14 Oct 2017

Ujian datang seperti meteor

Assalamualaikum,

Tahu pembaca setia semua dah hilang. tapi. ecah tulis jugak sepatah dua haram mengenai kisah hidup yang agak tragis.

Bermula dengan busy baca  journal sampai nak juling mata lepas tu dah siap bentang proposal depan SV. Okay settle satu hal. Then last week masa ecah tengah mengelupur cari masa, PENDRIVE ecah kena virus pulak. Masa tu rasa hidup ecah dah tak bermakna. okay tak saya tipu je :') Tertekan jugaklah sebab dalam pendrive tu ada segala benda yang amatsangatsungguh penting. Rasa nak pergi tembak mati semua virus yang derhaka cuba nak rosakkan hidup ecah.

Nasiblah ada Hazwan  rakan sekelas yang terer bab format and buang virus. Makan pendrive ecah yang terlatar sakit berjaya discharge dan kembali ke tangan empunya badan yang comel ini. hiks

Next, ecah mengalami sakit gigi  yang maha hebat. Mula mula inga biashe biashe je haha. Sekali hambek , dr suruh cabut gigi geraham ecah sebab gigi tu macam dah koma dan tunggu masa untuk rebah ke bumi. Gituuuu. Namun, masalah gigi ini belum selesai sobsob maka ecah berharap pada ubat tahan sakit dan berdoa kepada Tuhan agar gigi yang gebu comel tak berapa nak putih ni kembali sihat.

Tak kool lah sakit gigi lepas tu ada ulcer besar gedabak menyibuk nak muncul masa ni jugak. Hek eleh kau nak attention sangat ke ulcer sampai tak menyempat nak tempek ke dinding mulut aku. Takmau langsung bagi kerjasama kat ecah. Sekarang ecah tenga struggle nak makan. Kena hadap sakit gigi dengan ulcer blerghhh nak nangis je setiap kali mengunyah.

Demam pulak datang, biasalah tu bila dah sakit gigi en en. So ecah tak boleh sangat nak buat kerja haha alasan :p update blog boleh pulak. Bukan ecah nak mengeluh dengan semua ni. Tak tak. Ecah just rasa macam tak kuat nak hadapi semua ni sesorang kat kolej. Lagipun tengah cuti midsem T_T ecah masih di sini siapkan segala kerja yang ada pffttt.

Maka berakhirlah sesi mengadu tanpa meminta belas kasihan. Doakan ecah terus tabah hadapi tahun akhir di varsiti tercinta.

Salam koko-cruch !

2 comments:

  1. Moga cepat sembuh and semoga kuat selalu! :)

    ReplyDelete
  2. sakit kan pendrive masuk virus ni, nasib baik kak ecah punya file tu selamat

    samalah kita pun tgh demam sekarang ni T__T

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~