Sambil menghirup air kopi O panas ditemani
Semalam sempatlah aku khatam satu buku fixi dalam masa sehari (tenyeh hidung-bangga seh). Dah lama buku tu duk menari depan ecah suruh baca tapi encik masa mencemburui kitew
Ecah memang minat kipas mati buku fixi. Akur. Buku Mereka ni antara yang buat jantung ecah rasa nak meletop kebaboom, tak boleh tidur malam siap masuk dalam mimpi lagi ciss -.-
Mereka - mengisarkan 8 sahabat yang terhegeh nak buat reunion selepas 5 tahun tak jumpa.Main karakter ialah Joker yang diberi kebolehan mata ketiga (six sense). Sumpah aku suka gila si Joker ni sebab watak dia kool habis and gentle boleh dibuat bakal suami soleh hihi. So,mereka semua pi bercuti di sebuah resort dekat Pahang dan segalanya bermula di sini. Jeng jeng jeng tak sedar yang kegembiraan mereka hanyalah sekejap.
Esoknya bangun pagi,mereka sedar lokasi tak sama macam malam sebelumnya. Segalanya berubah dan menakutkan ibarat tempat dalam Zombieland . Mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan yang pada aku sangat menakutkan dan tak masuk dek akal. Haih memerlukan imaginasi yang tinggi untuk mendapat gambaran yang penulis cuba sampaikan (dahi aku sampai berkerut seribu kot masa baca) stghess.
macam aku cakap, Joker ni bagus sebab mostly dia tolong members dia dan tak pentingkan diri. Banyak situasi yang buat ecah berdebar terox especially masa dorang terjumpa "Tanpa muka" dan Badut Perempuan yang buat wa hampir carut patpulohkali non stop.
Punca semua ni berlaku adalah dari sorang member mereka yang merupakan ahli kumpulan Freemason. Jangan tanya wa apa tu freemason T_T kena google meh. Dalam penulisan Ariff kali ni, ada menceritakan mengenai satanist organisation , Lucifer dan alam jin. Kalau nak tahu ghupe ending novel ni, enkorang kena bacalah Mereka dengan jiwa yang terbuka.
Aku bagi buku ni 4.45553 / 5 sebab berjaya buat wa konfius dan pelbagai persoalan muncul di benak fikiran. Thank you Encik Ariff untuk penulisan Mereka yang lain daripada lain. Tidak mengecewakan , tazabar tunggu sambungan (Ada kan?) I like KACAU too.
oh ya, buku ni banyak unsur kelakar okay. Aku kekadang konfius nak sedih ke nak gelak kahkah. Paling suka part Ezzad kena kejar dengan patung ibu dalam gereja anti-kristian LOL.
Siapa dah baca buku ni?Kita geng *wink*
Sekian review dari ecah .
Thank you sudi baca. Muah kit