1 Jul 2015

Review: Novel Asrama karya Muhammad Fatrim (FIXI)

Assalamualaikum  penduduk  bumi  sekalian,

ecah  memang  dah  lama  geram  nak  baca  buku  ni, pergi  MPH selalu  nampak  tapi  ecah  cuba  mengelak  dari  beli  atas  sebab  buku  ni  bergenre  seram gila baq hang  dan  keadaan  ecah  yang  memang  tinggal  di  asrama (matriks) lagilah  tak nak baca. T_T


habis  je  matriks, terus  tekad dengan  azam  yang  menggunung  nak  jugak  baca  novel ni.tak kiralah seram nak mati  ke apa. Taraaa dalam  satu  hari  ecah  berjaya  dengan  gemilangnya  khatam  novel  asrama. tenenene *menari goyang buah pinggang.

 dan... dan aku memang  saja baca  masa  bulan  puasa. hahaha  mohon  korang  faham  kenapa. lol

so here we go    ASRAMA
                                    ecah  beli  ni dah cetakan yang keduabelas.Bertapa  larisnya  buku  ni. sedih  sebab  aku  baru  baca tahun 2015


Alkisah, seorang  gadis Sabahan  bernama  DAHLIA, 16. Seorang yang  bijak, cantik,mempunyai keazaman  yang  tinggi .Di awal  cerita, Dahlia  ni  mengada  nak  pindah  sekolah  dari  sekolah  sains  ke sekolah  asrama  biasa dan buruk (SMK SERI  BAYU). Ayah  dia, Rashid  tak  suka  si  dahlia   nak  pindah  situ  tapi  disebabkan  satu  kejadian, dia akur  jua  dengan  permintaan  anak  tunggalnya.


Dah  sampai  ke  sekolah tu,ada satu  watak  penting, Pak darus  iaitu  Guard  sekolah  macam  usha  dahlia  semacam. dari  sini  ecah  dah  agak  yang  pak  darus  ni  mesti  sorok  something.huehue.
Penulis  jugak  tekankan  tentang  keadaan  asrama  tersebut. kelihatan  usang  dan  buruk.Pagar  asrama  yang  tinggi dan berkarat, di belakang  asrama pula, ada  sebuah  pokok  ara  yang  besar (macam  kat cover  buku kot) ecah  dah  seram bayangkan pokok  tu.Teruskan perjalanan mencari biliknya, bilik  206  yang  di dalamnya  ada  dua buah  katil dua  tingkat.

bermula  dengan  kisah  locker di dalam bilik  terdapat bangkai  anak kucing.not  a good sign huh? berkenalan dengan  3 roommates dahlia. Lena, May  dan  Farah, mereka  menceritakan  tentang  asrama  yang  ada  hieraki iaitu  Queen , Princess  dan  Slave.Queen dan  Princess tu  bapaklah  jahat  lahanat suka  buli  students, Dahlia  pun  mangsa  jugak. sobsob

Dahlia nak  balas  demdam  dengan  bermain Spirit  of  coin. Dia  tahu  syirik, tapi  dah  tak boleh nak undur  masa, sekali  main  kena teruskan  atas  bantuan  roommates dia. Mula  dari  situ  kejadian  pelik-pelik  berlaku. 

bunyi  orang bercakap-cakap  di  luar  tingkap,pintu terbukak, hentakan di locker, bilik  berasap  dan  panas. selalunya  masa  malam jumaat. meremang  bulu  roma ecah baca. paling  tak  boleh  blah  jumpa  ada  orang  basuh  baju  dan  bunyi  air  siram  padahal singki  kering  dan  tak da sisa sabun  pun. (semua ni  buat  aku teringat  dekat  matriks) dayum!

Dahlia  nampak  Pak darus  selalu  memuja  pokok ara  dan  kemuculan  perempuan  berpurdah  yang  cepat  menghilang. Lagi  mendatangkan kepelikan  dengan  kehadiran  Ira  dan  Maria  yang  selalu  cakap  perkara  yang  buat  Dahlia  rasa  pelik. mereka  lesap  bila  habis  bercakap  dengan  Dahlia  tapi  Dahlia  buat  taktau je. 

Dahlia  terlalu  sayangkan  roommates dia  sebab  mereka baik  dan suka  bergurau  dengan Dahlia. Sampai  sanggup teman  dahlia  bila  dia  kena  attend  kursus  jati diri  masa cuti  sekolah. Macam -macam  perkara  berlaku juga  yang  buat  ecah  meremang teruk. arhhh -..-

Yang  menjadi  topik  utama  dalam  buku  ini  ialah  berkaitan  Pengait  yang  berlaku di sabah. dekat  semenanjung  bermaksud  "Penanggal". Pengait  ini  ialah  orang  yang  buat  kerja  memenggal  kepala  anak dara  dan  semua  kepala  itu  digunakan  oleh  kontraktor  untuk  ditanam kat  tapak  pembinaan. kononnya  dapat  mengukuhkan  strukturbangunan. Allah, tak  boleh  bayangkan kalau  amalan  ni  masih  di amalkan . tssk  tssk


Selepas  naik  cuti  sekolah, dahlia  perasan  hanya  dia  yang  sampai  di  asrama  dan  menyusul  her  lovely roommates . hanya  mereka  berempat. yesss empat orang  di asrama -.-'' lepas tu ada  satu  kejadian  menyebabkan  dahlia  menghampiri  pokok  ara , ternampak  ada  perempuan  tanpa  kepala  di dalam  celahan  pokok. Pada  masa  yang sama, Maria  dan  Ira  berteriak supaya  Dahlia  jangan  dekati pokok  besar. tiba tiba  berasap satu  sekolah, dahlia berlari  keluar  bersama  roommates  dan  terjumpa  dengan  Pak Darus. Dia  terkejut  bila  melihat  wajah  rakan-rakan  dahlia tetapi  dia  hanya  selamatkan  Dahlia  ke  asrama  baru.

Walawei.. macam mana  Dahlia  tak  tahu  yang  semua  students  pindah  sekolah baru -..-
dekat  Asrama  baru, dalam  satu  bilik  mereka  dapati   ada satu  locker  yang  masih  bersih... iaitu  locker  Dahlia  yang kosong. that means  yang  dahlia  memang tak  daftar  masuk  situ. Apak  creepy.

Masa  tu  Dahlia  dapat  tahu:

  • selama ni, ramai rakan sekolah  pelik  tengok  dahlia bercakap  dan bergembira  sorang-sorang  dalam  bilik. Maria  dan  Ira  antara  orang  yang  cuba  nak  tolong dahlia  sebab  sebenarnya  dalam  bilik  206, hanya  Dahlia  sorang  penghuninya. 3 roommates tu  tak  pernah  ada  pun  kat  sekolah. seram siaaa
  •  setiap  kali  students tinggal  dalam  bilik 206, mesti  mintak  keluar  sebab  dorang  nampak  3 figures  yang  menakutkan.
  • perempuan  berpurdah itu ialah  isteri  kepada  ustaz di asrama  yang  cuba bantu  dahlia  sedar dia  sebenarnya  di tarik  masuk  ke dalam dunia  roh.
  •  roh roh  yang  bersama Dahlia  itu  roh yang tak  tenang. senang  cerita  mereka  antara  mangsa  pengait. dan kepala-kepala  mereka  di tanam di bawah pokok  ara. si Dahlia ni dah  lepaskan  roh roh ni  akibat  main spirit of coin tu laa. so salah Dahlia!
  • setiap  kali maria dan Ira  nak tolong bagitau. mesti  tak  sempat  sebab  roh roh ni halang.
Kes itu  dapat  diselaikan, masa nak  kunci  roh roh tu pun  seram  jugak. korang  kena  baca  buku  ni  kalau  nak  tahu  kisah  yang  sebenar. Bayangkan, kau dah  tinggal  dekat  asrama  6 bulan  bersama  roommates. last  sekali  dapat  tahu, dorang tu bukannya "orang" dan  segala  benda  yang  kau  buat  bersama . wuuuuuu  wuuu Y_Y

akhir  cerita, Dahlia  dan Maria  pergi  ke  library  dan  ada pelajar  buat  bising  semasa  baca  paper. 'ehemm ehemm' - dahlia berdehem tanda  mahu  mereka diam. Pelajar tersebut  terkejut dan berlalu  pergi  sebabnya kan dorang  tak  nampak siapa  yang berdehem. Masa  ni  gua  cakap sama lu, gua  dah rasa  macam " woowww.. what  happened to Dahlia  pulak??????" pandai  penulis  mainkan  pemikiran  pembaca.

dahlia  dan  hampir 200 students & guru mati  dalam kebakaran di asrama  selepas  kes pokok tu. dahlia nampak  muka dia , maria and mostly kawan-kawan dia  dalam  paper sebagai  mangsa kebakaran. masa tu baru dahlia  sedar  selepas  maria  bagitau  yang  dia sebenarnya  roh. ROH YANG TAK AMAN. the end.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banyak persoalan  yang  ecah  geram  gila  nak tahu. harap penulis  dapat  jawab untuk semua  soalan ecah.

  1. Di  awal  cerita, kenapa  Pak  Darus  pandang  Dahlia  tak puas  hati? masa  ni  dia  dah  rasa  something wrong dengan Dahlia ke apa atau  sebab  ayah dia, Rashid?
  2. Ketika  dahlia dicabar  geng  princess  untuk  main bola dan geng  dahlia  menang  bersaksikan  ramai  pelajar dan  penghuni asrama. bukan masa ni, students lain tak  pelik  yang  dahlia ni bermain sorang-sorang. siap  sokong dahlia  lagi  tentang geng princess.
  3. kenapa  isteri ustaz tu, selalu  datang  jual karipap & donut dekat  dahlia. motif? dia membantu ke?
  4. semasa  Dahlia  bercuti di rumah, kes mak cik ani. yang  Dahlia  dengar  suara  mak cik ani nak  pindah keluar  tapi  bila  jenguk takda siapa. ada bunyi orang memasak  dan buka tv semua. satu adegan  yang  mak cik  ani  bersembang  dengan  jiran. maksudnya mak  cik  ani  tak balik  kg seperti  apa  yang  diperkatakan  oleh ibu dahlia  dan  apa  cerita  sebalik  semua ni???
  5. Dahlia  selalu  terkejut  bila  bersalam  dengan orang, sebab  tangan yang disalami  tu  mesti  sejuk. meaning  mereka  dah mati  dan  dahlia bersalam  bukan  dengan manusia? mak adam pun hantu ke macam mana...-_-
  6.  geng Queen  yang hilang tanpa  di kesan. semuanya  tu cerita macam mana si pengait culik mereka?
  7. kenapa selipar  yang  dijumpai oleh pak darus tertulis nama  diana  dan  bukannya  dahlia?
  8. Kenapa  hanya  Dahlia  yang  nampak  roommates dia, geng queen  macam  orang  sedangkan  dia  bermain spirit  of  coins  selepas  dah berkenalan dengan roomates. bukahkan roh-roh diorang ni terlepas  selepas  dahlia  main game syirik tu???
  9. kerusi  bergerak -gerak  dalam kelas dan bakar  asrama angkara  siapa? ermm ermm
  10. kes farah  dan azhar, siapa  yang spread  the rumour yang mereka dating. kenapa farah takut dan risau  dari mana  dahlia  dengar?
  11. Dan  kalau  betul geng  queen semua  tak wujud, semasa  kem jati diri kenapa  nama meraka naik  dan  maria  tahu  yang geng tu  suka  buat  perangai?? 

Harap  penulis  boleh  ceritakan  dengan lebih  detail. ecah curious  nak  tahu  sangat >_<apa  yang ecah tulis untuk entry kali ni, semuanya adalah pendapat  ecah je. overall buku  ni  best  dan korang  kena  baca  dulu, baru  dapat "feel" tu. lagi cool, baca  pukul 1 pagi ke.

4  ketul  bintang  untuk  novel Asrama