entri kali ni bertemakan obsessi ngan nama sendiri. muehehe
Kata-kata Anak tak reti mengenang budi -.-
"kenapa mak letak nama kak long - NOOR AISYAH-?
tak glemer-lah nama tu. letak lah Qistina Nur Aisyah ke, Aisyah Yusra or Elya Nur Aisyah."
Kata-kata mak yang berwawasan
kira okeylah tu bagi nama noor aisyah, kang aku letak nama Siti Timah Sameon . menyesal seumor hidup nanti. hoho
masa sek rendah, lidah kawan-kawan macam pelat pun ada jugak bila sebut nama aku.
they pronounced it like No-Or Aisyah. sobsob. that's why i love to write/mention my name as Nur Aisyah je.
but now i realised yang aku dah sukakan nama yang diberi oleh ayahandaku.
bila ayah marah, beliau akan cuba dengungkan sikit nama aku. Noor Aisyah!!!!! (dengung dan panjangkan 4harakat kat oor) ahaks.
antara sebab yang lain
#1
mostly ustazah kat sek akan sebut nama aku dengan lenggok arab gitu. Noor 'Aisyah. (ain syah)idgham dekat ain tau tau. ada yang call "siti aisyah" dengan lembut dan gramatis gitu . sejuk dan mempersonakan hati betul lah.
#2
Nama aisyah juga ialah nama isteri Rasulullah SAW. Saidatina Aisyah r.ha .isteri kesayangan Nabi selepas wafatnya isteri pertama yang tidak pernah dimadukan, Saidatina Khadijah.
sebenarnya ,ada tanggungjawab di sebalik nama aisyah. yakni tugas memelihara dan menjaga nama mulia aisyah dengan baik sehingga mati. Memegang nama persis seorang tokoh wanita islam ummul mu'minin (ibu segala orang mukmin) Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar r.a ,bermakna ecah kena berusaha untuk menjadi muslimah sejati for the sake of Allah .
Saiditina Aisyah r.ha adalah idolaku. Wanita mulia dan setia bersama suaminya. *lap air mata.
Aisyah bermaksud bahagia . Yeah, ecah nak hidup bahagia di dunia dan akhirat. Amin =)
#3
selain itu, nama aisyah dipetik daripada nama sebuah klinik. hahaha. ayah kata dia pernah ternampak sebuah klinik DR. AISYAH dan Rakan-Rakan. terus ayah bernazar bersaksikan kawan beliau untuk taruk nama aisyah bila ada anak gugurl. kalau ayah nampak Klinik Siti Nurhaliza , mesti tu nama aku sekarang ni. muehehe.
Harap dapat lah jadi doctor one day. amin. macam nama Doktor Aisyah tu.
#4
Nama yang senang dan ringkas. nama aisyah memang tak lapuk dek zaman, even memang daebak digunakan sampai bila-bila. Antara nama-nama islam yang femes dan sedap. hehe.
bergantung kepada ibu bapa untuk menokok tambah nama ,aisyah tu. Aisyah Az-Zarra pun sedap jugak. hikhik. nak letak nama anak macam tu lah.
#5 nama singkatan yang boleh diguna pakai sangat banyak.
- Aisyah
- Ecah
- cah /chaa
-Aish
-Aisyah 50sen . seyes aku tampar sapa call aku macam tu -..-''
-Ayi
-Syah ( aku xsuka sangat nickname ni, sounded macam nama lelaki)
#6
♥ Noor Aisyah ♥ nama yang diberi oleh ibu bapa kandung ecah . nama yang terbaik untuk their only daughter. i'm very grateful and glad to be somebody named "Aisyah".terima kasih mak dan ayah. hikhik
Nama ni (Aisyah) seyogianya highly recommend for parents yang confused nak taruk nama baby apa. haha ^_^
Noor Aisyah itu saya ♥
Terima kasih sudi baca