Assalamualaikum ^^
Ecah baru teringat pasal tragedi yang berlaku tahun lepas time makan ketam masak lemak cili padi .
Macam gempak letak "tragedi" bagai kann -.-
Meh belayar bersama ecah kembali ke zaman 2012 *Bajet naik kereta sorong masa doraemon tembam. Masa tu ada Hari Merentas Bandar raya Desa kat sekolah . Disebabkan ecah terlalu tiut dan sopan santun untuk berlari. so. ecah cuma tolong kat gerai makanan . sila muntah durian-.-''. ekceli , ecah tak payah ikot lari sekali sebab kena tolong my seniors dekat gerai Sains & Math .
clear tak?
Nak dijadikan cerita , masa keadaan tengah huru-hara dengan customer yang banyak songeh dan sebelambak yang datang . Tetiba ada abang yang tak berapa nak kenal datang jumpa ecah.
ni aisyah yang lemah lembut tu kan ?
Fine -.-'' dialog dia bukan macam tu okey
The real conversation :
ni aisyah kan . Cikgu Z *bukan nama sebenar* nak jumpa.
owh okey . Tenkiu (muka dah kecut, kaki rasa macam tak ada)
Ecah pun pergi lah jumpa cikgu Z *cikgu Disiplin * Sambil jalan nak pergi sana ,ecah tengok atas bawah diri sendiri . Baju seluar dah tip top , tudung labuh dan kuku pendek nau. Memang mematuhi peraturan sekolah sebab ecah kan budak baik . hehe.
Mata aku tetiba tertacap pada kaki aku sendiri . Getaq lutut habaq kat hang . Aku pakai selipar jepun la. Mak aiii ... macam mana boleh lupa nak tukar kasut sekolah . Ekceli , ecah tukar sebab kasut sekolah basah kena air dekat gerai . Kat kaki tersarung stokin hitam dan selipar. Memang gila okay .Nampak selebet tahap gampang . T_T mak.. maafkan anakmu ini . sobsob .
Bila dah menghadap cikgu Z .ecah nampak dua sahabat ecah pun ada sekali . Dorang pun nampak pening dan konfius.Aku lagi la konfius tahap nak tunggu tumbang je.Di sini, ecah sertakan dialog antara ecah dengan cikgu.
Yer cikgu , ada apa cikgu panggil saya ? *penuh kepuraan daku time ni
Tak ada apa. owh kejap , kasut kamu mana?
Ada cikgu , saya tukar sebab basah masa tolong dekat gerai tu cikgu .
Pergi tukar balik sekarang .
Aku lari macam pelesit nasib baik tak tersungkur cium jalan tar. 2minit 25 saat aku muncul balik depan cikgu.
Okey. sekarang kamu berdiri dekat sana
(tunjuk dekat tempat 2orang kawan daku yang tengah berdiri tegak . dah macam ape askar aku tengok)
Aku pun follow je lah . Kang ingkar, mahu menyesal seumur hidup. heee. cikgu Z bawak keluar kamera dia . Depan aku ada ramai ahli quater master . abang-abang semuanya.Dorang gelak-gelak . Aku bengang okay .. bengang gila.
Sekarang , senyum . cikgu Z suruh aku senyum .Kawan-kawan aku pun senyum .Tergelak-gelak aku masa cikgu kira 1,2,3 .Tengok muka serius cikgu ,glupps .aku stop gelak . Sambil tahan senyum + sebak . aku tanya cikgu " cikgu nak buat apa ambik gambar kami ?" Cikgu just senyum and cakap " duduk diam-diam" .Abang -abang depan aku dah gelak guling-guling . Aku tendang jugak sorang-2 kang biar senak sampai tahun depan.
Then , habis macam tu je. Aku dah bingung tahap kuasa limapulohsatu .Apa motive cikgu ambik gambar kami. Malu daku sampai sekarang .Kawan ecah cakap maybe cikgu Z nak masukkan dalam majalah sekolah sebab pakaian sukan aku complete dan cun. Aku tak percaya k. Bila ecah godek majalah sekolah dengan selow-selow. Tak Ada pun gambar tu .Gambar ecah yang lain ada lah. Pelik sampai sekarang . Lepas SPM ecah nak soal siasat balik . hehehe.. =)
p/s: Memang panjang entry ni . Thanks sudi tadah mata korang baca cerita ecah yang macam kartun ni.
salam..
ReplyDeletecikgu z tu nak wat kenang-kenangan pic tu kot..kan kan..dah la comel..haha
Wasalam .. hehe maybe =) tang comel tu tak leh blah .
Delete