27 May 2015

terharu tak sudah

Assalamualaikum

Lepas habis event kat Quill mall ecah  rushing  nak  balik  tak  menyempat. keluar je  dari  mall baru  perasan  hujan  lebat  ya ampun. ayah  dah  pesan  tunggu  kat  menara unikl  yang 100m  dari  tempat  ecah  terpacak.

lepas tu  ayah  hantar wasssap  emoji  mulut  mendatar  dan  muka  polis. aiyoyoo

kena  redah  jugak ni, skirt  jangan  cakaplah  basah  lencun. kalau  perah ni  boleh  dapat  sebaldi  dengan  muka  yang sememeh , tudung  dah kelepet  pet pet. saat  aku  mula  nak  marathon  dengan  perasaan  yang  "lantak mampuih pi lah  apa  nak jadi". Ada  seorang aunty  yang  sebelum  itu  aku tenung  kerana  beliau  menarik  perhatian  aku. Dia  berjalan  perlahan  menuju  ke arah  aku. diam  aku di situ memerhati.


aunty  tu  hulurkan  beberapa  keping  surat  khabar  yang  dia  gunakan untuk  berlindung dari  hujan.
sebelum dia  berikan  kepada  ecah, dia pastikan  surat  khabar  yang  dia berikan tu  masih  kering  ,tak  kena hujan. Terharu  gilaaa... nasib hujan sebab  mak cik  tu  tak nampak  aku sobsob T_T


alahai, even  apa yang  dilakukan  oleh mak cik tu  tak  seberapa  bagi  enkorang. tapi . bagi  aku  besar sangat  jasa  mak cik  tu  sampai  sekarang   aku  tak  boleh  lupakan  wajah  aunty tu. hujan + kena kepala aisyah = demam. Alhamdulillah, tak demam  pun lepas  kena hujan hari tu. Thank  you  again  aunty *if you  read  my blog  lah. muah muah

Terima  kasih  sudi  baca ;) sayang aihh

21 May 2015

19 , one nine

Assalamualaikum


18th May 1996 marked the first day a girl began her journey orbiting the sun. Throughout her journey, she faced a lot of ups and downs, heard stories, made discoveries, there were days she cried herself to sleep, and those days where she laughed so hard her stomach ached. 19 years passed by, the girl turned into a fine young lady named Noor Aisyah binti Azizon. Whatever she had, and may face in the future will surely germinates into memories that she couldn't find herself to speak about, to express to others when she's old, but enough for her to remember em deep down her mind as no one would ever understand what she felt for the memories. How the memories were made. No one. Except her. She, lived her life. Happy growing old Aisyah.

Apa  yang diperkatakan di atas, bukan nukilan dari saya but from encik ameer .tepuk tangan gemuruh. sorry ameer sebab publish wish  tanpa kebenaran . nah spanar hehe.

MY  LAST TEEN YEAR

Allah, rasa  baru semalam je kena make up , tenyeh lipstick merah mak ngah oleh cikgu pra dulu untuk  photoshoot graduasi pra-sekolah. tuptup, sekarang  dah  masuk  umur yang  melayakan aku  jadi  mak orang. aipp, ecah maksudkan  alam  remaja.

sembilanbelas tahun  dan lagi best  muka ecah  tak macam  gadis 19 pun. bagilah chan nak angkat bakul kali ea. hihi Kalau  kutip duit  raya nanti, cukup kot nak beli instant camera seketul .tapi. bila orang dah tahu umur kita, mak cik mak cik pakat tanya  ecah  dah  berpunya ke belom. ecah selamba badak cakap

            "Biarlah rahsia" huehuehue peace mak cik

lepas tu, ecah  rasa  usia remaja ni lah banyak gila aral   yang  melintang ,membujur tambahan lagi hidup  zaman serba  canggih. handfon setia  melekat  dekat  tangan  sampai  nak basuh uhuk  adik, sempat  lagi  balas twitter. Tu tak termasuk dengan  amukan gelora jiwa  yang ntahpape.

mercik

Semoga  tahun  ni menjadi  lebih  ohsem dari sebelumnya. berharap sangat  dapat tamatkan alam  remaja  dengan gembiranya. amin

Happy birthday to me, padahal dah dua hari berlalu. love you all



20 May 2015

Mengharap

kawan kawan  kalut  pasal  interview  upu sana  sini, ecah    bajet  bertenang  sambil hiburkan diri layan  exo next door. stress  wei nak kena tunggu  lima  hari  demi new episode. haihhh  aku  pandang enteng wassap rakan yang disayangi  sebab dorang akan

                    "syah, dah check ke iv" "kau dapat mana wei" "eley  kauu, mesti dapat punya"

kau rasa?

tahukah soalan di atas  mampu  membuat  kadar  kemarahan   meningkat  tetiba.euphoria menurun dengan derasnya. sebabnya  aku  masih  menunggu  untuk  dipanggil ke temu duga . senang cerita  aku  tak dapatlah haaa kan senang bagitau  awal-awal.

"ecah  sedih  la tu "-bisikan  si busuk

siapa  je tak berduka lara, rasa  nak  terbang  bersama angin ke langit  yang terbentang luas. phew, bukan rezeki  aku  sekarang. kena lah redha  sambil  tu  lap ayaq  mata dengan kain  lebihan baju kurung. Rezeki ada di mana mana cuma kena SABAR.

sabar  tau ecah. muah ciked .aku terus berharap dan percaya kepada  takdir Illahi. For those yang terpilih, semoga berjaya.

Dan Riduan pesan  suruh aku sentiasa tawakal  lepas berusaha. so yeahh , aku  tawakal sepenuhnya dan  lantas aku terus nyanyi  lagu gemuruh jiwa selepas berkata begitu  dekat diri sendiri.

cuti yang  ada akan gunakan sebaiknya yeehhhaaaaa ;)

p/s: alhamdulillah! petang lepas adegan tacing di atas,ecah checked web ukm tau. thank u Allah, dapat iv yess! May Allah ease. syukur syukur ^_^

17 May 2015

demam dan oppa

Assalamualaikum.

pagi tadi  jalan  kehulur kehilir macam zombi, lepas tu  mak ecah dah  buat  ketuk  ketuk  kuali  kat  dapur.Ecah rasa  tak larat  nak  tolong. Tengok m-countdown  jap sambil tu kunyah  cekodok  panas mak. Allah , memang  layan habis lah. kepala dah berlitup  dengan  tuala  merah  jambuku. nak  melangkah  mandi  pun  aku  malas. aktiviti tidak sihat itu aku teruskan sampai nak habis rancangan.


dah  buncit  perut, baru  ingat  nak  mandi.hehe nawaitu murni aku disekat  dengan kemunculan exo. aku  sambung tengok , remote  b-yond  aku  pegang ulang patpuloh kali  performance exo tadi.

Alahai skemanya, ecah dah chop dua oppa kai dan sehun. yang lain enkorang boleh ambik. huhu. pls not my oppa. euuww gediknya  ecah. puih.

adik  aku  dah  buat  muka  busuk di, jadi sebagai kakak mithali yang sopan santun, ecah mengalah jua. masa nak berdiri selepas  satujamduapuluhlimaminit  aku  duduk, kepala  dah  pening tatahuan hala.Pegang  dahi , panas semacam  tapi  masih  terkawal. Sebenarnya,aku  tak  perasan  yang aku demam. bhahaha itu  je motif  entry  ni. Exo tetap dipersalahkan antara punca  ecah demam .


Patutlah bengun pagi tadi aku  rasa tak sedap  badan. tak syok lah  demam  bila  hampir jadi  birthday girl ni. terus rasa nak sepak laju teddy bear then  telefon  kawan siap nangis nangis , aku dah terlalu lama pendam  rasa sampai demam. teori kawan aku meh.

Thank you ya Allah. Sakit ni kafarah dosa, esok  aku  nak nyanyi happy birthday  sambil bergulung dengan  selimut. huhu

16 May 2015

Nak kahwin


Rasa nak acah acah lari  kat  padang  rumput , sambil  angin lembut menampar  muka  mulus ini , eksaitednya  bila  cakap  pasal  kawin atau nikah. ke tidak?kau  rasa macam watdehek, gelinya  cakap pasal  kawin bagai.

bergantung pada  tahap  pemikiran masing-masing. tak suka  pi  duk  celah  katil sana.

Tadi  mak  ecah  tanya  target nak kahwin umur berapa. terkezut iols sampai gugur bulu mata palsu

'around 27-30'

'apa 30 ' . terbeliak  bijik mata  mak siap sekali  dengan  bunyi  guruh. *pakej mungkin. Serius ni wei, pasal kahwin  semua  ecah  tolak ke tepi  dulu sebab  tak  perlu, tak  penting  dan  tatahuanhala. orang ajet cakap " biar masa yang tentukan" gituuu. rasa masih muda untuk  cakap  tentang ni hehe. itew malu lah  orang selalu suruh  kawin cepat-cepat ni.hikhik
 

ecah  nak dahulukan tanggungjawab sebagai anak.yela dah 'study pun tunggang langgang, ada hati nak jadi bini orang' , hati comel berbisik. paragraph ni membuktikan aku  semakin matang. hahaha

lagipun, aku boipren pun takda, enjoy  zaman muda ni sebaik mungkin. Sampai  masa, baru boleh bajet update  status "ana tengah  mencari  bakal zauj" "setia menanti  pemilik tulang rusuk" euuuw :p  hehe. bukan kah bagus kalau  masa tu ecah  pun  dah  persiapkan diri. kan kannn

Perancangan masa depan:

  1. Rilek kalau orang tanya anak dara tu (aku) buat apa .- tengah  sambung Phd.
  2. siap dah ada kereta, rumah sendiri , travel sana sini .- perancangan awal, takut apa apa jadi at least ada backup.
  3. duit berketul-ketul. tak nak susahkan mak dan of coz bakal encik suami perfect 10,suami ku ustaz,dia sebenarnya suami aku.
  4.  Nak banggakan mak ayah sebabnya aku ni gugurl sorang, wajibal maal ghunah depa nak  tengok aku berjaya dunia akhirat. insyaAllah.
Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Karang ada orang datang  merisik, anggap je lah entry ni cakap  kosong dari aisyah az. ahaks. Mohon putera raja datang jumpa orang tuaku. *tampaq muka sedas.

aku tak perlukan kawan yang hanya mencari aku ketika susah.rasa dipergunakan.-iklan duasaat

terima kasih sudi baca repekan saudari ecah az.

cikgu-cikgu kita

Assalamualaikum semua

seronok sangat bila ingat zaman sekolah dholu dholu. haih, boleh tak sehari nak  menyamar jadi  budak sekolah  balik. ermm ermm


kenangan terindah  masa sekolah, selain bergembira tahap  budak  tak cukup  umur, memories  bersama  cikgu cikgu  tak pernah  luput  dek zaman. walawei, ecah dulu  boleh tahan  femes  dekat  sekolah. terkenal  dengan  skemanya dan raut  wajah  yang comel. puihh

                           budak skema
______________________________________________________________________________________

sekolah  rendah

ecah  selalu  masuk  pertandingan bercerita, pidato , NILAM, ucapan berirama  dan  segala bendalah  yang  membolehkan aku bercakap. Thank  you kepada cikgu  Lily, cikgu iszam , teacher hazirah  sebab  selalu  bagi  sokongan padu. Malas nak cerita, dulu  ecah  tokoh nilam tau. tenyeh hidung*riak, takbur ,angkuh . terserlah keskema-annya.

skema skema pun, aku  boleh  tahan  nakal jugak. pernah  sekali aku  kena ligan(kejar)  satu  kelas sebab  patahkan kuku  kesayangan cikgu sains aku. hahaha. betapa  cuaknya aku  masa tu, cikgu  sains  simpan kuku jari  kelingking, boleh tahan panjang hoi. then  aku  bagitau  cikgu  nak  pegang  kuku  kesayangan  dia.
"prakkkk"

kuku  tu patahhhh weiii tak semena mena.. hahahahah lariiiiii. kelakar gila bak hang. sampai  sekarang  cikgu ingat  aisyah azizon.

kena  rotan? haruslah pernah. especially  subject  math.. Pembaris satu meter tu hahaha hambik kau.
alhamdulillah  masa darjah 6,  aku dapat anugerah terbaik subject math tau. see, kebaikhon kena  rotan . tapi.bila  masuk sek menengah, aku  jadi bebal  math  sampai  ke matriks kot, memang  lemah math. haih benci

aku  syak  sebab tak kena rotan mungkin *usap kening

cikgu cikgu  sekolah  rendah  garang, wuihh  sebab garang tu  jadi  orang sikit sekarang ni. hehe ada yang comel kemain,

cikgu radzi (math)  kalau  nak  panggil aku  mesti dia akan laung macam ni

" aiman ariff ambik buku"
"amira nadiah"
sampai turn aku,
"ecahhhhhh"  " ecah ni haaa kenapa comel tulisan comot sangat"

cikgu saiful (muzik) suka pulak  call aku " ecah ajijon". Tak kelakar hokei. nasib cikgu ensem dan masih ingat ecah. hehe, cikgu  lelaki  used tp panggil  aku "ecah". Riang ria ecah mendengarnya. mana mana akan be like "ecah datang bilik guru sekarang" 

lepas tu ada ustazah  yang  akan panggil aku " siti  a'isyah *dengung sikit " padahal nama aku takda siti pun. cair  hati  dengar. ada cikgu yang sweet sweet letak hadiah bawah meja, tulis wish comel comel. alahaii, sayang sangat cikgu sekalian.

zaman sekolah rendah seronok  tak hingat. sampai sekarang, cikgu cikgu  masih ingat ecah. jumpa mak ayah akan tanya "aisyah tu tak balik ke? " "bila nak habis study kat matriks" *lap hingus air mata. tanpa cikgu, saya mungkin tak jadi macam mana saya sekarang. sobsob

___________________________________________________________________________________

sekolah menengah


SMK Padang Tembak dari form 1- 5, boleh tahan glemer lah aku dalam kalangan cikgu cikgu. bhahaha . aku pernah nangis nangis depan cikgu  mariam, sebab beliau suruh aku  masuk  kelas first (cekal). aku tekad tak nak, sebab aku rasa aku tak boleh nak survive. nah,sampai form 5 cikgu mariam ungkit. padan muka aku -.-

Mr.Khoo(math) pujaan hati, mengajar aku  masa form 3.gigih beliau bagi latihan math supaya aku score A. Sampai ke form 5 kalau jumpa beliau pasti:

" aisyah, you punya math okay?" " you study okay tak?"

ha ha ha my math >_<''

Seterusnya,aku jenis yang sayang apa  orang bagi, pensil mekanikal pemberian cikgu sejarah masa ujian trial PMR. masih aku guna sampai sekarang, jawab pmr, spm semua pakai pensil tu.Now, pensil tu dah retak sebab aku TERduduk dalam dewan kuliah. harem betul. balik hostel terus hentak hentak pintu sedih.

cikgu Fauza, cikgu  kimia  yang baik, tegas, kelakar. hahaha aku pernah jatuh  bangku dalam lab kimia. hahah sebab gelak hilang kawalan. cikgu buat lawak tahap terlentang... aku terhibur dengan semua jenaka beliau.

sayang cikgu semua. cikgu ajar saya erti hidup  dan  tak pernah lekang bagi nasihat. huhu


p/s: rindu arwah cikgu roslina. ;(
_____________________________________________________________________________________

matriks

Dah tak panggil cikgu. tukar kepada pensyarah "lecturer" . masa awal awal aku rasa tertekan sebab aku  tak  tahu status  lecturer tu. ye lah bila nak bagi salam , semua benda keluar

"Assalamualaikum miss, ehh madam, ehh ehhh bonda" 

kekadang sir pun aku terpanggil madam. lempang muka bertalu-talu



dekat matriks hubungan  lecturer  kena jaga sebaik mungkin. selalu berjumpa, kalau boleh tegur la selalu bila berjumpa. Alhamdulillah, kekadang bila terserempak  bukan aku  tegur  tapi  lecturer, lantaran aku ialah gadis rabun yang membajet  tak pakai kaca mata.

"Aisyahhhhhhh" nada ceria siap ada wave wave tangan dari jauh

ehh  siapa tu? - aku *buat bodoh je

"aisyahhhhh awak nakpergi kelas ke ni?" 

ALLAH, madam kimia lah *dalam hati. hentak kepala kat meja lepas tu.

kalau jumpa para lecturers kat cubicle lagi syiok,
"hai aisyahhhhhh" nada ceria
perasaan dia bila cikgu kau excited jumpa kau, tak boleh nak  diluahkan. gembira sangat  bila lecturer ingat kita.

                                                  tak aci, madam nampak lagi muda dari student.

pernah sekali sir sc comp tayang blog  aku  dekat  depan kelas. hahahaha nak menangis aku  nampak  blog ecahwacha dipertontonkan di khayalak ramai. siap baca lagi apa aku tulis,huhu  nak menyorok bawah meja masa tu. hahah kenangan semua ni.


cikgu matriks ibarat macam mak ayah kedua kita,pada merekalah aku luahkan segalanya. family jauh. yang jaga kita lecturers. habis matriks pun,lecturers masih ber-wassap bertanya khabar. indahnya ikatan ini. ;')

_____________________________________________________________________________________

menjejes air mata menaip entri kali ni. pengorbanan para guru  terlalu besar, dengan sistem  yang makin complicated. cabarannya haruslah lagi banyak.Hargai sesangat.

Terima kasih cikgu

Kepada cikgu pra-sekolah skpd,
cikgu sek ren skpd
cikgu sek agama Pulapol
cikgu sek men smkpt
lecturers matrikulasi perak.

Happy Teacher's Day
 sayang kalian sungguh sungguh.

ikhlas dari,
aisyah azizon
(anak muridmu  yang nakal tapi comel)

12 May 2015

Aisyah az :Perubahan di Matrikulasi

Assalamualaikum

sumber google.

Dengan bangganya saya umumkan, ecah az dah bercuti selama dua minggu tapi hampeh mereput dimakan anai anai. tssk tssk, apa yang harus dahku lakukan demi mengisi masa lapang selain TIDUR.

emm, masa aku terisi jua dengan bertumbuk,maki hamun, berperang mulut dengan sarah (my bff dekat matriks). At least otak aku berfungsi demi membidas segala tohmahan dari Sarah. hai sarah ;') walau kita berjauhan, aku harap kau mereput cepat sikit supaya hati aku tak sakit. mihmih


Apa aku merepek ni ,haihh, actually  ecah nak kongsi  perubahan ecah sebelum dan semasa bergelar budak matriks perak. negative or positive?

Makan
Masa makan aku hancur remuk bagai dilenyek lori ais, tak tentu jadual makan .kekadang sesuap nasi nak masuk perut comel ecah pun payah untuk sehari. Gagah jugak cicah biskut dengan air milo tengah malam. mulalah mengelupur sakan bila berat drop 5kg. walaweii tak cool tahu. kalau kat rumah rilek je tambah nasi 2-3 pinggan lepas tu siap ada pencuci mulut.

p/s: bagus untuk mereka yang nak kuruskan badan.sangat membantu bila masuk matriks.


aku sampai dalam kelas pun mengunyah biskut , lapar punya pasal. padahal lecturer perati je aku.

berdikari
basuh baju kurung, t-shirt, seluar ,spender dan lain lain guna tangan je. Washing machine ada tapi kau bayangkan, satu blok ada 3 ketul je bendalah tu, penghuni dia 200++. kalau jiwa kau kental nak tunggu turn sambil kena hamun bila kau potong line, guna je lah w.machine. ecah guna bila nak cuci cadar cormforter je.Namun, kat rumah aku boleh goyang kaki, tunggu washing machine bernenenene (lagu) terus angkat and jemur kain.

masuk matriks baru dapat bina musle sebab berus baju berterusan.huhu

Keyakinan
tak dapat lari daripada kena presentation , jujur ecah memang suka kalau kena present dan mengajar dekat depan kelas. kekadang apa yang aku explen main bedal je tapi entah lah mungkin sebab ecah suka bercakap dan secara tak langsung confident diri meningkat. gituuu, mungkin mak terlebih letak manisan kat mulut masa baby dulu.

Kerohanian
Alhamdulillah, dekat matriks banyak sangat peluang untuk kita tambah ilmu perihal agama. Suggest kalau masuk matriks, mohon pergilah ke masjid selalu walaupun kerja bertimbun cecah lantai.
Best sangat dapat pergi kuliah maghrib, kuliah agama by lecturer  dan tarbiah daripada kawan kawan. Dekat matriks,korang akan rasa semangat nak berjihad tu membara.keluar api dari mata. betul ni tak tipu.

permata dan belian
In term of kawan, dekat matriks baru ecah nampak dengan jelas siapa kawan vs lawan.ecah dah la jenis peramah lepas tu bila ramai kenalan, kau takkan rasa "kesunyian". mana mana kau pergi, ada orang akan lambai and laung nama kau. " Aisyahhhhhh " - kau akan femes sekejap.

yess, seronok tau dapat tengok  variasi perangai students. malas lah nak cerita sebab nanti ecah sobsob. rindu classmates dan roommates menggunung ni. senang cerita,carilah kawan yang betul bukan yang hampeh tahap jebon.

Bergaya
sebelum masuk matriks, rilek je aku keluar rumah dengan muka tak bermake up lepas tu wajibal ghunah berseluar jeans, takda kain kain bagai. dekat matriks hambik kau, hari hari pakai baju kurung  atau skirt  pergi kelas.tak ke haru biru bila terlewat pergi kelas, nak lari tak boleh, haruslah terkedek-kedek kaki kecil ku ini. T_T

muka kenalah berbedak sikit then calit lipstick mak aku punya. Bukan apa, ada kes kawan aku terkejut tengok muka aku macam hantu pergi kelas. pucat lesi.tragis betul -.-''

bukankah sopan dan ayu berbaju kurung. hahaha aku (puple)

Diri sendiri
Hati comel ini makin sado,tak main lah nak bermanja manja. semua benda kena buat sendiri, daripada segala segi sampai aku dah tak kenal diri aku yang dulu. kematangan mengubah segalanya ,ecehh. tapi betulah, matriks mengajar aku untuk lebih bersedia menghadapi dunia luar yang seyogianya penuh pancaroba. walawei ayat espiyemm

korang boleh berangan jadi doc, siap libas libas lab coat tau. eksaited kemahen aku masa first time pakai ni.
So kepada hadik hadik nak masuk matriks, mohon pandai uruskan masa dan Rajin . aku ulang ni Rajin .Siapa yang duk menghasut kata matriks ni susah, tolong sesiapa tibai dengan batang mop.belajar mana mana pun susah dik oi. jangan jadi bangang sangat duk stress memanjang. Kalau nak berjaya, solat jangan tinggal . Kunci kejayaan tu adalah SOLAT. 

sebarang soalan boleh lemparkan di bawah.

sayang enkorang  :)

5 May 2015

Photoshoot B1T8

B1T8 ni merupakan  kumpulan Kpop yang masih baru, junior kepada B1A4 yang sangat femes di Korea Selatan.Kumpulan baru ini diterajui oleh aisyah az  kerana dia seorang yang berdarah jenis B. lepas tu kann... kumpulan ni tak wujud pun.*tipu sikit-sikit boleh la

Actually B1T8 was my class untuk sepulohbulan masa kat matriks dulu.B(biology) refer to modul 3 ,padahal aku tak nampak related B dengan 3 pun.T8 pula refer dekat tutoran number 8.Walawei, aku dah la suka gila no.8 lepas tu dapat kelas kelapan.Onggg sangat ^_^


Lepas habis last paper  iaitu paper 1 Biology.My classmates and I  turun padang untuk photoshoot.Takdalah photoshoot gah macam Dewi Remaja sangat. Cuma untuk kenangan kami. Jadilah kan daripada takda langsung. credt to dslr nana yang buat muka aku flawless habis. auuww_


Petang isnin tu hujan lebat kemain, nasib kami order sate awal awal so sementara tunggu hujan berhenti. kami mengkedarah dengan lahapnya.






aku tak sempat nak kalih muka sebab sate dia  wallahi sedap sangat. hujan turun rintik-rintik dah masa ni.



because kami ada pemain gitar terbaik dekat kmpk, Ariff. Cool kemahen aku rasa, sambil makan ada orang nyanyi. dah la free. muehehe ;p

Sesi bergambar mula bila hujan berhenti. Kami sayang dslr nana, takmau bagi kena hujan. kang dia mintak ganti rugi tak ke haru biru  nak bayar.My classmates are typical selfie people, so nak ajak bergambar memang senang. tak ajak pun dorang gagah berlari nak masuk gambar sekali. hoho

 

yass.. Raja jadi pemeriksa hujan pada hari tersebut.sebab kami sayang dslr nana... hujan no camera 




the tripod kami pinjam Sir Am punya (lecturer sc comp). Thank u sir ^_^






  


kalau suruh buat muka annoying gila, aku lah champion dia. Gambar ni menceritakan perangai masing masing.Ada yang poyo , garang, nakal (yang depan sekali ni), happy-go-lucky, comel (aku) hahaha 


Jangan terkejut  bila hampa masuk matriks, kelas ada sorang lelaki saje.12 lagi perempuan. sebab kadar peratusan lelaki memang sikit. conclusion, spesis depa ni makin pupus. #bringtheboysout.My class ada empat ketul jejaka je. Semua baik-baik (khononnyaa -_-)


Setiap kelas akan split. ada B1T8a and B1T8b. so i was in B1T8b !! muka ntahpape haruslah aku. hai korang, tak rindu aku ke?

       ---♥ ♥---
kami berasal dari negeri lain-lain.Semua ada, mula dari Kelantan sampai ke Perlis.Dekat sini lah aku belajar macam macam bahasa. mostly ,kelatan lah because dalam kelas aku bersepah mek mek kelantanese. Well B1T8  ni penyeri my life as matrician,tanpa kalian, aisyah az mungkin tak boleh survive sampai ketitisan terakhiir. Thank  you gais *lap hingus


3 May 2015

Setahun berlalu

Assalamualaikum,

Hari ni cukup setahun arwah cikgu roslina az pergi meninggalkan dunia ,menghadap Illahi. Namun, ingatan bersama cikgu tak pernah lekang daripada ingatan. Allahu, rasa rindu menggunung dan berharap dapat peluk  cikgu sekarang.

suara ,senyuman dan kata kata cikgu masih segar di ingatan. Masa di hospital:

" Aisyah, meh duduk sebelah cikgu. kenapa berdiri " - cikgu
 terngiang-ngiang lagi di telinga hingga sekarang.

Air mata dan perasaan sebak selalu bertandang di hati tatkala rasa rindu mula menular dalam hati.
 
Al-Fatihah 

2 May 2015

Kolej Matrikulasi Perak ,Gopeng #1

Assalamualaikum
#Part 1
#KMPk


Kalau ikutkan  matrikulasi perak ni, last choice aku  dan  tak  penah terlintas pun nak sambung study dekat sini. hakak hakak ada tanya kenapa tak masuk U? huhu bukan aku tak ditawarkan . Alhamdulillah rezeki  Allah bagi sampai  aku  keliru  nak masuk  institusi apa. Kedua orang tua sarankan ecah az masuk kmpk. so jadilah -
 Aisyah Az, student kmpk untuk program satu tahun(pst)

menyesal ? tak pernah

finally, aku dah berjaya tamatkan perngajian aku dekat KMPk.tuptup setahun berlalu  dengan pantas dan segala penat lelah yang aku rasa dekat matriks hilang macam tu je. Proses  aku  mereput dekat rumah bermula, hahaha tak tahu nak buat apa dik oi. Mula lah rindu  zaman kat matriks dholu dholu. mercik ;'(


first thought pasal matriks :

Menakutkhonnn. ni semua  salah akak abang senior aku yang suka momokkan cerita seram hambar pasal matriks. dah la first time  berjauhan dengan family, rasa seram sejuk tu tak dapat dibendung.  tapi. semua sangkaan sahaja. tak alami lagi keadaan sebenar di matriks masa tu. sebenarnyakan.. kan

BEST GILA BAQ HANG!!



To be continued...



1 May 2015

Sudah tiba waktunya

Assalamualaikum ,

kalau jawab sayang ;')

Aisyah rasa kan ... dah tiba masanya untuk aisyah tutup blog ni. hmmm terkejut dok??

kau dah kenapa aisyah ? -_-

me just kidding okay. aisyah rasa dah tiba saat dan detiknya untuk aisyah start active blogging balik after one year aisyah on off je blog ni. hampeh punya blogger *geletek diri sendiri.


from now , aisyah akan mula hapdet sampai korang muak dan muntah bertubi tubi tengok lambakan entries. hehe. Actually kan i cannot sleep lately . i wish goodnight to people awal gila and then bila dah  mendarat atas katil yang sememangnya ada power of  "tidur mati" , aku still tak boleh nak tidur.


before this, at this time i used to chitchat with someone. but he has changed :( so taraaa, aku ganti dengan aktiviti baru iaitu  baca balik entry lama lama. bapak arh aku rasa macam aku makin meningkat dewasa. ayat masa form 4 dulu sumpah rasa macam nak lenyek diri sendiri dengan basikal.Karang ayat macam budak budak tak matang, macam kurang sel otak berhubung. muehehehe

tapi

sekarang aku mungkin akan ubah style penulisan aku sejajar dengan umur aku yang bakal masuk angka "one nine" . lagi 17 hari mehh , jangan lupa wish birthday tau. hihi  >_<

tu je lah kot untuk pagi jumaat ni. selamat tidur wahai penghuni bumi.

byebye <3