Assalamualaikum,
Keseorangan di kaki lima, perhatikan sekeliling rata rata students sibuk menelaah memandangkan exam tinggal 6 hari lagi.
Cuak , adrenaline aku mengalir deras. Persiapan masih dipergiatkan, aku cuma takut lupa. Tatkala otak sarat dengan pelbagai perkara. Macam macam boleh lupa. Kalau dulu aku selalu marah nurin sebab jalan senget. Sekarang aku mengalami perkara yang sama. Hahaha senget sebab beg yang digalas satu tali penuh dengan buku. Jet jet sumbat banyak buku, yang studynya satu dua je.
Bilik sekarang cuma tempat untuk tidur. Pagi sampai malam , aku kehulur kehilir membawa diri ke mana yang mampu. Allahu , saat saat macam ni emosi tak stabil. Nak nangis tepi kain batik roommate. Orang gurau sikit, aku dah belinangan air mata. Benci tauuu -.-
Doakan aisyah untuk final exam. Doa kalian penting untuk aisyah terus kuat.
orang yang berusaha pasti akan berjaya. Man jadda wajada.
Note to myself,
Push yourself as much as u can, tawakal selepas tu. Goodluck matriciansđŸ˜˜
Love you all