Assalamualaikum my Sunshines ♥
Vroooom ooom.. *bunyi vacuum versi Pak Mat Tempe Kg.Jerai . Sibuk sesibuknya mencuci dan menyental belog NURAISYAH agar sesuci yang mungkin .haha. Dah Berhabuk , berdebu , berkerinting , bersepah-sepah dan berpeleseran keturunan Spiderman kat blog ni .
Dah berabad lamanya Ecah tak menghapdate . Boleh bilang guna rambut adik ecah, berapa lama tak bukak blog tercinta ni . Sampai Mr. Spiderman siap buat ucapan Selamat Hari Raya Cik Ecah pemalas yang tegar dan cintahatiaaronaziz! *suke-2
Hanya ucapan maaf mampu dahku katakan . Tak ada duit raya yang akan diberi . hehe.
Kononnya tengah bow ala-ala orang korea kat tengah rumah flat patpuloh tingkat tanda menyesal tak terhingga kerana meninggalkan belog sendirian dan ecah susun sepuluh jari sebab tak layan segala komen & pujian yang ada. Puihh. Macam beribu-beriban je yang baca entry ecah selama ni . Padahal seketul dua je yang sanggup besarkan mata cokelat, baca entri ecah yang t'sangatlah ohsem .Terpaksa puji diri-sendiri -.-'
So, entry kali ni nak share pasal baraya di Kampung halaman tersayang . *Lagu Balik Kg please. hehe. Semua blogger terhebat dah khatam cerita lebat-lebat pasal sambutan raya dorang, tinggal budak chumel grrr-.-'. ni je yang baru terhegeh-hegeh nak manaip setelah hampir dua minggu setengah kita menyambut 1Syawal .
Raya tahun 2012 , ecah dan family beraya di Kodiang, Kedah Darul Aman. Kami sambut secara sederhana saja. Memang setiap tahun macam ni pun =.= .
Ecah tak tahu nak gambarkan acener perasaan sebenarnya beraya di kampung . Bajet jadi budak perantaun pulang ke kampung je. Yang paling best pun kat kampung, time tunggu giliran bersalaman cium tangan, menangis teresak-esak memohon maaf dan waktu berkumpul beramai -ramai serta hati macam nak pecah melangut tunggu pengumuman raya bersama sedara sepupu sepapat selepat plus jiran sebelah rumah .
Semasa di kampung :
Pagi-pagi raya , lepas siap comel-comel , tengok orang takbir kat tv , telan seketul dua ketupat dan balas sepantas kilat message bestie . Ecah dan adik-adik pergi tunaikan solat Sunat Hari Raya kat madrasah ___ *tak da signboard. memang rutin every year .
Ustazah ecah ,Ewan, Fahmi dan Dinie^^
Lepas solat , lepaskan gian ambil gambar banyak-banyak sampai terkeluar words "BATTERY LOW " kat Camera. Buehahaha.
Raya tahun ni kami berpakat nak sedondon colour biru turquoise . Biar dari 500 M , orang dah nampak gelombang biru nak pergi terjah , serang rumah diaorang. Tapi . Sampai sekarang masih tak paham kenapa setiap kali tangkap gambar tetiba kaler biru tu nampak macam biru biasa -.-'
Gambar paling tak ready ecah tempek kat sini >.<' |
Ni baru gambar bersama keluarga Pak Ngah tersayang . Tak campur dengan generasi ke-2,3, dan 4 . Kang terpaksa crop kepala-kepala mereka .
Dah nak tengahari tetiba datang perasaan takbur dan riak nak tunjuk baju raya . *sengeh* . Baru terkedek-kedek pergi tukar baju . Nak ambik gambar keluarga kat kedai kg sebelah katanya . Tapi . Bohong belaka. Fakta , tangkap gambar kat kerusi antik peninggalan moyang ecah je. T.T Sobsob.
Balik kampung belah ayah kat Perlis petang tu juga . Alahai . Dekat je pun . Baru nak lipat sarung cornflakes dah sampai kat kg ecah .
Pemandangan tepi rumah tok ecah . Tenang dan nyaman kan . Rasa macam nak seret bantal tilam , tidur kat tepi bendang ni. Tak ada gambar raya kat sini . Tak sempat . Kunonya alasan aku ~
In Sya Allah , entry ni akan bersambung jika tahap kerajianan cik ecah muncul . Final exam dah dekat . So , tak boleh membebel sorang-sorang kat depan lappy lagi kena baca buku sampai muntah balik kueh raya almond london sebalang . haha .
Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR DAN BATIN . Kalau sepanjang penulisan ecah selama ni ada yang terkecikan hati kalian .Maafkan la saya . Duet raya boleh post kat rumah. Ecah terima dengan hati terbuka dan gumbiranya sambil sumbat lembang 3 bijik dalam mulut .
p/s: entry kali ni saja nak bagi mata korang juling sekejap. Entry cecah lantai bak kata kak yuyu
sy maafkan. hehe. nsb bek pic last pakai bj biru. baru nak tanya asal pakai bj itam
ReplyDeletemaceehhh maafkan ! haha . Bj biru tu nak simpan dlm almari smpai petang . Bru pakai . Mahal lah dikatakan . LOL :P
Delete