Dah lama rasanya tak tempek muka sebesar alam macam ni. muehehe..
Ketika rakyat Malaysia sakan mencari baju raya , gigih menenyeh biskut raya , mula menukar duit berhinggit-hinggit sampai terlupa mana satu sampul duit raya dan mana satu duit raya lantara kelewahan sampul yang bermotifkan wang . aku sibuk buat apa?
Aku duduk diam-diam atas kerusi sambil melayan lagu-lagu raya di corong-2 radio mengenang nasib yang aku tak dapat nak rasa eksaited secara berlebihan di saat umat islam bergembira sakan menyambut hari lembaran nanti. Ini semua angkara Trial SPM yang b'langsung dua minggu selepas raya.
apakah nasibku .. nak beli baju raya pun, main tunjuk saja. tolong mak gentel kuih siput pun aku malas . Mood raya hilang begitu sahaja. Masa banyak aku luangkan dengan merehatkan minda secara maksimum iaitu aku kerap tido di petang hari . paling lama pun sejam, then aku sambung study balik
-.-''
Ramai spm candidates cuba memujuk perasaan masing-masing.termasuklah aku, siap buat kad raya untuk diri sendiri. muehehe. lepaskan tekanan dengan menulis ayat-ayat jiwang.
Antara kata-kata semangat yang aku kerah otak demi meningkatkan rasa gembira di hati ialah:
Dear SPM candidates,
SPM hanya sekali seumur hidup hang. Tak rugi kalau terlepaih nak raya sedangkan hang boleh bergembira sakan next year. InsyaAllah kalau hang panjang umur la. Ingat sikit mak ayah hang yang tak putus-2 mengharapkan kejayaan anaknya.
Mana hang nak? gembira sepanjang bulan Syawal sahaja atau hang nak gembira seumor hidup. SPM adalah segala-galanya. Ingat tu Nur Aisyah ! Biar sedih sekali , jangan sedih selamanya.
Sekian. dari puteri nur aisyah yang serba kiut =p
kepada calon-calon spm , rebut dan berlumbalah untuk mencari malam Lailatul Qadar sepanjang 10 malam terakhir ini . Banyak reward wei kalau kita rajinkan diri menghadap Allah terutamanya ber- Qiamulai. InsyaAllah, u'll get whatever u want. Aamiin =)