdah  tapi  takpun. mereka  buat  lawak  hambar =p my first  class was  cool and  fun!!

Harap  semangat  ecah  ni  tidak  seperti  harapkan pagar, pagar makan  padi, k takda  kaitan. Hari ni ecah  ada  satu  kelas je, tapi penatnya  ya Tuhan. Mengantuk  sampai  nak terlentok  tunggu  bus ibu zain T_T penat  betul  tunggu  kalau  boleh  ecah  nak  baring  terus  tepi  jalan.
                                 
                                     
                                Biology for life *motif  gila  aku  kemam  mulut gitu 

p/s: doakan  ecah  dapat  dekan  this sem. 

p/s: sejak  kebelakangan ini  aku  rasa  lain  macam  lah >_<

Terima  kasih  sudi baca

Total Pageviews