Assalamualaikum readers ♥
Apa yang terindah sangat ini . Ekceli, kitaorang ( member 4C) adakan Hari Mencuci Kelas. WAH.. Apa ja yang ecah buat kat sana. hem hem, banyak.. lap tingkap, mop lantai,
Nilah keja sebenar ecah, self cam sorang-sorang. Member-member semua tengah berpeluh-peluh cat kelas. Meleleh- lelah di merata-rata tempat . Cik ecah buleh pulak duduk senyap- senyap while minum JUSTEA anggur putih. :p
Alang-alang tengah tunggu members lain datang. Rakan taulan daku semuanya duduk besembang. Cocit -cucit *cakap , pasal apa pun tak tau. Dah macam Kedai Kopi Pak Munawir Kg Pisang rupanya .
Tapi... Kat mana ecah berada time dorang tengah hangat bersembang? spot me!
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
♥
Jeng jeng jeng jeng, guess what! ecah pun ada buat Cafe' sendiri tapi kat area lain. ceruk belakang kelas. sobsob T.T. Kami duk kat belakang ni pun sebab kami ada MISSION nak dilakukan : Siapkan carta 0ganisasi and Jadual Tugasan. Mulut popet-popet, tangan pun laju je wat keja macam lipas kakiempat. Anak-anak dara ni nak juga join grup Kedai Kopi yang baru dirasmikan tu.
Bukti kami. hehe . Rajin tak ? *Angkat kening
Promoter Kain Jakel yang baru difired
Haaa. Ini pula over act like pakai Sari. Sekali pandang macam Sami Buddha ada jugak .
Akhirnya. Sesi mengecat pun bermula.
Kelas kami dah nampak luas dan terang dengan kehadiran warna putih yang menyelimuti dinding- kelas 4C. Tapi kalau terpecik air liur or air minuman. Sah-sah kaler putih tu hilang because kami cuma guna cat air. Oppps, terlepas .
Lastly, Ecah cuma nak ucap thank you very much to everyone yang sudi datang semalam. Ada yang dah nak move out but sanggup datang semata-semata nak tenyeh cat. appreciate its.
Balik rumah terkedek-kedek terus bagitau mak tentang semua aktiviti yang ecah dah buat. hidung dah kembang sebelah. bangga seyh. But mak buat tak dengar je. Never mind, ecah tau dalam hati mesti mak bangga kan .. kan? anak perempuan tunggal dia telah mengecat satu kelas dengan jayanya. tipu.
In conclusion:
♥ Jaga lah kebersihan kelas anda. Jangan jadi macam bilik tidur rumah anda. Kantoi!
♥ Jangan saja-2 sepak dinding kelas. Kalau tak, ada gak yang kena terajang satgi.
♥ Jangan cabut batang penyapu or penyodok . Nanti ada yang kena tibai dengan batang tu.
♥ Sentiasa terangi kelas kalian dengan bacaan doa sebelum belajar. Berkat.
♥ Jangan pecahkan tingkap kelas anda. Bahaya ketika hujan
.
♥ AKHIR SEKALI, sentiasa menghormati monitor and sekutunya kalau tak nak kena report .
Thank you sudi baca
Selamat Pagi.
Assalamualaikum