Assalamualaikum ♥
Dia comel ,tampan , kacak dan macho macam cintahatiku , Aaron Aziz .haha .Bukan kemain ecah describe pasal adik bongsu kechentaannn keluarga ni .
Muhd. Dinie Irfan nama diberi . Omey tak nama dia ?? kalau letak seketul perkataan yakni Aaron kat depan tu mesti lagi chummel kan .huhu . Dinie bermaksud Agamaku dan Irfan ialah pengetahuan . Indahkan nama beliau . Harap perangai beliau bila dah besar gedabak nanti sedebik macam nama yang termaktub dalam birth certificate .
Satu habit beliau yang membuat ecah terkejut sampai terkeluar gigi rebit tersayang.sobsob T.T Beliau suka self-cam ,candid , bergambar dengan menggunakan alat telekomunikasi bergerak cokia ecah tanpa mendapat cop kebenaran dari dahku dulu .
Lalu bersepah lar beberapa habuan gambar tanpa had dalam phony . Antaranya gambar di atas. Dia ohsem dalam berposing ala-ala lee min ho . tapi . Dinie tak boleh buat sign peace. aneh !
Dinie sekarang dah masuk umur duatahun . Alhamdulillah , dia kini boleh membaca A B C . Ecah time seusia Dinie tak tahu apa satu . Hisap botol susu perisa milo expertlah . Budak-budak zaman alaf digital semuanya main kaih-kaih guna jari dekat iPad je . ermmm . untunglah . Ecah dulu main masak-masak guna tanah liat kononnya nak buat cekodok perisa cokelat dengan jiran sebelah .
Papepun , ada adik memang best meskipun rambut selalu kena kesat dengan susu , kena marah bertalu-talu dengan mak *adik shows thumbs up time ni , terpaksa layan dia walaupun homework bertimbun -.-' , tak dapat tengok rancangan tercinta sebab adik layan kartun . tappii waktu-waktu cenggini lah kita nak beramah mesra nanti dah besar semua ni belum tentu akan berlaku lagi .
Kak Long ♥ sayang dinie sangat sangat . muahhhh *ketempek kat pipi sikit :')
15 Aug 2012
11 Aug 2012
Ramadhan & Malam Lailatul Qadar
Assalamualaikum ♥
Tengah bekerah keringat tak ketahuan hala membuat kueh raya yang paling susah--> konplakes madu -.-'
Sedeh dan sayu je hati ecah kali ini, Bulan Ramadan berlalu begitu pantas tengok-tengok dah hari ke duapulohduo ecah dan segenap umat islam yang sewaktu dengan-nya berpuasa.
Ya Allah, kenapa aku rasa macam baru semalam aku kena simbah sebesen air oleh abah sebab bangun lewat sahur di awal puasa hari tu .*tipu semata-mata .hehe . Sirius ecah tak nak lepaskan bulan yang mulia ni berlalu pergi . nak kumpul pahala bayak-banyak lagi. Masih banyak perkara yang ecah belum laksanakan sepanjang bulan ni .
Lepas Ramadhan , bulan Syawal pula akan mula mengambil tempat lepas tu *t'sengih sikit .
anak murid yang dikasihi sekalian, cikgu ecah nak kamu semua baca entri ni dengan khusyuk dan asyiknya . Kalau tak cikgu tenyeh dakwat pen hitam permanent kat hidong >.<'
Yeaah , disebabkan kita semua sedang giat berpuasa pada sepuloh malam terakhir, ecah nak kongsi sikit tentang MALAM LAILATUL QADAR :')
Sepanjang 10 malam terakhir, akan ada satu malam yang penuh keberkatan dan malam yang lebih baik dari seribu bulan, yakni Malam Lailatul Qadar .Para Malaikat akan membawa nikmat dan kebaikan kepada mereka yang gigih beribadah . Ya Allah . sesiapa yang dapat merasai malam ni kompom dia sangat beruntung .
Terjemahan :
Ahli ulama' ada yang mengatakan bahawa malam ni jatuh pada hari ke-21 dan 23 Ramadhan.Wallahualam. Pape pun, kita disunatkan supaya beibadat sebanyak yang mungkin sepanjang 10 malam terakhir agar kita dapat merasai malam tesebut . Marilah beramai-ramai kejar malam ini . In sya allah :)
Tengah bekerah keringat tak ketahuan hala membuat kueh raya yang paling susah--> konplakes madu -.-'
Sedeh dan sayu je hati ecah kali ini, Bulan Ramadan berlalu begitu pantas tengok-tengok dah hari ke duapulohduo ecah dan segenap umat islam yang sewaktu dengan-nya berpuasa.
Ya Allah, kenapa aku rasa macam baru semalam aku kena simbah sebesen air oleh abah sebab bangun lewat sahur di awal puasa hari tu .*tipu semata-mata .hehe . Sirius ecah tak nak lepaskan bulan yang mulia ni berlalu pergi . nak kumpul pahala bayak-banyak lagi. Masih banyak perkara yang ecah belum laksanakan sepanjang bulan ni .
Lepas Ramadhan , bulan Syawal pula akan mula mengambil tempat lepas tu *t'sengih sikit .
anak murid yang dikasihi sekalian, cikgu ecah nak kamu semua baca entri ni dengan khusyuk dan asyiknya . Kalau tak cikgu tenyeh dakwat pen hitam permanent kat hidong >.<'
Yeaah , disebabkan kita semua sedang giat berpuasa pada sepuloh malam terakhir, ecah nak kongsi sikit tentang MALAM LAILATUL QADAR :')
Sepanjang 10 malam terakhir, akan ada satu malam yang penuh keberkatan dan malam yang lebih baik dari seribu bulan, yakni Malam Lailatul Qadar .Para Malaikat akan membawa nikmat dan kebaikan kepada mereka yang gigih beribadah . Ya Allah . sesiapa yang dapat merasai malam ni kompom dia sangat beruntung .
Terjemahan :
- Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
- Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
- Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
- Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut)
- Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar( Surah al Qadr )
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah :
- Malam berlalu penuh keheningan dan tenteram
- Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa pada keesokan hari
- Pagi hari, langit nampak redup dan mendung
- Orang yang beribadah berasa tenang
- Malam yang terang , tidak panas, sejuk , tiada angin kencang dan sebagainya
- Bulan nampak separuh bulat
- Pada malam itu, Malaikat Jibril akan menyalami orang-orang yang beribadat dan tandanya ialah kita tetiba rasa sayu dan nanges teresak-esak . Subhanallah
Ahli ulama' ada yang mengatakan bahawa malam ni jatuh pada hari ke-21 dan 23 Ramadhan.Wallahualam. Pape pun, kita disunatkan supaya beibadat sebanyak yang mungkin sepanjang 10 malam terakhir agar kita dapat merasai malam tesebut . Marilah beramai-ramai kejar malam ini . In sya allah :)
“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.” (Hadith Riwayat Muslim)
Aisyah r.a mengatakan : " Rasulullah S.A.W beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda : "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan" " (Hadith Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)
5 Aug 2012
Nak raya dah??
Assalamualaikum ♥
Hari ni genap la sebelashari tigajam limapulohminit sejak kejadian hitam dan tragis melanda diri ecah serta dalam masa tu juga ecah tak naik lift. Padan muka kat lift tu dah kurang sorang penumpang setia .hehe. Dan campur tolak tambah pie n square tuptup dah masuk hari ke 16 kita sebagai umat Islam berpuasa. Alhamdulillah . Cuba lah buat muka tak malu pergi timbang jisim badan kat market . kompom dah berKG-kg hilang ^^
Entry kali ini ecah nak berceloteh lebat-lebat pasal pengalaman ecah bershopping sakan di hujung minggu yang serba indah dan mendung . Normallah nak dekat raya, mesti nak pergi cari dan selongkar semua gedung pakaian semata-mata beli baju raya bukan nak rembat swinming suit kot -.-'
Thanks Mr.Google untuk pic yang buat ecah tak sanggup nak kunjungi kedai si dia. |
Ecah bersama mak tercinta dah nekad sehabis mungkin nak pergi meredah Masjid India a.k.a Jalan TAR a.k.a Jalan Tuanku Abdul Rahman . Maklumlah, tempat tu memang akan sesak macam roti sardin dalam tin merah terutamanya nak dekat Raya ni .namun masa Tahun Baru Cina tempat tu ibarat lorong-lorong sunyi yang tidak berpenghuni . haha . Kalau bukan sebab nak cari baju kurung pasang ,ecah tak sanggup nak singgah tempat tu tau. Tapi nak buat macam mana, baju raya baru wajib tersarung jua di hari lembaran nanti .
Kereta pacuan ompat roda ayah meluncur bak siputbabi disebabkan ke-Jam-an jalan yang bagai tiada jalan penyelesaian .Ayah macam biasa buat muka selamba berhentikan kereta di bahu jalan dan meninggalkan kami empat beranak terkedek -kedek mencari arah tujuan hidup . Ya Allah, ramai nya manusia di sini . Pandang kanan nampak orang , kiri pun orang , belakang tak nampak orang sebab ecah mana ada mata kat belakang -.-' . Dengan pekikan mamat -mamat bangla yang tak habis-habis mengayat mak cik-mak cik membuatkan ecah lagi semangat nak menjalankan mission mencari bakal baju raya .
Pelbagai spesis manusia yang ecah jumpa tak cukup dengan tu, berbagai-bagai karenah yang terpaksa ecah tempuhi dengan penuh keimanan. Cukuplah terpaksa berhimpit di celahan ribuan manusia yang mempunyai matlamat dan ingin menuju ke arah yang sama , yang tak boleh blah lalu dibawah ketiak manusia-manusia yang tidak dikenali . hmmm. Allah saja yang tau bertapa azabnya ecah rasa masa tu. huh. lagi sakit hati , berketul-ketul hamba Allah ni dengan berani memenyekkan kasut kesayangan jiwa dan raga ecah . Lagi dijeling makin menjadi -jadi pula kasut si peot tu gedik-gedik pijak belakang kasut ecah . Nak saja ecah buat muka toya pergi lompat-lompat kat atas kasut dia balik. :')
Last-last , mak yang comel lagi cantik mula lah naik bengang bila terpaksa bersesak-sesak dengan gerombolan manusia . Muka mak dah merah , muka kiteorang makin pucat sebab takut . hehe . Jelajah dari satu lokasi yang tak berapa nak menyenangkan ke tempat kain yang lain.
"Kak Long, cantiklah baju ni, ambik yang ni" kata si ibu kepada anaknya yang sedia tak berkenan dengan pilihan jiwa maknya . Akulah tu!. ''Yang ni lagi lawa, kak long suka corak mickey maouse yang macam ni" , kata si anak yang degil gila kepada ibunya pula . " Hang ni pasaipa , pesyen macam orang tua lah hang dok berkenan" marah si ibu kepada anak perempuannya . lalu anaknya mula membuat muka macam minta penampar nampuloh kali .
Susahkan kalau bila tiada kimia a.k.a chemistry antara anak dan ibu tentang pakaian dan style .Selain faktor berlainan umur , mungkin juga sebab ecah ni buta tentang yang mana cantik dan mana satu huduh di mata . The end , selepas 3 jam bertungkus lumus kehulur kehilir, merempuh berpuluh-puluh ribuan manusia dengan bangganya , ecah nak bagitahu yang kami tak beli satu habuk pun. Bukan kata tak beli baju raya saja , kerongsang yang bersepah-sepah di jalan pun kami tak beli . Huahua :(
Kami dua beranak terlalu mencuci mata dengan kelawaan dan keindahan baju-baju dan aksesori di sana sampai tak tau nak beli apa . Sebagai tanda buah tangan yang ecah dah sampai ke Jalan TAR, ecah nak show off lah kat ayah yang kami ada beli barang juga . Ecah lari-lari ke Kedai Magazine mamak berdekatan dan sepantas kilat rebut beli majalah e-pop . Pun jadi lah. Kira ada pembelian yang dilakukan pada hari ini. SEKIAN .
Seronok berjalan-jalan sambil dengar lagu raya free plus berlinangan air mata disaat memikirkan tiada baju raya. Tak kesah lar. Yang penting, ecah nak focus pada ibadah Puasa sepenuhnya. Tu yang paling penting kan. Betoi tak ??
P/s : Perut terchenta terlepas nak melahap Baskin Robin percuma. Apa pun,
Dear, Datuk Lee Chong Wei, anda telah berjaya membuat rakyat Malaysia bangga dengan anda. Dapat seketul Perak pun tak apa , asalkan ada dari tak da langsung . We all love u ❤
Subscribe to:
Posts (Atom)