Tinggal berapa kerat cuti sekolah, baru terhegeh-hegeh nak buat coretan semanis gula kat sini.
foine , tatkala ini ecah tengah mengelupur sakan terkinja-kinja nak buat homework yang cikgu tersayang bagi. Perhh , kerja punya sikit. tapi bukan kemain berpeluh nak siapkan satu kerja rumah @sekolah .
So sekarang dah cuti bulan 6 , cuti yang buat ecah hanya tidur + makan + FB = (ending ) menangis . Menangis sebab kesal seribu kelu mengabaikan kerja sekolah yang sebelum ni hanya dipandang enteng oleh daku. Terbayangkan cikgu pegang rotan sepanjang batang pancing . >.< .
Hari-hari semangat buka lappy dengan niat tersemat dihati nak gagahkan diri buat folio , tapi pengaruh FB yang makin menghantui ecah telah membuat ecah lenyap, sunyi sepi ,bersuka-ria bersama encik fesbuk . wuuu T.T. Pandai ye kau, Mark Zuckerberg , buat aku begini.
Ehemehem. Sekolah akan membuka pintu pagar besi berapa hari lagi , suis loceng akan ditekan dalam masa bilanpuloh jam dari sekarang . aku ??? masih terkontang -kanting bersama kertas A4 yang konon -kununnya hendak diprint . Puih .Padahal masih terkekeh-kekeh tengok Running Man nun ditengah malam . Bergelak santai dengan masterchef . Bergelap gelita melayan drama korea , hanya lampu suluh liplapliplap yang menerangi ku.
"Tak pe , sekolah lambat lagi nak bukak. Dont worry la ecah . Esok -esok buat lah .Tommorow never die " .Bisikkan penuh kejahatan tu selalu menyapa telinga dahku setiap pagi ,petang dan malam.
Sekarang , nasi dah jadi hitam legam . ehh. Bubur . menyesal dah tak guna lah wei.
Padan muka ang . nah, pergi buat homework tu sampai sudah. Hok update blog , status FB boleh pula. Kerja sssseeekkkoolllaahh yang ciput miut tu tak boleh siap kan. ngeh!
Tengah duk buat , mak. sobsegsobseg .
Tergesot-ngesot ecah nak gi buat homework setiap kali mak bagi nasihat bebaur keras semacam. Pada masa ni jugak , telefon , tab , epop campak kemana . dah tak pandang benda-benda alah tu. Spet mata always ditempek kat mata ni . Buku-buku bertimbun-timbun , panggil adik suruh pegang sekali . plus, bacakan point-point yang ecah kena taip kt lappy . maaccehh adek!!
-TAPI-
Dua minggu cuti seperti 20 saat je. hush hush. Mintak, mohon sesangat dapat siapkan homework before tarikh luput . Amin ~ .
Kerja sekolah yang cikgu ecah bagi tu untuk kebaikkan ecah jugak. Nak anak murid beliau yang bajet omey ni jadi pelajar cemerlang , terbilang , gemilang ,
Cuma anak murid ni suka main mengepostpone , tu yang tidur pun pegang folio ^^
mekasih abang :) |
No comments:
Post a Comment
Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~