30 Jan 2014

Backbiting.. aku gigit-gigit kang !

Assalamualaikum akak abang yang comel 
 

backbiting . yeah, wa  tengah  cakap  pasal  manusia  yang suka  cakap belakang. bukan nyamuk betina  yang duk bite belakang  korang tanpa  kerelaan hati.

ecah benci backbiter. depan  kita  siap  senyum manis , gelak pun kepit-kepit, sopan santun, tatasusilila bagai. tapi. belakang  kita,dia bukak  aib  dan cerita  buruk tentang  kita. hoi, siapa  tak sakit. rasa nak bertukar  jadi dragon ball. then fire mereka yang suka  ngumpat.

i'm tired. penat  dengar  cerita  yang buat  telinga  ecah capang sebelah. selama  ni ecah layan dia punya baik , tapi  duk cerita  kelemahan ecah kat  keluarga dia. it is what  we call friend ? kalau cerita tu betul 103% xpe jugak. ini semua tohmahan -.-''

sedeh hoo. kena kutuk ,lepas tu dengar  daripada  orang lain. kau! kalau  nak  cakap  benda jahat, cakap  depan-depan. nak hina or  kutuk  habis-habisan, baik kau cakap  face to face. aku  tak  heran  kalau  kau terus terang. kejujuran memang  memerlukan pengorbanan. cehh!

pesanan ecah  satu je, sebelum nak mengata  pasal si anon, better tilik  muka 2jamtigapulohminit depan cermin. if you think, u're pretty good enough. so go ahead! cakap la sampai  CNY tahun depan. bengang ni :(

dugaan ? yeah. assume tu as ujian daripada Allah.

p/s: someone  tolong jadi  cleaner kejap, hati ecah  melting tengok dennis oh. Tolong lap hati wa yang tengah menitis ni. muehehehehe. ASST

                          
tampal muka my Hilman Yong (dennis oh) besar gedabak,kurang sikit rasa  amarah .Penangan novel ASST? by melur jelita. novel tebal abadi . =)

23 Jan 2014

Cara merawat hati yang terluka

Assalamualaikum uols ^^
"mama, do  i look  cute?" -xda  motif- thanks to google




Semua orang pernah  rasa  sakit  hati  khonn?  hal  ini  termasuklah  tatkala  korang  break up secara ntahpapetahapmintakpenampar, kena  marah  tak tentu pasal, dikertawakan  atas  kekhilafan diri  yang  kerdil tapi comel ,dan  time  korang diperlekehkan oleh orang terdekat kerana  kelemahan  diri.

Ecah  banyak  kali  sakit  hati tau. sampai  dah  rasa  muak  dan  malas  nak  layan  kesakitan  hati  yang  tiada  sesiapa  peduli. cehh.. tragis  tahu :(

Sumber: Google ^^

Tips  cara  tangani  sakit hati  sebelum  melarat  lalu  membawa  kepada  kemudhoratan  diri
berjela  tajuk  ecah  .muehehe

1.berIstighfar selalu

ingat  Allah  bila  rasa gembira, bersyukur, sedih  dan  kecewa . Kerana  orang  yang  selalu  mengingati  Allah, akan   terpelihara  dirinya  daripada memiliki hasad  dengki  yang busuk. Tahap  kesabaran  jugak  bertambah. kann  baguss .

2.Memaafkan


“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Walaupun di hati  tengah  bengkak  menanah  akibat sakit  hati yang  terlampau. ikhlaskan  hati  untuk  memaafkan  si anon. maybe dia  tak  bermaksud  nak  buat  kita  sakit  hati, berhusnuzon aje lah. kalau  dia  nawaitu nak sakitkan  hati  kita  secara  mengsengajakannya pun. tu  urusan  dia  dengan  Pencipta  kita  yang  agung. 


"biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf."

Allah  sayang  sangat  hambaNya  yang  memaafkan  orang  lain. even sebelum  korang Zzz, niat dalam  hati "maafkan  semua  orang", inshAllah hari hari mendatang akan dipermudahkan. 

3. Buat  tak tau

haha. ini kepakaran  ecah, kau  bebel lah  sampai  ketandusan saliva serta  salivary amylase.  ecah  tetap  dengan  muka  bodoh. sometimes orang  fed up  dengan  aku  sebab  tak  bagi  respon  yang  dorang  inginkan. likes menangis teresak-esak  sambil  hingus  meleleh  keluar lepas tu  keluar  perkataan  yang @#@$#%#. 

the  best  way , buat  tak tahu. kalau  boleh  time  dia  tengah  memperlekehkan kau, kau  buat benda  lain, macam  pakai headfon, menyanyi sekali  or  main  ML. kompom  dia  bengang.  lepas  tu  tanya, hang: siapa?
sitaguna: Siapa apa?
hang: siapa tanya.

huhu

4. Dating  dengan  Allah

Yang  ni  paling  daebak, insyaAllah =)
Solat  taubat  dan  menunaikan  solat tahajud  selalu. Dating  dengan  Allah  pada  waktu  tengah  malam. mengadulah  segala  mesalah  yang  membelengu  diri  korang. Sesungguhnya  Allah  maha  Mendengar. Never  underestimate  the  power  of Dua.

Berdoa kepada  Allah  agar  dipermudahkan segalanya . Allah yang Maha  Penyayang  dan  Maha Pengasih. Biarlah  orang  lain  xsuka  tengok  kita, janji  Allah  suka kan kita. tu tiket  untuk  ke Jannah kan..

5.  buat  benda  yang  kita  suka

Macam ecah, i love doodling dan  tengok kdrama. tiup jauh-jauh  rasa  sakit kita.shuuhhh. tak payah  ingat dah. Memang susah untuk  lupakan tapi kan, tak salah  kalau kita  mencuba. Allah  suka orang  yang mencuba untuk ke arah  kebaikan.

korang boleh tidur if  tu the thing yang korang  paling suka  buat. relekkan  otak  kiut korang. jangan  tak bangun  pulak, kang  penyapu  cium muka  korang . hehe. 

Sungguh  perit  rasa  sakit  di hati, luka  di luar  boleh disembuh dan dijahit. Namun, luka  di hati  hanya  kita  mampu  plasterkan. u know what i mean. Watlek wat peace yaw!

p/s: aku tunggu buat  latihan  driving dari pukul 11.00- 4.30 . Hanya  sejam je  aku berlatih.grrrr.. istighfar  cahhh -.-''
sumber : pak cik Google
  

19 Jan 2014

Kecelaruan Fantasi diri

Assalamualaikum

Bukan kemain  tajuk  ecah  kali. haha. tajuk mesti gempak , baru  ada  orang sudi  baca. betul ngak? perasan :p

-iklan.- tak da kaitan ngan entri, tapi aku mmg suka nutella. so what ?


teruskan membaca
sejak  dari  umur  7 tahun , ecah  menghidap  penyakit  ni.kasi misteri sikit. seriously aku  tak  tahu  ni  penyakit  or  masalah mental. aku  perasan  penyakit ni  bila  aku  darjah  3. kott. tak sure pulok. darjah 4 kot. hee. lantak arhh.

Sebenarnya  macam  ni, alkisah

 Setiap  kali  aku  baca or  nampak  alphabet  a,b,c...z
ada  satu  cerita  yang  bermain  di  fikiran  aku
something  like  history  of alphabet.
susah  kemain  nak  eksplen ni -.-. fuhh
Bagi ecah, setiap  huruf  ada  karakter  dia  sendiri. got it?
macam..

huruf A dan B merupakan  pasangan   yang  setia,
A macam seorang  yang  disegani,
huruf H seorang  raja  yang  mencintai  huruf I (puteri raja) ,
malangnya  I  setia  menanti  huruf K. dorang bencinta dalam  diam.
H  ni garang. raja katakan 
J merupakan orang tengah  dalam  percintaan huruf I dan K.
ada cerita  dari  huruf A-Z
kalau  nak cerita kat sini, memang  cecah lantai la ^.~
dan benda  ni  berlaku secara automatik
gila  apa  aku  nak buat  karangan  pasal huruf.dah macam sinetron tahu.
aku tak pernah  mintak  pun benda ni ;(

gerenti  korang  tak paham. huhu. aku rasa  1 dalam  sejuta  kot  orang  yang  sama spesis  ngan aku,
setiap  kali  aku menulis  or  buat  homework,
contoh tulis huruf  O, aku akan berkhayal  kejap  pasal karakter dia,
O ni berkawan  baik dengan huruf P(bff gitu)
macam  pelik  je kan aku ni. haih
even  mak ayah pun tak tau.

someone  please  explain to me, sebenarnya  ni kes apa.
mohon jasa baik doktor yang sudi  singgah blog gua, kalau ada -.-''
beri sepatah dua  kata  tentang  penyakit  aku ni.
tssk tssk
adakah benda  ni bagus  or  bahaya untuk diri  aku. adakah  aku spesis  yang suka berkhayal gitu. kalau jadi macam anna khayalan ,tak pelah jugak. puihh. haha. atau  benda ni  tak beri impak langsung untuk diri  aku pada  masa  depan. sedehh ni hoi. 

dah kahwin, nak tinggal kat dalam tu boleh  tak? muehehe..
thanks sudi baca .

nah seketul ♥,sorang satu . jangan berebut.

Total Pageviews