Assalamualaikum hakak dan habang sekalian,
Gosok mata , mandi , siap pi sekolah, jalan kaki dengan sopan santunnya and sampai je kat sekola:
"Awak ada dalam sebulan lagi sebelum SPM ,"cikgu memulakan mukadimah paginya =(
Kecut halkum ecah ni sampai tersedak-sedak . Tak boleh terima hakikat sebab tinggal sebulan lagi. ok serius , aku memang tak pernah buat countdown pasal espiyeeemm. bila cikgu bagi warning, aku mula lah menggelabah tak ketahuan hala macam ayam Pak Ali yang baru kena sembelih. mak tersayang buat gulai. yumm yummm. okey, tak kena mengena punngg -.-''
Ecah dah mula demam, sakit tekak dan pening kepala dan muntah bihun sup . ngade sangat tau badan ecah ni, time nk SPM semua jenis penyakit melekat kat aku dan masa ni jugak antibody aku lemah. pffftttt . Sementelahan itu, ayah mula mencari vitamin-vitamin untuk kegunaan badan comel ecah. yeaayyy.. sayang mak ayah.
Disini, ecah nak bagi beberapa tips for those calon SPM 2013,2014,2015,..... boleh diguna pakai sampai 7keturunan =p
- Last minute macam ni, tak payah terhegeh-hegeh nak revise balik satu buku tebal kau dari chapter 1 sampai 20 . Mahu terjojol keluar kornea mata nanti menghadap buku tebal tu. by now,banyakan jawab dari trial negeri-negeri dan past year.
- tingkatkan kerohanian diri . solat jangan tinggal (note untuk diri sendiri) , al-Quran baca selalu dan buat solat-solat sunat such as Solat Hajat , Solat Tahajud dan Solat Dhuha. InsyaAllah akan membantu korang nanti ^^
- Tidur secukupnya. Haaaa, ni masalah rakyat SPM yang tak dengar kata. Sanggup awake sampai dua tiga pagi. Makk aii, bahaya untuk otak kalian. otak akan jam dengan terseksanya. Masa tu sepatutnya kalian tido dan otak boleh berkerja keras demi menstabilkan segala sistem badan korang. ecah jaga baik otak chomeell ku.
- Buang segala cekedis dalam rumah korang. Air bicarbonate dan jeruk jeruk suruh mak korang simpan dalam peti besi sampai habis spm. Jangan mengkedarah sampai tak hingat duniawi. kesian kat otak anda sebab makin lemah dengan makanan yang tak sihat!
- Take time untuk merehatkan otak kalian such as bergembira dengan family sambil cicah buah mempelam dengan kuah rojak mak bee. gelak sakan tengok running man dan main batu seremban ngan adik.tu pun kalau adik uols tahu main =p hemohemo
Ecah bersyukur ada kawan-kawan yang selalu bagi support T_T , buah hati pun bagi semangat buat iols membara nak study dan cikgu-cikgu yang kerah tenaga dalam mengajar kami. berhempas pulas sampai cikgu tak sempat makan pagi. terimaa kasihhhh semua orang. wish me the best ya. ^_^
eh..nak SPM dah ke..??owhhh...dah nak ujung taunn rupenyer..
ReplyDeletexterasa masa blalu begitu cepat.....
semoga berjaya ecah..buat yg tbaik ye.. ^_^