Apa khabar semua? sihat? kalau tak, cepat-cepat pakai selipar then lari pergi klinik . o.k. Errm,
cuaca sekarang tak menentu, sekajap hujan , lepas ini panas, lepas tu ribut, lepas tri banjir pulak. :'( Ecah amat tak memahami si Cuaca ni. Apa-apa pun nenek ecah kt kedah pernah bagi ceramah " sediakan payung sebelum hujan" and jangan lupa bawak baju hujan sekali . adoish -.-' . Tapi nasihat orang-orang tua memang baik diguna pakai but kadang-kadang agak membebankan juga. Yela . Jenuh ecah pergi sekolah, kesana-sisi duk kilik ( bawa) payung " Polca dots Strawberry " made in Camaeron Highland . Takut kena curi.
Hari ini, ecah tak nak bagi u ols baca perenggan pendahuluan panjang sangat. cukup- cukuplah ecah oi! . Ecah nak bercerita pasal Fasa Form 4. Ramai senior kat sekolah cakap time form 4 ni la untuk kita semua ber-HoneyStar. Amboi, bertapa beraninya mereka membohongi ecah. Bukan sahaja tak dapat honeyStar malahan tahi-star pun tak dapat dihidu.
First, Ecah nak sangat ambil aliran sains tulen. Akhirnya, termakbul juga doa ecah and dapat masuk kelas 4C. Fulamak, bukak-2 buku teks Kimia , Biologi and Fizik terus terjojol bijik mata ni keluar. Pening pun ada . Ecah cuba buat CPR untuk diri sendiri supaya tenang sikit. overlah pula. Haha. memang la terkejut berok gila sebab tak belajar lagi kalau dah belajar pasti kita akan " Falling in Love" dengan subs 3serangkai tu. cubalah percaya.
Seterusnya, walaupun ecah baru lapanbelashari (tak - cuti) sekolah, berat badan ecah dah turun duakilo . Betapa banyaknya kalori yang ecah dah cairkan. Just imagine, class ecah on the top of blok F *level 4 , pagi-pagi buta *dah celik sikit sebenarnya kena panjat tangga sebanyak limapulohdua beranak-anak tangga siap hafal tau lepas tu mood yang pada mulanya macam kanak-2 ribena terus berubah jadi hulk . Peluh meleleh di merata-rata tempat. Lagi sakit hati, kalau dah sampai kelas tiba-2 kawan ecah cakap gini:-
--> Wei, kerusi kau dah kena kebas la.
*Ayat keramat tu memang dah kerap sangat meresap di celah-celah tahi telinga dan dicerna dengan begitu payah sekali .tak senonoh betul la ecah ni
Tak guna betul siapa yang cilok kerusi plastik kale biru and siap ada label L046 . Maka ecah pun terpaksa la buat dosa kering sebelum cikgu masuk kelas dengan pergi mencuri kerusi plastik class sebelah. Sorry ye jiran! tapi ecah tak da la kejam sangat sebab ecah akan pulangkan balik kerusi tu sebelum balik rumah. hoho.
Sekarang masalah tu dah tak menjadi kontrovesi buat ecah. Ramai kawan dah nak pindah . Move out pergi SBP and MRSM. So, senangla ecah nak kidnap dowang punya kerusi. Freedom! . solve one problem. Lagi satu, ecah tengah try nk wat rayuan kepada Pengetua , dengan bina satu escalator untuk block kami. Buleh ye!? ngada-ngadanya budak kecik ni .
Tadi ecah ada sebut pasal SBP kan?? . ecah ada minta tak? jawapannya YA tapi balasannya TIDAK. Haha. Time ecah syok-2 isi No. IC and angka giliran dan terus tekan KLIK, tunggu benda alah tu loading dan akhirnya yang keluar adalah ayat yang berbunyi seperti berikut:-
Harap maaf, anda tidak ditawarkan ke mana-2 SBP tahun 2012.
Hancur hatiku, macam nak letupkan ja laptop ni. Sampai hati dowang tak nak terima ecah. Hinakah diri ecah ni. Amboi, kan dah keluar ayat jiwang. Takpa, ecah dah redha sebenarnya. Mungkin ada hikmahnya disebalik semua ni .* Kepada siapa-siapa yang dapat tawaran tapi tak nak pergi memang aisyah akan lempang laju-2 orang tu*. Padan muka. Puas. Siapa suruh tak mau terima, ramai lagi orang yang minta tapi tak dapat termasuklah si ecah ni. Cikgu sivik ecah ada cakap seseorang tu tak boleh dipaksa sangat. Maybe itu yang dia nak dari awal and saja nak test market. sori kalau ada yang ter-sentap ya! By the way, congrats kepada mereka yang akan masuk sekolah baru. "Good luck" cik ecah ucapkan :')
Sampai di sini saja, ecah dah ketandusan idea!!! n_n
Selamat Sore,
Assalamualaikum,
Gong Xi Fa Cai
Thank you sudi baca ♥
No comments:
Post a Comment
Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~