30 Mar 2017

Asam boi

Assalamualaikum

Pertama  sekali , enkorang harus  tahu  title  tu tiada  kaitan  dengan   apa  yang  aku  nak  merepek  di  bawah ni.

Bila  usia  dah nak mencecah  doplohsatutahun, kau  mula  fikirkan lagak  orang  dewasa.  Kalau  dulu  aku  bagitau  mak  dengan  sopannya, "Kak long  nak  kahwin  umur  21  tahun, sama  macam  mak bila  kahwin  dengan  ayah dulu" hemohemo

Tu  lima  tahun  lepas  punya sembang kencang  dengan si emak sup sup T_T  haa sekarang  ni  dah  21  aku  masih  sendu, masih  mencintai  diri sepenuh hati  sampai  rasa  lebih baik  kahwin  dengan diri sendiri pulak. Lepak  dengan  member  dekat  library (demi aircond, panas gila baq hang) aku nampak  lah  sebilah  sepasang  lelaki  dan perempuan  tengah  khusyuk studi  bersama, sambil tu sakan gelak  ketawa  kepit kepit punya stail. Aku perghati je  perangai  depa dalam diam. Pergi  cafe  pulak  nampak lah  segerombolan  tengah  dating, aku  macam  biasa  order  makanan  dan duduk  di seat *khas  untuk orang single sendu foreveralone* yang  menghadap  dinding. sedih wooo

Mungkin juga  sikap  aku  yang suka menyendiri, tengok wayang sesorang, pi karok pun booking satu  bilik  untuk diri sendiri  lepas  tu  lepak cafe  menghadap  jalan, yang  sentiasa  ada denganku  hanyalah  diriku. Yang  memujuk hati lara ini juga  adalah diriku sendiri. Yang  mengelap  air  mata dan hingus  meleleh cecah  lantai  juga  diriku. kekadang  aku terhibur  dengan diri  sendiri.


Kadangkala  melihat  orang bercinta-  "Bahagiakah  mereka?",terdetik di hati aku.
Bilanya  aku  nak  rasa  kebahagiaan  yang  mereka  lalui  sekarang.  Tipulah  kalau  aku  tak  menjejes  air  mata  tengok  membe semua  pakat  dah  ada  marka  masing masing. Aku macam biasalah  jadi orang ketiga  kena  teman dating sobsob  khononnya  nak  elak maksiat. Puih  hampa  dating  tu pun  dah bagi  bonus  point  kat setan tahu *emo*, tak pepasal  aku bersubahat -.-


mungkin belum  sampai  masanya *peluk  bahu sendiri*  Perempuan  mana  je takmau  dicintai dan dihargai oleh  lelaki  yang  boleh membahagiakan dia  higga ke Jannah. Kerlas kau ayat espiyemm.


Jujur  hati  ini  kembali  pulih  bila ada wardah , Qiqi  and Leen  yang always  happy go lucky  with their  single  life. Mereka  selalu  bersyukur  dengan   apa  yang ada, Wardah  selalu  pesan  yang  selagi  kita  hidup  manfaat segala  peluang yang ada. Buatlah semua benda  yang  bagus untuk diri kita  dan  kelak  bila  sudah terikat  dengan someone, you gonna miss all those times. Aku  patut  jadikan  depa  sebagai  role  models, mana taknya  dah dapat  dekan setiap sem >.< haha aku  masih  struggle  dengan  hidup  ini.


Tak  tahu  kenapa  repekkan  aku  kali ni agak serius, mungkin ikhlas dari  dalam hati. Tiada  unsur  lawak  kali  ni  sebab  mood aku  tengan kelemasan dalam laut.

sekian

10 Mar 2017

Cemburukah?

Assalamualaikum

amaran : entri penuh emosi


Cemburu ni ada baik ada buruknya bergantung  pada tindak  balas  kita lepas rasa cemburu. Tengok anak  Mak Bedah dapat 4leper setiap sem, terus rasa cemburu membuak-buak. Lantas  membuat  aku  untuk berjaya  sama  macam anak mak bedah. Gituuu

Namun  sejak dua menjak ni, makin  kemain  rasa cemburu bermaharajalela.Amboi, Ada  kaitan  dengan  masalah  hati ke :'(  Seyes  sampai  boleh  nangis  kot  kalau  pendam  rasa  hati haiiih. Makin dewasa  ingat  boleh lah kontrol  perasaan  sikit  sebab  jiwa  makin  matang  tapi hampeh puih.


Kena  banyak  bersyukur ni ecah, mungkin  terlalu  cintakan dunia  sampai  terlupa  tuntutan  yang  lebih  hakiki. Benda remeh temeh mehmeh  ni  toksah  ambil  peduli  lah (baca  aisyah). Mungkin  juga  sebab "cinta", kalau orang  yang  kita sayang  buat  benda  yang  kita tak suka, terus  air  mata bulat bulat  gemuk gemuk  mengalir.


Mulalah  persoalkan, tak  cukup  bagus ke  aku  sampai  sanggup  tolong  Senah  tu  kutip  taugeh. Lawa  sangat ke Senah  sampai  kau  like  gamba insta dia.  Tahulah  Senah  tu  pandai  bergaya, elegant  gitu  dengan  kain batiknya.


Benda  macam  ni  yang  ecah  kalau  boleh  nak hempuk  dan  buang jauh jauh. Benci  bila diri  dikuasai ego, tak suka  bila  pukul 2 pagi "late night thought" tetiba. Overthinking  can lead to depression tahu.  Aku  nak hidup  ceria unicorn ketot  keluar  pelangi,  tak  payah  nak  kecik  hati  disebabkan  perangai  orang lain.


Done bebel  sebab  menyampah  dengan sikap  diri  yang ntahpape.




23 Feb 2017

Hello Semester 4 !


Bagi can lah ecah  nak  tempek muka  sebesar  alam  untuk intro sebab  jarang  kejadian sebegini  berlaku  dalam blog  ecahwacha.

Almost 2 weeks, my semester 4  has begun  and here i am baru  terhegeh  nak  update  sambil  mengunyah kuaci  bersepah  atas  meja. Tahukan  enkorang  bahawasanya  jadual sem 4 ecah sangatlah  ntahpape  sampai  rasa  nak sekeh  je  kalau  ada  orang nama Jadual.

JADUAL  SEM 4  yang  tak berapa  nak cun ;') subject fisiologi  hari isnin dah bertukar, 9-11 pagi

Hari  ISNIN  (bold ni sebab takpuashati haa)  yang paling ecah rasa  kalau boleh nak kerat dua  badan ni  bagi  senang  sikit perjalanan  hidup  hari  senen. Kelas  dari  pagi sampai pukul  7pm, setiap kelas 2 jam  pulak haha boleh nangis nan syahdu  tepi  pintu kuliah kot.

Semoga  Aisyah az  berjaya tempuhi  sem 4 ini gemilangnya. Tak mau  dah  makan tak  tahuan hala demi mengejar masa yang bapak  laju berjalan. Slow and steady dah lah kali ni.Hwaiting ! tetiba *

Harap  tak menjerit dah experiment  dissect  katak haha yang ni paling penting okay. Harap tak sembang nak study last minute. aihh Semoga  rancangan  aku  kali ni diberkati  oleh Allah.

Sekian  bebelan  budak biologi  tahun dua ^^


24 Jan 2017

Review : Novel FIXI Mereka karya Ariff Adly

Assalamualaikum ^^

Sambil  menghirup air kopi O panas ditemani Goblin hujan  renyai, aku  terfikir. ni kalau  dapat  makan cekodok panas pun sedap. Al-maklumlah  kaki  sebelah dah  jejak alam "dewasa", taste  makan aku  kemain  serupa  oangtua .


Semalam  sempatlah  aku khatam  satu  buku  fixi  dalam masa  sehari (tenyeh hidung-bangga seh). Dah  lama buku  tu  duk menari  depan  ecah  suruh  baca  tapi  encik  masa mencemburui  kitew 


Ecah  memang  minat kipas  mati   buku  fixi. Akur. Buku  Mereka  ni antara  yang buat  jantung  ecah  rasa  nak  meletop kebaboom, tak boleh tidur  malam  siap  masuk  dalam  mimpi  lagi ciss -.-


Mereka - mengisarkan  8  sahabat  yang terhegeh nak buat  reunion  selepas  5  tahun  tak  jumpa.Main  karakter  ialah  Joker  yang  diberi  kebolehan  mata ketiga (six sense). Sumpah  aku  suka  gila  si Joker  ni  sebab  watak  dia  kool  habis  and gentle boleh dibuat  bakal  suami  soleh  hihi. So,mereka  semua  pi  bercuti  di  sebuah  resort  dekat  Pahang  dan  segalanya  bermula  di sini. Jeng jeng  jeng tak sedar yang  kegembiraan  mereka hanyalah  sekejap.


Esoknya  bangun  pagi,mereka  sedar lokasi  tak  sama  macam  malam sebelumnya. Segalanya  berubah  dan  menakutkan  ibarat  tempat  dalam Zombieland . Mereka  terpaksa  berdepan  dengan  pelbagai  dugaan  yang  pada  aku  sangat  menakutkan  dan tak  masuk dek akal. Haih  memerlukan  imaginasi  yang  tinggi  untuk  mendapat  gambaran  yang  penulis  cuba sampaikan (dahi  aku  sampai  berkerut  seribu  kot  masa  baca) stghess.


macam  aku cakap, Joker  ni bagus sebab  mostly dia  tolong  members  dia  dan  tak  pentingkan diri. Banyak  situasi  yang  buat  ecah  berdebar  terox  especially  masa  dorang terjumpa  "Tanpa  muka"  dan  Badut  Perempuan yang  buat  wa  hampir  carut  patpulohkali non stop.


Punca  semua  ni berlaku  adalah  dari  sorang member  mereka  yang  merupakan  ahli  kumpulan  Freemason. Jangan  tanya  wa  apa tu  freemason  T_T  kena google meh. Dalam  penulisan  Ariff kali ni, ada menceritakan  mengenai satanist  organisation  , Lucifer  dan  alam  jin. Kalau  nak  tahu  ghupe  ending novel ni, enkorang  kena  bacalah  Mereka  dengan  jiwa  yang  terbuka.


Aku  bagi  buku  ni  4.45553 / 5  sebab  berjaya  buat  wa  konfius  dan  pelbagai  persoalan  muncul di benak  fikiran.  Thank  you  Encik  Ariff  untuk  penulisan  Mereka  yang  lain daripada  lain. Tidak  mengecewakan , tazabar  tunggu sambungan  (Ada kan?) I like  KACAU too.

oh  ya, buku  ni  banyak  unsur  kelakar  okay. Aku  kekadang  konfius  nak sedih  ke nak  gelak kahkah.  Paling suka  part  Ezzad  kena  kejar  dengan  patung  ibu  dalam  gereja  anti-kristian LOL.

Siapa  dah  baca  buku  ni?Kita geng *wink*

Sekian  review dari ecah .

Thank  you  sudi  baca. Muah kit



Ecah tetiba jadi rajin. Allahu ;')

Assalamualaikum ,


Semua benda nak  buat  baru, nak bagi  sempurna supaya  hidup  lebih teratur gitu. Takmau  dah  bawak  perangai  tak senonoh  dulu  ke tahun baru  (Tahun baru ecah bermula bulan Feb ye, Januari ni kira macam  trial month) hikhik.

Dengan cuaca  yang  sangat  cun, makanya  ecah  merajinkan diri untuk  renovate blog  ni  agar  lebih  nampak "kewanitaan" haha bandingkan dengan  belog kudus dulu yang "kegedikkan" blurghh. Ecah  rasa  elok dah ni.. kan? ke enkorang  muntah pelangi  tengok  perubahan  blog ecah mmm 

Malam  ni baru ecah  nak start blogwalking. Rindu aktiviti  zaman  remaja dholu. Setiap  malam  mesti  gatai  tangan  nak  merayap  pi  belog-belog member.


See ya !