22 Jan 2016

best ke contact lens

Assalamualaikum^^


Suara-suara  kasar  memaksa  ecah  untuk  pakai  kanta  lekap , kata  kan  tidak  kepada  spect  mata  bulat  besar  ecah. ni  ecah  nak  maroh  tahap  keluar  asap  naga  ikot  lobang  hidung. Mana  aci  main  paksa  paksa  ni. Ingat  kita  ni  Sabariah ke yang  kena  paksa  kawin  dengan  Dr. Asmadi. Mercik. Kesian  Kassim  Selamat *tetiba  emo tak  pasal*



Tapi  bila  tengok  para  gadis  selfie  kemahen  dengan contact lens  bertempek  kat  mata, maka  ecah  terjebak  terus rasa eksaited . sikit je. Ecah  bukan  tak  teringin, banyak  kali  lah ecah  tarik-tarik kain  emak  sambil  cakap  hemoihemoi  " boleh  dak  ecah  nak  pakai  contact  lens?"

emak  berkata  tidak  sebab  beliau  risau  ecah  tidur  bersama  contact  lens  melekat  kat  bijik  mata. Cintanya  emak  kat  ecah awww.Tahu  dah  perangai  ecah  yang  senang  tertidur, sambil  jalan  pun  boleh  tidur  apa  ntah  lagi  kalau  terlentang  atas  katil  empuk  mulus  gebu -_-



Rasa  ngeri  lah  nak  letak  bendaalah  tu  kat  mata, kang  tercucuk  sampai  pecah  kornea  macam mana. tetiba  benda  tu  melekat  kat  mata  putih ke T_T  matilah ecah sobsob  tak  boleh  kawin, karang  jadi Ecah  Selamat tak semena  mena.

Kawan  ecah  suruh  practice  tapi  entahlah. ecah  tunggu  seruan  dulu KOT, tak syiok  lah  paksa siap ugut ugut  orang ni.

"Nanti  kau  kawin  bukan  nak  pakai  spek  mata  kot  time  bersanding  nanti"

Arhhh. berdosa  ke  aku  pakai  spek pun. Lantaklah  apa  orang  nak  mengumpat  yang  pasti  ecah  kena  rasa  confident  agar  tak  tersalah  pegang  laki  orang  lain  masa tu.Matilah den x_x hoho takmau takmau. awak  tak  kisah  kan  kita  pakai  spek  masa  kahwin? tujukan kepada laki  masa depan  ecah  yang  masih  belum  muncul ;'/


Teringin  pun memang  ada. takut  masih  membaluti  diri  ecah. konfiusnya  lahai *gosok  kening.



Yang  pasti  ecah  akan kena  backhand  dengan  ayah  kalau  ecah  pakai  contact  lens  ni .huhuhu

sumber gambar : google

Terima  Kasih  sudi baca

11 comments:

  1. Bila akak tengok Along akak dengan adik akak pakai contact lens ni, rasa ngeri sangat >.<

    ReplyDelete
  2. Teringin nak pakai jugak tapi takut. Cousin yg berumur 14 tahun dah pakai contact lens, tengok senang je dia pakai. Hmm

    ReplyDelete
  3. simple je guna contact lens ni. lama2 comfirm selesa jugak. tak salah kan try ecah? hehe nak menghasut ni hah. :P

    ReplyDelete
  4. Huhuhuhu pakai lah chaaa :p pakai lah :p
    kihkih. Ala nanti practice bila nak kahwin je cha hihihihi. Sekarang takyah nak gatal pakai eh hahahaha.

    ReplyDelete
  5. Ecah biasa pakai awak. First tu rasa masyaAllah ada benda dalam mata, lama lama, kita tak rasa tau lagi lagi kalau amik colorless tu. Ecah biasa pakai byk kali utk event2 apa apa ja. Tp i prefer more lagi utk spek, sb selesa dan mmg sejati. Tk salah nk cuba kan.

    ReplyDelete
  6. Fieyqa pakai lens jugak dulu tp skrg memang tak nak dah. Pakai pun kalau ada majlis-majlis penting je. Takut tengok macam-macam jadi kat orang lain. Huhuhu T_T

    ReplyDelete
  7. memang BV tak berani la nak pakai contact lens nie T^T
    cam seram je dia melekat kat bijik mata =="

    ReplyDelete
  8. memang BV tak berani la nak pakai contact lens nie T^T
    cam seram je dia melekat kat bijik mata =="

    ReplyDelete
  9. contact lens mmng cantik. dulu kawan kite pernah suruh kite try pakai mende tu, tpi x berani. takut lari dari biji mata T__T tak reti nak keluarkan. hahaha

    ReplyDelete
  10. saya pakai kanta lekap jugak, tapi hanya untuk event2 tertentu, nak pakai contact lens kena rajin jaga kebersihan lens, cuci kena betul2..hiihi :D

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~