Assalamualaikum ♥
Hari ni genap la sebelashari tigajam limapulohminit sejak kejadian hitam dan tragis melanda diri ecah serta dalam masa tu juga ecah tak naik lift. Padan muka kat lift tu dah kurang sorang penumpang setia .hehe. Dan campur tolak tambah pie n square tuptup dah masuk hari ke 16 kita sebagai umat Islam berpuasa. Alhamdulillah . Cuba lah buat muka tak malu pergi timbang jisim badan kat market . kompom dah berKG-kg hilang ^^
Entry kali ini ecah nak berceloteh lebat-lebat pasal pengalaman ecah bershopping sakan di hujung minggu yang serba indah dan mendung . Normallah nak dekat raya, mesti nak pergi cari dan selongkar semua gedung pakaian semata-mata beli baju raya bukan nak rembat swinming suit kot -.-'
Thanks Mr.Google untuk pic yang buat ecah tak sanggup nak kunjungi kedai si dia. |
Ecah bersama mak tercinta dah nekad sehabis mungkin nak pergi meredah Masjid India a.k.a Jalan TAR a.k.a Jalan Tuanku Abdul Rahman . Maklumlah, tempat tu memang akan sesak macam roti sardin dalam tin merah terutamanya nak dekat Raya ni .namun masa Tahun Baru Cina tempat tu ibarat lorong-lorong sunyi yang tidak berpenghuni . haha . Kalau bukan sebab nak cari baju kurung pasang ,ecah tak sanggup nak singgah tempat tu tau. Tapi nak buat macam mana, baju raya baru wajib tersarung jua di hari lembaran nanti .
Kereta pacuan ompat roda ayah meluncur bak siputbabi disebabkan ke-Jam-an jalan yang bagai tiada jalan penyelesaian .Ayah macam biasa buat muka selamba berhentikan kereta di bahu jalan dan meninggalkan kami empat beranak terkedek -kedek mencari arah tujuan hidup . Ya Allah, ramai nya manusia di sini . Pandang kanan nampak orang , kiri pun orang , belakang tak nampak orang sebab ecah mana ada mata kat belakang -.-' . Dengan pekikan mamat -mamat bangla yang tak habis-habis mengayat mak cik-mak cik membuatkan ecah lagi semangat nak menjalankan mission mencari bakal baju raya .
Pelbagai spesis manusia yang ecah jumpa tak cukup dengan tu, berbagai-bagai karenah yang terpaksa ecah tempuhi dengan penuh keimanan. Cukuplah terpaksa berhimpit di celahan ribuan manusia yang mempunyai matlamat dan ingin menuju ke arah yang sama , yang tak boleh blah lalu dibawah ketiak manusia-manusia yang tidak dikenali . hmmm. Allah saja yang tau bertapa azabnya ecah rasa masa tu. huh. lagi sakit hati , berketul-ketul hamba Allah ni dengan berani memenyekkan kasut kesayangan jiwa dan raga ecah . Lagi dijeling makin menjadi -jadi pula kasut si peot tu gedik-gedik pijak belakang kasut ecah . Nak saja ecah buat muka toya pergi lompat-lompat kat atas kasut dia balik. :')
Last-last , mak yang comel lagi cantik mula lah naik bengang bila terpaksa bersesak-sesak dengan gerombolan manusia . Muka mak dah merah , muka kiteorang makin pucat sebab takut . hehe . Jelajah dari satu lokasi yang tak berapa nak menyenangkan ke tempat kain yang lain.
"Kak Long, cantiklah baju ni, ambik yang ni" kata si ibu kepada anaknya yang sedia tak berkenan dengan pilihan jiwa maknya . Akulah tu!. ''Yang ni lagi lawa, kak long suka corak mickey maouse yang macam ni" , kata si anak yang degil gila kepada ibunya pula . " Hang ni pasaipa , pesyen macam orang tua lah hang dok berkenan" marah si ibu kepada anak perempuannya . lalu anaknya mula membuat muka macam minta penampar nampuloh kali .
Susahkan kalau bila tiada kimia a.k.a chemistry antara anak dan ibu tentang pakaian dan style .Selain faktor berlainan umur , mungkin juga sebab ecah ni buta tentang yang mana cantik dan mana satu huduh di mata . The end , selepas 3 jam bertungkus lumus kehulur kehilir, merempuh berpuluh-puluh ribuan manusia dengan bangganya , ecah nak bagitahu yang kami tak beli satu habuk pun. Bukan kata tak beli baju raya saja , kerongsang yang bersepah-sepah di jalan pun kami tak beli . Huahua :(
Kami dua beranak terlalu mencuci mata dengan kelawaan dan keindahan baju-baju dan aksesori di sana sampai tak tau nak beli apa . Sebagai tanda buah tangan yang ecah dah sampai ke Jalan TAR, ecah nak show off lah kat ayah yang kami ada beli barang juga . Ecah lari-lari ke Kedai Magazine mamak berdekatan dan sepantas kilat rebut beli majalah e-pop . Pun jadi lah. Kira ada pembelian yang dilakukan pada hari ini. SEKIAN .
Seronok berjalan-jalan sambil dengar lagu raya free plus berlinangan air mata disaat memikirkan tiada baju raya. Tak kesah lar. Yang penting, ecah nak focus pada ibadah Puasa sepenuhnya. Tu yang paling penting kan. Betoi tak ??
P/s : Perut terchenta terlepas nak melahap Baskin Robin percuma. Apa pun,
Dear, Datuk Lee Chong Wei, anda telah berjaya membuat rakyat Malaysia bangga dengan anda. Dapat seketul Perak pun tak apa , asalkan ada dari tak da langsung . We all love u ❤
wah, sesak betul...
ReplyDelete^^
p/s:
SOKNG CHONG WEI!!
kena bawak bodyguard kalau nak gi sana, baru aman sentosa damai nak shopping.. hehehe
Delete#sokong LCW juga^^
yg menjual tu lelaki la..hahaha..try la gi jalan TAR..tiap2 tahun camtu..hehe
ReplyDeleteKompom tak mau pi dah jalan tu. Trauma sudah~ hehe
DeleteEe penah jumpa org camtu, dia laki kan jual tudung. hahaha =D anyway, sesak gila kalau Ee takleh dah beli brg sesak2 camtu. Proud of Chong Wei.
ReplyDeletehttp://thenurulee.blogspot.com/2012/08/proud-of-you-hero-of-malaysia-dlcw.html
wahhh..betul2 nak raya ni..
ReplyDeleteraya dah dekat,, suka suka suka..selamat hari raya..hehe
huyyooo... pnjgnye entry...
ReplyDeletesory la xbace sume...
bace smpi nk p shopping raye kat jln TAR n masjid india tu je...
tgk pict bro jual tudung tu ingtkn ecah...
wakawaka
@Nurulee - ecah pun tak beli brg langsung. men tolak2 ngan orang boleh lar.
ReplyDelete@Sitifarhana - hoho.. ecah pun suke suki jugak . Maaf Zahir & batin :')
@Afiq Din - ni la sebab kempen amalan membaca tak dpt smbutan, rakyat jelata malas membca . *kidding bro~ hamboi ,ecah kan memang kacakkks -.-'