Cuba teka hari ni hari apa?? Put ur hand up kalau tawu! hari ahad. teettetet. wrong !! lagi-lagi. Hari ini adalah Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. big clap for her/him dapat men jawab soalan dengan jayanya :)
Namun ada sesetengah (muslims) yang buat dont know jer dengan this SPECIAL DAY. siap ada yang pergi melepak kat KLCC or T.S . Asyik tengah pikir esok (isnin) cuti nak buat apa.. Sampai tak buleh nak tidur malam . hurm =.=// . Bukannya nak pergi berarak or join bersama-sama yang lain , tak pun duduk diam-diam kat rumah sambil berselawat ke atas Nabi kita. haish -.-' Apa la nak jadi dengan remaja zaman sekarang . cehh, bajet tua lak aku ni.
So apa yang ecah buat hari ni?? First, lepas solat terus on cerek nak buat milo, then on tb pulak. Pagi tu ecah menguasai remote astro sepenuhnya. Ecah cepat-cepat bukak chanel ni ( tak mau sebut dalam entry ni) , ingat nak tengok perarakan Maulidur Rasul kat chanel tu. Cam hareem ja, tak ada :'( . Mogok. Terus ambil remote tukar pulak ke RTM 1, tersenyum lebar. Yea!! ada pon live Sambutan Maulidur Rasul. Asyik tau ecah tengok. Sampai bertitis-titis air mata keguguran . Hingus jangan tanya la. Diam-diam sudah.
-->Sedeh and terharu T.T ecah tengok kesungguhan and spirit para peserta kontijen-2 berarak sambil mengalunkan puji-pujian ke atas Rasulullah. I LOVE RASULULLAH
Cop-cop. Sebelum readers baca entry ecah dengan lebih lanjut, cuba layan lagu ni KLIK . supaya ada feeling sikit nak baca entry ecah ni..
Terimalah sebuah Puisi sempena Maulidur Rasul ke-1433 ♥ --> hayati !!
12 Rabiulawal menjadi saksi
Dunia dihiasi manusia Ulul Azmi
Siti Aminah hadir disisi
Membelai Baginda dibuai mimpi
Tanpa Abdullah, Baginda berdikari
Menjadi tauladan peribadi insani
Yatim piatu takdir diri
Diasuh Abdul Mutalib bagai anak sendiri
al-Amin gelaran diberi
Baginda pemuda amanah lagi rendah diri
Pintar, fikir benar dan berani
Menjadi pedoman umat zaman kini
Mahligai kasih dibina bersama
Teman sejati Siti Khadijah manusia istimewa
Dilimpahi rezeki dengan berniaga
Cinta berputik kekal selamanya
Gua Hira’ wadah wahyu diterima
Gigil dan takut tidak terkata
Jibrail diutuskan dengan rela
Mengajar Nabi ilmu membaca
Iqra’, Bacalah….
Menjadi titik pertemuan wadah perjuangan
Ajaran wahyu menjadi pegangan
Tidak kira bangsa, keturunan dan zaman
Semua tunduk sembah kepada ar-Rahman
Tutur bicaranya penuh sopan
Kata-kata penuh hikmah dan kebenaran
Seru manusia mengajar kebaikan
Cegah manusia dari kemungkaran
Baginda dikutuk, dicaci dan dihina
Tidak terlintas untuk putus asa
Sebaliknya berdoa supaya hati terbuka
Menerima Islam sebagai sandaran utama
Itulah Baginda Nabi kita
Peribadi agung lagi mulia
Jadikanlah Baginda sebagai idola
Terus berjuang sampai bila-bila
--> Marilah kita bersama-sama berselawat keatas nabi tanpa henti.
Ingatlah kalian , kita ini merupakan umat Nabi Muhammad. Umat akhir zaman.
Setiap detik, ungkapkanlah selawat kepada baginda, Rasulullah S.A.W
Supaya rasa cinta kita ♥ terhadap Rasulullah S.A.W kian menebal
Salam Maulidur Rasul
Selamat Malam,
Assalamualaikum.
hari misskonspirasi kekomen nie.. ari jumaat.. salam kenal dari saya
ReplyDeletesalam. slamt brknalan dri ecah. jenguk-jenguklah selalu belog ecah nie yer!!
Delete