Congrats for me, Taraaaa. *Keluar fireworks * Bukan sebab Tuan Anas masuk meminang ecah tau. Bukan bukan. ecah tengah berusaha mengembirakan hati sendiri.
Tahniah NOOR AISYAH AZIZON kerana gigi bongsu anda yang ke-empat baru tumbuh. masih bayi rupanya ecah ni
-_-
Sakit kemain gusi ni sampai ecah tak mampu memberi senyuman menawan pun hari ni. Demm. Hilanglah pahala sadekah aku. Jumpa orang macam nak tumbuk je rasa, kalau boleh jangan cakap dengan ecah langsung. huhuh 'uh eh ah akikiki' pun tak boleh.
Dari tadi golek kanan, golek kiri, mata ni degil tanak bagi kerjasama. Aku dah la mengantuk gila, tapi disebabkan gusi mengada mahukan perhatian maka ecah terpaksa memanjakan gusi dengan menuam pipi yang empuk ini . hukhuk
Tahun lepas kat matriks, dua batang gigi comel ecah tumbuh dengan sihatnya. Masa nak birthday ecah ke-19, tumbuh seketul lagi. Aiyooo bagusnya gigi ni tumbuh sana sini. Selalunya ecah akan demam dulu baru mula sakit
Tadi rasa nak sepak je bucu karpet. Bonjela ecah hilang entah ditelan lipas ke apa. Masa darurat ni lah tak jumpa, masa sihat boleh lompat lompat ada je bendaalah tu berjoget depan mata. Ecah ikhtiar jugak tadi nak telan madu, lepas tu ecah maki hamun almari kabinet emak sebab membenarkan sang semut semut berenang dalam botol madu ecah. Angkara si polan yang tak tutup rapat botol madu tu. Esok pagi wajibal ghunah kena buat soal siasat satu rumah, ayah suspect utama ecah. tssk tssk emo gila ni T_T
Sekian sesi luahan perasaan dari gadis comel yang dikurniakan gigi bongsu yang maha comel. ahaks. Doakan ecah boleh tidur nyenyak untuk hari mendatang. tolong lah , sapa lagi ecah mintak tolong hoho
Thank u Allah =)
sumber gambar: haruslah pakcik google yang pemurah