Masih terasa perisa kek cokelat mak jemah kat tekak ecah ni. cebisan-cebisan Pizza semalam masih dalam perjalanan ke perut then ke usus kecil untuk dicerna dengan baik . Ecah rasa macam baru turun terloncat-loncat dari flight Korea . Seolah-olah dapat jumpa nichkhun oppa secara live.haha. Bukan kemain gembira ecah hari ni.
..sebab..
My BIRTHDAY'S DAY !
-18.5.1996- fyne .nombor tu tak boleh dibuat nombor ekor atau cabutan bertuah tapi itulah tarikh lahir ecah. tarikh yang keramat tahu. Maka genaplah ecah berusia nambelas tahun 1 hari hari ni tapi rasa macam baru daftar keluar dari Hospital Bersalin Kangar, Perlis. rasa macam baru dapat pegang IC yang bertempekkan gambar ecah yang buat muka ketat dan huduh .Cepatnya . Masa bagaikan terdesak untuk berlalu dengan pantas tanpa menoleh kanan kiri.
Ulang tahun kelahiran ecah yang ke nambelas tahun kali ni dirai dengan penuh gilang gemilang seperti meraikan kejayaan ecah mendapat 9A+ dalam SPM. Puih.haha.
Event berjalan dengan lancar selama 2 hari berturut. hamboi tak mau kalah dengan orang lain.
Malam sabtu, kami (family) pergi jejalan dekat Wangsa Maju nak cari the Grand place to celebrate ecah's birthday. Lepas tu terjumpa satu restoran yang sungguh indah dan bling-bling --> Pizza Hut. lalalala.
Pizza Royal Masala Chicken
Kenyang perut , suka lah hati ecah ditambah pula dengan gurau senda kasar dari adik-adik ecah yang agak omey nie .
Secret Recipe
Kalau tak da kek time HB kita pun tak syok. Seolah-olah pergi shopping tak bawak duit . hehe. no cakes: Tak dapat nak penyek kek kat muka adik, tak dapat nak makan kek sampai muntah. conclusion, wajib ada kek time birthday. it's as symbolic!
Akak, nanti tolong tulis Happy Birthday kak atas kek itu nanti ea!
Ouh 0.o.. okey adik.
Rasa macam nak menyorok belakang mak. hoho. malu pula. hemo hemo :)
Last. I just want to wish Happy Birthday to myself. Tak malu
Happy birthday Nur Aisyah! Hang dah besaq gedabak. So perangai hang pun kena ubah la. Tak mau dah duk beli teddy bear segala alah tu. Ingat hang dah 16 tahun bukan 6 tahun 10 bulan. Semoga hang berjaya dalam SPM. Wish u the best :)
Terima kasih to everyone who wish me. Ada yang wish ikut mulut, guna tangan dan ada yang wish dalam hati. Ecah terima dengan hati berbunga-bunga . terima kasih . Nanti ecah hantar cekelat daim kat hangpa semua. teng teng. Tipu. XD
Alhamdulillah . Syukur kepada ALLAH S.W.T sebab bagi ecah hidup dan tinggal kat bumi-Nya sudah 16 tahun . Allah dah kurniakan dan pinjamkan pelbagai nikmat kepada hamba-Nya . Selain menyambut HB dengan makan cekodok mak dan kek , ecah tak lupa juga untuk berdoa dan bersyukur kepada yang maha Esa.
Thank u Allah ♥
p/s: Birthday ecah dikongsi bersama taeyang (bigbang) & Gayoon (4minute) huahua
No comments:
Post a Comment
Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~