24 Jan 2017

Review : Novel FIXI Mereka karya Ariff Adly

Assalamualaikum ^^

Sambil  menghirup air kopi O panas ditemani Goblin hujan  renyai, aku  terfikir. ni kalau  dapat  makan cekodok panas pun sedap. Al-maklumlah  kaki  sebelah dah  jejak alam "dewasa", taste  makan aku  kemain  serupa  oangtua .


Semalam  sempatlah  aku khatam  satu  buku  fixi  dalam masa  sehari (tenyeh hidung-bangga seh). Dah  lama buku  tu  duk menari  depan  ecah  suruh  baca  tapi  encik  masa mencemburui  kitew 


Ecah  memang  minat kipas  mati   buku  fixi. Akur. Buku  Mereka  ni antara  yang buat  jantung  ecah  rasa  nak  meletop kebaboom, tak boleh tidur  malam  siap  masuk  dalam  mimpi  lagi ciss -.-


Mereka - mengisarkan  8  sahabat  yang terhegeh nak buat  reunion  selepas  5  tahun  tak  jumpa.Main  karakter  ialah  Joker  yang  diberi  kebolehan  mata ketiga (six sense). Sumpah  aku  suka  gila  si Joker  ni  sebab  watak  dia  kool  habis  and gentle boleh dibuat  bakal  suami  soleh  hihi. So,mereka  semua  pi  bercuti  di  sebuah  resort  dekat  Pahang  dan  segalanya  bermula  di sini. Jeng jeng  jeng tak sedar yang  kegembiraan  mereka hanyalah  sekejap.


Esoknya  bangun  pagi,mereka  sedar lokasi  tak  sama  macam  malam sebelumnya. Segalanya  berubah  dan  menakutkan  ibarat  tempat  dalam Zombieland . Mereka  terpaksa  berdepan  dengan  pelbagai  dugaan  yang  pada  aku  sangat  menakutkan  dan tak  masuk dek akal. Haih  memerlukan  imaginasi  yang  tinggi  untuk  mendapat  gambaran  yang  penulis  cuba sampaikan (dahi  aku  sampai  berkerut  seribu  kot  masa  baca) stghess.


macam  aku cakap, Joker  ni bagus sebab  mostly dia  tolong  members  dia  dan  tak  pentingkan diri. Banyak  situasi  yang  buat  ecah  berdebar  terox  especially  masa  dorang terjumpa  "Tanpa  muka"  dan  Badut  Perempuan yang  buat  wa  hampir  carut  patpulohkali non stop.


Punca  semua  ni berlaku  adalah  dari  sorang member  mereka  yang  merupakan  ahli  kumpulan  Freemason. Jangan  tanya  wa  apa tu  freemason  T_T  kena google meh. Dalam  penulisan  Ariff kali ni, ada menceritakan  mengenai satanist  organisation  , Lucifer  dan  alam  jin. Kalau  nak  tahu  ghupe  ending novel ni, enkorang  kena  bacalah  Mereka  dengan  jiwa  yang  terbuka.


Aku  bagi  buku  ni  4.45553 / 5  sebab  berjaya  buat  wa  konfius  dan  pelbagai  persoalan  muncul di benak  fikiran.  Thank  you  Encik  Ariff  untuk  penulisan  Mereka  yang  lain daripada  lain. Tidak  mengecewakan , tazabar  tunggu sambungan  (Ada kan?) I like  KACAU too.

oh  ya, buku  ni  banyak  unsur  kelakar  okay. Aku  kekadang  konfius  nak sedih  ke nak  gelak kahkah.  Paling suka  part  Ezzad  kena  kejar  dengan  patung  ibu  dalam  gereja  anti-kristian LOL.

Siapa  dah  baca  buku  ni?Kita geng *wink*

Sekian  review dari ecah .

Thank  you  sudi  baca. Muah kit



Ecah tetiba jadi rajin. Allahu ;')

Assalamualaikum ,


Semua benda nak  buat  baru, nak bagi  sempurna supaya  hidup  lebih teratur gitu. Takmau  dah  bawak  perangai  tak senonoh  dulu  ke tahun baru  (Tahun baru ecah bermula bulan Feb ye, Januari ni kira macam  trial month) hikhik.

Dengan cuaca  yang  sangat  cun, makanya  ecah  merajinkan diri untuk  renovate blog  ni  agar  lebih  nampak "kewanitaan" haha bandingkan dengan  belog kudus dulu yang "kegedikkan" blurghh. Ecah  rasa  elok dah ni.. kan? ke enkorang  muntah pelangi  tengok  perubahan  blog ecah mmm 

Malam  ni baru ecah  nak start blogwalking. Rindu aktiviti  zaman  remaja dholu. Setiap  malam  mesti  gatai  tangan  nak  merayap  pi  belog-belog member.


See ya !