tariiikkkk nafas.. malam ahad kan kan.. ecahh kann.. dapat .. hikhik.. pergi bertandang ke i-siti !!
Dalam hati syok tak terhingga nak pi sana . Walaupun dah berabad tempat lampu bergemalapan tu dibukak , sebeluguk sedara ecah post gambar kt fb kononnya dorang dah berjaya menjejakkan kaki . eleyh . sekarang ecah dah boleh print gambar sebesar klcc . tunjuk kat dorang sampai terbeliak bijik mata tangok bertapa ohsemnya Nur Aisyah suasana kat i-city .
I-city dibuka pada pukul 6 petang - 6 pagi . Kira duabelasjam lah . Kalau rasa kepala hotak tengah serabut dengar jiran sebelah gaduh nak cerai bagai pukul 2pagi . Boleh lah datang sini sambil pakai kain pelikat pun tak pe . Seyesly korang akan rasa happy tengok pelbagai warna cahaya menghiasi segenap 4 penjuru i-city .
Boleh membajet macam dalam wonderland . Rasa nak bawak balik je dua tiga ketul pokok ni .
Baru semangat sikit nak study . hikhik >_<
Pelbagai spesis pokok plastik boleh jumpa dalam ni . Sumpah lawa, guwa rasa macam nak nanges tengok pokok tu colourful bagai . Semua pakat nak tangkap gambar dalam ni , pokok krimas kecik toik pun kena beratur panjang kalau nak tangkap gambar . *tipu sikit
ecah dan kak long @my kazen . ignore my weirdo face
Pokok hijau tu antara sepisis pokok yang susah nak jumpa di alam semesta ni . Bertuah sape yang dapat pegang .
foine tipu lagi -.-''
Jangan ingat dalam ni penuh dengan bunga, pokok plastik , makanan , toilet je . Kat i-city ni jugak ada tempat permainan yang best-best . Kalau rasa nak kembali ke zaman hingus pun mak yang lap . silalah berkunjung kat sini sebab budak-budak akan enjoy and have fun main game kat sini
Omo omo .. Kalau cakap pasal i-city ni mesti otak ligat ingat pasal snow world kan?? Kalau rasa duit dah mampat dalam dompet , cubalah masuk kat sana. Tiket masuk agak mahal bagi ecah . tak tahulah kalau korang rasa murah .
Mengidam nak pergi main salji , lepar berketul-ketul bola salji , berangan ada kat London sekarang? Kat snow world lah tempat melempiaskan segala keinginan dan nafsu nak sentuh salji sekali seumur hidup. kononnya=.=
Memandangkan sekarang musim cuti sekolah . Kalau parents rasa buntu nak heret anak-anak pergi bercuti kat mana . I-City tempat paling ideal dan murah untuk bersuka-ria . Picnic kat situ sampai subuh pun boleh . Tak rugi kalau kita keluarkan duit sedikit semata-mata ingin berhibur dengan keluarga . Daripada makan kuaci & golek depan tivi , better datang sini . Selain menjana pendapatan negara , boleh mengeratkan tali silaturahim ^_^
Guwa suke bunga . nak bagi bunga plastik pun boleh . yang penting bercahaya :')
# Tak sabar nak jumpa tok kt kampung . Hai nek . Miss u . muahhhhhh !
Tema entri ni ialah K-POP !! Sila baca selow-selow yer anak-anak sekalian ^_^
Nampak poster tu menari -menari di facebook , terus tarik tangan mak ajak duduk bincang . Mak dengan muka excited terus tanya nak apa , ecah dengan muka macam baru dipinang aaron aziz terus bagitau" 2AM nak mai sini,boleh tak mak sponsor seratus dua??" .
" Laa... ingatkan randy pangalila nak mai -.- ", soalan ecah tak dihiraukan bagai dibawa angin berlalu begitu saja . Mak sambung balik proses memasak bagi mengisi perut chumel anaknya.
Tssk Tssk . T_T . Nangis laju-laju bila ingat yang konsert dorang lagi berapa hari . Baru nak korek duit tabung , tengok yang tinggal hanya 5sen tu pun sebab dah berkarat yang lain dah berjaya dibawa keluar secara paksa dan kejam . Haisshh , lepas tu godek-godek tabung adik .Hampeh , ada 5kupang je .
Dengan hati yang bengkak , akhirnya ecah merestuilah yang konsert tu akan berlangsung jugak tanpa ketiadaan dahku . Sobsob . (bajet macam VVIP je ) . 2AM datang Malaysia 30/11 tapi depa buat konsert 1/12/2012 .
2AM ni merupakan sebuah grup balada asal dari Korea . Oppas (plural ) jarang menari kalau menyanyi , dorang just berdiri tegak dan nyanyi lagu dengan asyik serta syahdu . Suara dorang sedap , merdu , lunak , enak ..blablabla .
Dari kiri Jinwoo , Jo Kwon , Changmin , Seulong
Kredit to uncle google :)
Yang buat ecah terkejut sampai terkeluar gigi rebit tercinta tatkala tertengok kat utube ,2AM nyanyi LAGU MELAYU . Wow , tak semua k-pop group datang M'sia akan nyanyi lagu melayu , bagi ecah 2AM nyanyi lagu Bila terasa Rindu by Dafi (Baik punyeee ) sangat lancar dan hebakkk .
Seulong -ah.. langsung tak dengar slang korea . Please release lagu melayu dalam album oppa ♥_♥
Oppa , saranghae ♥ huhu . Setahu ecah , dorang practise nyanyi lagu ni sehari sebelum konsert. Oppa berjaya membuat kejutan kepada 1AM ( 2AM fans ) . Maceehhh , Kamsahamnida for the ohsem concert :) Hope datang lagi ke M'sia . Mungkin ecah akan tonton oppa kat utube jugak nanti -.-''