26 Jun 2015

XES Signature Launch 2015 |entry bergambar|

Yess ini entry basi  tau tuan-tuan dan puan-puan  sekalian -.-''

Memang  dari kecik  lagi, kalau  nak beli  kasut  ecah  akan   tarik  tangan  mak  masuk  kedai  kasut  XES, kekadang  cuma  nak  cuci  mata  tengok mana  yang  berkenan  di  hati, kalau  dah  jatuh  cinta  memang   terus  pakai  ukur  size  kaki, lepas tu  letak  kat  cashier  selamba  badak. turn  mak  untuk  bayar. setiap  masa, ecah  cakap " nanti kak  long  bayar  balik" dayum,penipunya aku.


tak  kesah  kasut  jalan ke, kasut  raya  atau  kasut  sukan, ecah  memang  suka  sangat shopping  kat  XES. banyak  pilihan  sampai   rasa  nak  beli  semua  untuk  orang  kampung ecah. obernya  aku. yang lagi  best, ecah  dapat  invitation ke XES  SIGNATURE  LAUNCH 2015 (The  Tales  of  Olympus) on 21 May 15




walaweh, tema  event  tu  ialah Greek  style  tetiba  ecah  rasa  menyesal  sebab  tak  pakai  crown daun  yang  kecik-kecik  dulu  selalu  letak  kat  kepala.huhu. Koleksi  kasut  yang  dikeluarkan  latest design  tau  you ols, the  collection's modern  take  on Greek-inspired  style  draws its inspiration from  the  ancient  Greece  and  its  influence  from  the  future. So, kasut-kasut  ini  diilhamkan  khas  dari the  mythical  Greek  heroes, as these  courageous  individuals  were  no  strangers  to  divine  footwear. hambek kau. inspiration  yang  mantop!

The New  Collections 





Runway begun !




XES bukan hanya menjual kasut malah beg  tangan juga  merupakan  keutamaan produk jualan  mereka. cantik belaka  designs dia. nomnom . sorry gambar gegar  sebab  sibuk  makan.bhahaha

ecah  seronok  tengok  model-model  tu  ber-catwalks  sampai  terlupa  nak  snap  semua  kasut  yang  dipertanyangkan. huhuuh luls leka  sangat  sampai  terluba  nawaitu  asal.lupa  daratan  betui T_T sobsob. Then,dapat free lunch   yang  maha  sedap, rasa  nak  tambah  banyak  kali  tapi  ecah  cuba  cekik  tekak  supaya  tak  mengkedarah  dengan  lebih  dasyat. Seronok  sangat  dapat  kenal  ramai  bloggers  yang  sumpah  buat  rasa  diri  ini  kerdil  dan  kerdilll -..- saya  cuma ada  blog  picisan ini.

 
 muka  happy  dapat  kasut dan handbags free. lol =p
thank you kak ayue. blogger yang  paling ecah rapat. huhu muah setempek

aisyah az bertenggek sebelah  mascot XES!

Rezeki  dapat  jumpa  kak Nisa Kay yang cantik giloss



Alhamdulillah, ecah  boleh  pulak  pilih  kasut  yang  jadi  pujaan hati, so  sepanjang  models tu  usung  kasut-kasut  baru  tu  merata.mata  ecah  dah  aim  satu  kasut ni  memang   tak  lepas  pandang  dari  awal. lepas  tu XES offer  pulak  kasut tu as redemption , menangis  terharu  kejap  tengok  betapa  baiknya  XES  kat  ecah.tssk tssk



nidiaaa.... pujaan  hati  ecah sebab  design ni antara  yang  paling lawa  gila  then  selesa  sangat  even 5inch wedges. tak sabar  nak  pakai  raya nanti hoho


kalau  nak  tahu   maklumat lebih  banyak  pasal latest update XES, mohon  kalian  terjah  website http://www.xesshoes.com.my/
&
https://www.facebook.com/xesshoes



22 Jun 2015

Pengalaman Puasa Jauh

Assalamualaikum
Selamat bersahur/berbuka ikot waktu korang tengah baca belog ni**

Naik mesin  masa  doraemon- Ramadhan 1435H , that was  my very first  time fasting apart away  from  my family. selalunya  mak yang  tabah  kejut  kami  ompat  beradik  bangun sahur, lepas tu  masak macam macam  untuk berbuka .Aku  selamba  request  nak  makan asam  pedas  pari , then rendang  ayam , pari  bakar blablabla. Nah kau, bila  masuk  matriks  rasakan kau.hambek


Awal puasa, berbuka  dengan  lelehan air mata, hingus sikit. Sayu je  bila  teringat  famili  ecah  kat  rumah berbuka mashaallah sedap -sedap T_T  ayah setiap  hari  sent  gambar makan  nasi  lauk best-best. nasi kerabu  yang  tak  boleh  tahan. terus  tacing  dengan  ayah  kejap. hoho.


then  ecah  sent  gambar  berbuka  dengan  quaker oats + air  mineral . ayah  reply  emoji  menangis  air  mata  panjang. Padahal  ecah  kongsi  gambar  makanan  waktu  sahur. Hakikatnya  ecah  berbuka  dengan  variasi  juadah. nasi  ayam la, murtabak, nasi  daging, nasi  lemak , nasi  hujan panas. apaklah  sedap hoi. semua  ni  ecah  beli  dekat  bazar  depan  blok kami huhuh.


rindu  saat  tu. tatkala habis  kelas  terus  marathon  ke bazar. adegan tolak  menolak  berebut  nasi,mengelupur  sakan  bila  air  tembikai  habis.pernah kecik  hati dengan  mak cik  sebab abaikan  pesanan aku, dengan  kes  kak bang  lagi. Dan ... dan.. masa ni  lah  gua  nak  intip  crush  yang  baru  habis  kelas. setiap  hari  pi  satu  gerai  ni  sebab  nak acah acah  terjumpa  crush  yang  memang  pelanggan setia. hahaha .kisah  lama

                                       aisyah az be like " dah nak berbuka ke kawan kawan?"


Masa  berbuka  best  sangat, roommates  pakat bersila  bawah  lepas tu  semua  pegang  makanan  masing-masing. Allahhh...... (azan) dengar je siap  baca  doa  terus   sumbat  makanan. kami makan  diam  dan  sunyi sepi. layan  perasaan  waktu  tu jugak. alahaii.. rindu  famili  sangat  ya  ampun.. tangkap  leleh wei. masa  sahur  lagilah  tragis, kekadang  nak  habis  waktu  baru  gigih  cari  makanan. ecah  makan  biskut kering. lagi  pantas dan  cepat gitu


lagipun,puasa  kat  matriks  tak rasa  penat  sangat. mungkin  jarak  blok  dan  kelas  yang  sangat  dekat  kot. Masuk  kuliah  saat  yang  dinantikan  sebab  sejuk  gila baq hang. hilang  terus  rasa  panas kat  luar. tapi.Selalunya  ecah  singgah  library  waktu  rehat, baring  terlentang kejap  dekat  sofa. fuhhh  nikmat  rasanya ;p

benda  yang  ecah  tak  boleh  lupa, seminggu  sebelum  raya.. ecah  kerap  pasang  lagu  raya. melalak  sesorang  lepas tu  nangis  sedih. hahaha perasaan kau  beraya  perantauan  sangat. roommates tidur , aku  pasang  lagu  raya  tepi  telinga dia, nyanyi  selow  selow

♩ ♪ ♫ ♬
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia ♪ ♫ ♬
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku.......
 ♩ ♪ ♫ ♬ ♩ ♪ ♫ ♬
dendang  perantau

terus  dia  terjaga, aku    pesan " bulan puasa  tak  boleh  mencarut , marah" terus kami  ketawa  bersama. makin  dekat  nak  raya, makin  bersungguh  aku nyanyi  lagu raya. they  will asked  me  to  stop  immediately. eleyy jeles la tu . aku siap  google  lyrics  tau  nak  buat  opera  lagu  air  mata syawal ^_^


nasib tahun  ni  dapat  berpuasa  kat rumah. jimat  sikit duit. khon.

terima kasih  sudi  baca :)
source gambar : google

19 Jun 2015

Masalah Perempuan pada bulan puasa

Assalamualaikum uols


Salam Ramadhan korang ;') yer tahu  dah  lama gua  hilang, ecah sibuk uli tepung  buat biskut  raya tau. lepas tu  busy  isi perut  comel  dengan mcd, kepci , durian creep , laksa kuala perlis sebelum  puasa supaya  perut  ni tak buat  perangai  mengidam tatahuan hala  masa  bulan  ni. kemain kan aku. ciss

tapi  ecah  mengidam burger hongkong kmpk pulak. arhh  nafsu  semua  ni, sambil  cubit perut *

Namun,apa  yang  di idamkan oleh  para gadis dan wanita  semasa bulan  puasa ni, hanyalah  satu iaitu "tak payah ganti puasa" ada  yang  siap  buat  solat  hajat bertubi tubi supaya  tak  period. Yang  sanggup telan ubat hormone bagai. Aihhh jangan lah begitu saudariku  sekalian. eceh

Yang  lagi  sedih  bila  kena period masa  awal  puasa, confirm hujung ramadan pun kena lagi -.-'' ecah pun berdukacita sebab  den terkono. Allah, semput  jugak nak  ganti puasa  lepas tu.lagilah jeles tahap  dewa  tengok  girlprens  rilek tak kena langsung. siap tenyeh hidung  cakap "aku  tak payah ganti puasa weh"  *gambar tahi halimunan

saya mengaku lukisan  huduh ini saya lukis. jangan hina okay

Tipulah kalau  ecah (wakil para wanita) cakap  tak pernah sedih kan.Sedangkan Saidatina Aisyah R.A sendiri  pernah menitiskan air mata kesedihan kerana  merasakan hilangnya peluang  beramal  dengan kedatangan  haid.
  
Jangan di tangisi haid tu

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). "(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;" (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."(An-Nisa’:32)

Jadi apa lagi kalian mahu, cuba  redha dengan ketentuan Allah. Boleh kan ?

Ecah  nak  kongsi tips bagi  mereka sedang/bakal  mengibarkan  bendera  jepun  masa bulan  puasa. banyak lagi amalan yang uols  boleh rebut ;)

1. Selawat , zikir ,istigfar  dan baca maathurat. dapat pahala banyak tau.

2. Tolonglah mak enkorang  sediakan juadah berbuka dan  sahur. Best sangat, sambil sediakan
    korang  boleh melantak  sekali. hahaha  okey jangan buat  depan adik abang ayah dan segala yang
    berhalkum.

3.Dengar  bacaan al-quran. tahu susah sikit nak khatam al-quran  bila  datang haid masa  bulan puasa.
   apa  kata kalau  kita  pasang ayat al-quran  instead of  korang layan  meaningless kpop songs.(ku
   tujukan buat diri ini. T_T) at least  khatam mendengar ayat al-Quran. tak gitu.

sambil pecah periuk di pagi hari, korang pasanglah lagu yang  meningkatkan ketaatan kepada Allah.

4. Sedekah. sedekah banyak-banyak wei. Rezeki kena kongsi bersama, baru berkat  hidup tahu.

5. sibukkan diri dengan  buat kebaikan. macam buat kuih raya lepas tu sedekah dekat jiran ke. lagi
    sekali, korang  boleh ngap  sambil buat  kuih  almond landon. agagaga

Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas,berbaik sangka dengan Tuhan. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka.

Sekian pengkongsian sis. jangan sedih sedih tau (baca ni aisyah az)

1 Jun 2015

Pentingnya kawan ♥

Assalamualaikum hakak abang sekalian

Masuk matriks dengan  perasaan  yang   sungguh  daku  tak  rela. berbekalkan pakaian  hanya  untuk  dua  minggu  sebab  result  ipg  akan  keluar  tak  lama  lepas  tu.ikot  hati malaih  nak  buat  kawan  sebab  khononnya  ecah  bermaustatin  sekejap je.

Masa  orientasi , berkepit  dengan  roommate  bernama  Roz. Lagi syiok  kami  sekuliah  tapi  lain  tutoran dan  aku  tak peduli  pun  yang  penting  dapat  pergi  kelas  sesama. On  my  first  day, aku  gelabah  kejap  cari  lab6, nasiblah  ecah  jumpa  kawan  sekelas  masa  dalam  perjalanan. ciss, aku  berjaya  buat  kawan  lebih  dari  seketul. haihh ni  lari  dari  plan -.-'

roommates
mula-mula, pergi kuliah sesorang, makan berdua (kucing cafe teman) , merangkak pi library  pun sesorang,pergi jamban sesorang  even  jam pukul 3 pagi. semua alone lah. nangis  bagitau  mak  yang  "kak long tak kuat, nak balik" hahaha bengong


Ingat  aku  sorang  je dalam  kelas  yang  memang  eksaited nak keluar  matriks secepat  mungkin!! Nurin, my  chingu   ada  nawaitu  yang sama. kami  menanti  result  dengan  tabah dan  cekal, bezanya  ecah  tunggu  ipg  dan dia, uitm. hehe terus  jadi  rapat  lepaih tu. b'tambah lagi kawan arhhhh


Saat  yang  dinantikan  tiba, result IPG tenenene. kawan sekelas  berharap  dan  berdoa aku  tak  dapat. kuang haja betul, dah  la  baru kenal  then  tak  bagi  ecah  berambus, apakah. doa  dorang termakbul, glurrp. Ecah  tak dapat  ipg, sampai  nak  pecah  skrin phone,  asyik  tekann butang  semak. aihhh



nak  tak  nak, ecah  bertarung  untuk  habiskan 10  bulan di  matriks. kawan kawan  bertambah dengan  drastiknya. mana taknya, dengan  pak cik  burger pun aku  buat  kawan. tak  termasuk  dapat  kenal kawan  kepada   kawan, lepas tu roomates  dorang  jadi  kawan  ecah. ntah sapa sapa  terus  claim  kami  kawan.


Allah. best gila  perasaan  bila  dikelilingi ramai  kawan  yang  BAIK. saya  ulang : yang BAIK !
terus  jatuh  cinta ,  tak nak  berpisah  siap semangkuk  maggi kari  kongsi  berempat.. bhahaha. macam mana pun  sampai  sekarang  hubungan  ecah  dengan  kawan masih  terjaga.  ada je  yang  berubah, People change  but  memories  dont. smile okay ;)


Plan  ecah  memang musnah berkecai  boleh  campak  dalam  laut  china selatan. daripada  taknak  berkawan, terus  Allah kurniakan   sebelungguk  kawan. alolo... thank  you Allah. sentiasa terbaik perancangan-Nya.

tanpa  kawan-kawan  ecah  kat  matriks,  ecah  dah  keluar  masa dua bulan pertama dorang  lah  yang  bersembur  air liur  bagi  nasihat, gomoi  ecah siap  lempang  aku  bila  ada  buat salah, teman  makan ,yang  bakal  back up  aku bila  kena  soalan maut. aihhh semua  dorang lahh. *lap hingus cecah  lantai . 

hari ni kalau  ikot  10  bulan  yang  lepas, at  this period  was  my  very  first  day for weekdays class.
sekejap  masa  berlalu  dan  ukhwah  yang  terbina  masih  utuh  dan  jitu. rindu  classmates, doormates, roomates(sangat) dan lecturers. tak lupa abang  roti canai bihun sup dan nasi ayam .hahahaha


thank  you  sudi  baca. nak cekelat sorang satu