Assalamualaikum
Semalam aku cuba lelapkan mata selepas menepek bedak sejuk di muka dalam pukul 12:30 pagi. mata masih degil kebenor tak mau tidur. okey fine. mata ketegaq sangat. otak suruh tidor, tapi mata cuba mengikari arahan. cisss -.-
fikiran ku melilau memikirkan macam-macam perkara, bunyi detikan jam menemani aku . perasaan ku resah gelisah tak ketahuan hala. entah pasai apa tak boleh tidor, selalunya senang je. Hati ku terasa tak tenang , aku cuba beristifar banyak kali. Lagu terapi diri Astafirullahalazim by Hafiz hamidun memecah kesunyian bilik. aku cuba golek-guling atas katil. namun, mata masih keras kepala. sedihh tahu. T_T
Sungguh di saat itu, aku rasa sunyi kesepian dalam keadaan gelap. Hanya berdoakan kepada Allah agar Dia menemani aku sepanjang malam itu. telefon buruk cap baling ke dinding aku tatap. sedar tak sedar , jam menunjukan pukul 5.15 pagi.
aihhh mata sayang, bila nak katup.
semua orang sedang enak diulik mimpi. aku? cuba mencari keindahan di sebalik kipas yang berpusing di syilin rumah. bosan.
akhirnya aku tertido. zZZ
lol. apa motif aku post entry ni. lantak arhh. just cuba menghilangkan segala keresahan yang bertandang di hati =)
Terima kasih sudi baca. entry merepek lagi untuk santapan kalian.
rasa gelisah tu kadang2 mainan perasaan. Mesti rasa jantung berdebar kan? Takpe2 nanti sebelum nak tdo. Bce ayat kursi. Insyaallah .. ;)
ReplyDeleteya allah. lamanya kenapa takleh tidor ni cha? :O
ReplyDeleteish. resah2 nak gi mane? :p huhu.
dont get stress lah babe <3
kadang-kadang jadi jugak cam gini,sedih kan orang lain dah tido kita tak mau tido..letih duk guling2 je..hehee
ReplyDeleteSamalah akak .. Kadang2 kita susah jugak nak tidur sampai ke pagi ..
ReplyDeletekekadang bile dah banyak fikir memang susah nak tido tu dik.....
ReplyDeletePaling tak suka kalau macam ni..susah bebenor nak tidur..nak masuk subuh time tu mata ni baru nak terpejam..banyak fikir sangat kan..tu yg gelisah=__='
ReplyDeleteselalu jugak jadi. so ee beli penutup mata untuk senang tidur.
ReplyDeleteseriously rasa rugi gila bila masa tidur jadi camtu. hm hm.
kita selalu kena mcm ni. lek je blogging lol hahahaha (tak membangun langsung komen ni)
ReplyDeleteslalu brlaku pada player dota :(
ReplyDeleteAhaha kengkadang memang cenggitu! :b Baring atas katil dah lama tp asyik main handphone je takleh nak tidur!
ReplyDeleteyup .. .sy pun slalu mcm 2. . :)
ReplyDeleteamboi ecah..berjaga smpi tgh malam tu buat gapoo?? huuuu
ReplyDelete