serious tengah rasa bersalah pada homework kt sebelah ni
Jangan salah faham, bukan nak bagi contoh karangan pendatang asing !!
Hello readers and blogger yang omey-omey ! Yeah , kalian pun tahu . Setiap hari mesti ada orang yang mengidam nak wujudkan minimum satu blog. Pyra Labs pun bertambah gembira !. Konon-kunun nya, nak luahkan isi hati, nak kongsi segala alah benda yang dibuat dalam kehidupan harian. Berus gigi cap itik dan ayam pun nak bercanang dalam blog . hahaha. Pun jadilah tu !
Ecah tak mau hanya mencekik cekelat DAIM je di siang hari . Padahal makin ramai manusia yang berlumba-lumba nak buat blog idaman kalbu masing - masing. Tak nak ketinggalan juga. Cukuplah ditinggalkan dalam lumba lari 50m.
So, tercetus satu idea yang sungguh drastik nak buat blog yang diberi nama --> NUR AISYAH. Malas nak pikir nama-nama blog lain. Baik letak nama sendiri yang mak bapak ecah bersusah payah berfikir sehabis boleh nak bagi nama puteri sulungnya ni. Nak dekat tarikh tutup pendaftaran baru nak berebut-rebut nak bubuh nama anak. hehe.
Tujuan ecah bersusah payah , berkerah keringat buat belog segala alah ni adalah sebab nak:
- Nak kongsi cerita dengan semua pejenguk blog naif ecah ni. Tapi tak adalah nak cerita semua benda. Semut hitam mati pun nak sharing ke? Nak jugak simpan separuh untuk anak cucu. Perhh xD
- Pengaruh akak-akak blogger yang hebat yakni kak Yuyu Zulaikha dan Kak Fatin Liyana telah berjaya menjerumuskan ecah ke arus pem-blog-an.
- Konon-kunun nya nak buat duit poket sendiri . Desas desus kuat mengatakan yang kita mampu dapat $$ dari berbelog. Dengan harapan tak nak susahkan mak ayah .Tapi malang memang berbau flowerence, ecah budak kecik lagi. mana ada akaun bank dan tak tau nak tebus-menebus atau gores & menang . Tak tau nak wat acener?
- Harap dapat berkongsi ilmu bersama. Tak nak lah jadi katak hijau di bawah tempurung kelapa muda. Wants to gain more knowledge and sharing all 'ilmu' with u olls (BI kantoi :p)
Ecah cuma tulis apa yang termampu dan terlintas di akal sahaja. Hope korang suka cotengan ecah. .Kalau tak suka boleh bagi komen. Yang penting .Komen yang bernas , ya kalian.
Assalamualaikum,
Selamat Malam.
Thank you kerana sudi baca ♥
No comments:
Post a Comment
Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~