19 Jun 2015

Masalah Perempuan pada bulan puasa

Assalamualaikum uols


Salam Ramadhan korang ;') yer tahu  dah  lama gua  hilang, ecah sibuk uli tepung  buat biskut  raya tau. lepas tu  busy  isi perut  comel  dengan mcd, kepci , durian creep , laksa kuala perlis sebelum  puasa supaya  perut  ni tak buat  perangai  mengidam tatahuan hala  masa  bulan  ni. kemain kan aku. ciss

tapi  ecah  mengidam burger hongkong kmpk pulak. arhh  nafsu  semua  ni, sambil  cubit perut *

Namun,apa  yang  di idamkan oleh  para gadis dan wanita  semasa bulan  puasa ni, hanyalah  satu iaitu "tak payah ganti puasa" ada  yang  siap  buat  solat  hajat bertubi tubi supaya  tak  period. Yang  sanggup telan ubat hormone bagai. Aihhh jangan lah begitu saudariku  sekalian. eceh

Yang  lagi  sedih  bila  kena period masa  awal  puasa, confirm hujung ramadan pun kena lagi -.-'' ecah pun berdukacita sebab  den terkono. Allah, semput  jugak nak  ganti puasa  lepas tu.lagilah jeles tahap  dewa  tengok  girlprens  rilek tak kena langsung. siap tenyeh hidung  cakap "aku  tak payah ganti puasa weh"  *gambar tahi halimunan

saya mengaku lukisan  huduh ini saya lukis. jangan hina okay

Tipulah kalau  ecah (wakil para wanita) cakap  tak pernah sedih kan.Sedangkan Saidatina Aisyah R.A sendiri  pernah menitiskan air mata kesedihan kerana  merasakan hilangnya peluang  beramal  dengan kedatangan  haid.
  
Jangan di tangisi haid tu

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). "(Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;" (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."(An-Nisa’:32)

Jadi apa lagi kalian mahu, cuba  redha dengan ketentuan Allah. Boleh kan ?

Ecah  nak  kongsi tips bagi  mereka sedang/bakal  mengibarkan  bendera  jepun  masa bulan  puasa. banyak lagi amalan yang uols  boleh rebut ;)

1. Selawat , zikir ,istigfar  dan baca maathurat. dapat pahala banyak tau.

2. Tolonglah mak enkorang  sediakan juadah berbuka dan  sahur. Best sangat, sambil sediakan
    korang  boleh melantak  sekali. hahaha  okey jangan buat  depan adik abang ayah dan segala yang
    berhalkum.

3.Dengar  bacaan al-quran. tahu susah sikit nak khatam al-quran  bila  datang haid masa  bulan puasa.
   apa  kata kalau  kita  pasang ayat al-quran  instead of  korang layan  meaningless kpop songs.(ku
   tujukan buat diri ini. T_T) at least  khatam mendengar ayat al-Quran. tak gitu.

sambil pecah periuk di pagi hari, korang pasanglah lagu yang  meningkatkan ketaatan kepada Allah.

4. Sedekah. sedekah banyak-banyak wei. Rezeki kena kongsi bersama, baru berkat  hidup tahu.

5. sibukkan diri dengan  buat kebaikan. macam buat kuih raya lepas tu sedekah dekat jiran ke. lagi
    sekali, korang  boleh ngap  sambil buat  kuih  almond landon. agagaga

Terimalah fitrah wanita ini dengan ikhlas,berbaik sangka dengan Tuhan. Berkumpul dengan orang yang soleh dan ambillah semangat mereka.

Sekian pengkongsian sis. jangan sedih sedih tau (baca ni aisyah az)

14 comments:

  1. Selamat berpuasa, Ecah :)

    ReplyDelete
  2. selalu sangat first day tu tak puasa, huhuuu. tapi iredha je sebab fitrah perempuan. ahaks,
    rajinyaaa ecah buat kuih ;o
    selamat berpuasa yeaaa!!

    ReplyDelete
  3. xpe puasa xpenuh pn dpt raya..hehe

    ReplyDelete
  4. Aaaa.. Terima kasih, Ecah... Semangat KTC naik semula !

    ReplyDelete
  5. saya pernah kena period dua kali tu xD masih byk amal soleh yg boleh dbuat walaupon period. slamat berpuasa ;D

    ReplyDelete
  6. sama lee kita..first day mesti xdapat puasa T_T..selamat berpuasa..dan membuat kuih muih.hehe

    ReplyDelete
  7. Tumpang lalu... Mohon visit ig hakak cun @aisyahazizon �� kbye

    ReplyDelete
  8. Den pun terkena... huarghh..hahaah

    ReplyDelete
  9. selamat berpuasa adik manis.. buat kuih raya pos kt kak nina eh. hehehe

    ReplyDelete
  10. nak buat camne kan, 'tetamu x diundang' tu tetap datang jugak..huhu
    selamat berpuasa penuh.

    ReplyDelete
  11. #itew tazzabar hihihi
    hi chaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa camat berpuasa ohoi <333333

    ReplyDelete
  12. betul tu
    ustaz kazim kata isteri yg ABC sediakan makan utk suami berbuka pon dpt pahalanya. byk caranya kan.jd jgn lah bersedih
    yg pntg njoi.. hihihi

    ReplyDelete
  13. Bertuah kan jadi orang perempuan...
    Ciptaan ALLAH S.W.T semua sempurna... :)

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~

Total Pageviews