20 Jan 2016

Penakut betul

Assalamualaikum ^^


Hari ni  ecah  terpaksa  pakai  shade  dalam  rumah  lantaran  mata  bengkak  lepas  merembeskan  air mata tanpa  henti semalam, angkara  movie Bajrangi Bhaijaan  tssk tssk. Sampai  hati  oppa  Salman  Khan  buat  hati  ini  mengecut  sebesar  stroberi.

sumber:google meh


potong  tahi  itu *cut the crap*

Ecah   ada  satu  rahsia  yang tersemat  rapi  dalam beg duit  made  in China. Kekawan selalu  cakap  ecah  garang, sombong dan paling  penting kiut miut. hihihi. tapi  jantung  ecah  boleh  luruh berderai  kalau  jumpa  binatang ni. Ecah  boleh buat  kawan  dengan harimau.tapi. bukan dengan  this euuuuuu insect. LIPAS


Benci  sangat sangattttttt. ecah  tak  suka  kalau  terserampak  atau  lipas  tu  memang  saja  buat  lawatan  rasmi  ke rumah  untuk  buat  kacau  bilau. jahat lipas. -_-'' tak  kisah la yang  serang tu cicit kesepuloh lipas ke, anak  lipas ke apa. ecah geli geleman yang boleh buat  bulu roma  beterbangan.


Lipas  ni  saja tau. Tahu  ecah  benci  gila  nak  mati, yakni  encik  lipas  ni  kerap  muncul  depan  ecah siap  main aucak. kau  ingat  kelakar ke  bila  kau  sakit  perut  ya ampun  lepas  tu  bila  kau  dah  berada di zon  pelepasan. tetiba  kau  nampak  natang  tu berkejaran  di  depan mata. sumpah  tak kool.

reaksi  ecah

1. menjerit  sekuat  hati  sampai  tertelan  halkum
2. Menangis  tapi  masih  menjerit  dalam  skala  richter rendah
3. gigih  lari  dapatkan  ridsect
4. sembur  sampai  mak  ecah  datang  rampas ridsect*me akan sembur sampai  habis satu botol*
5. minum  air , lap  air  mata
6. sambung maki  bangkai  lipas tu  tanpa  belas kasihan


 saya lukis  okay. jangan hina

paling  takboleh  blah  kalau  lipas tu  bertukar  jadi  lipas  terbang. ecah  pernah  kena  masa  matriks, perasaan  takut  tak  boleh dibendung, ecah dan  roommates  buat aksi lompat katil ke katil sampai  kami selamat keluar  bilik. hahaha. kami  semua  takut lipas  kecuali  Ros. Ros  yang akan sembur  dengan ganasnya, tiada simpati.

Semua ni  disebabkan  ecah  trauma, masa  bulan puasa  tahun entahakutakhingat, budak budak  lagi. Sang  emak  dah  kejut  kami  bangun  sahur, ecah  dengan  mata  tertutup  meraba  pergi  toilet sebab  bilik  kelam .. suddenly "Prapppppp..."

ecah  dah  tak  sedap  hati. celaka  apa kah , ecah  terpijak  emak  lipas T_T  mati serta  merta di tempat  kejadian. lantasnya ecah menangis  sampai  habis  sahur sebab  geli  nak  mampus . ecah cuci  tapak  kaki  patpulohjuta  kali  sampai  ecah  rasa  bersih  dan  setitik  bakteria  dihapuskan. Habis  semua  sabun  kat toilet ecah tibai

that  lipas  mati sampai  terkeluar  white fluid dari  badan dia. lepas tu  ecah  pernah  terpijak si telur-telur lipas. Allah,ecah tak  faham  kenapa  banyak-banyak  yang  boleh  dipijak, kaki aku  pergi  pijak  telur lipas . babab kaki dengan  pembaris  kayu.

Sementelahan itu, makin  menjadi  takut  ecah  dengan  lipas.  Sekarang  ecah  dah  cuba  untuk  kawal  sikit  takut tu. Kesian  dekat  anak  cucu iols, dapat  mak  yang tak cool, penakut  lipas hoho . Mak  akan  cuba  jadi  supermom  yang tak takut  pada  bangsa  lipas  in future*muka  serius*


Terima  Kasih  sudi  baca huhu

11 comments:

  1. comel ja lukisan awok hihihi. wiwiwiiw. i pon takut ngn lipas, rasa geli

    ReplyDelete
  2. hahaha.ecah kira okay boleh lg spray lipas tu. kalau kak yaya jerit pgl spa2 ada dalam rumah tu . hahaha . nak spray pun tkt . hadoi tmbh dpt yg terbang2 . sensitif gilaa dgn lipas,lipan dan segala yg mengelikan . HAHA

    ReplyDelete
  3. hahaha lawak gila. samalah kita takut lipas. takut + geli tahap tak tahu nak describe dah. hahaha. boleh gila kalau nampak lipas. padahal lipas je belum nampak buaya -.-"

    ReplyDelete
  4. sy tak takut dgn lipas buat dek je hahaha tapi paling takut & geli nak mampus tgk tikus. yaampun mmg geli. kdg2 kalau nampak hamster pun takut jugak sbb nampak macam tikus yg salu dalam parit tu hahaha

    ReplyDelete
  5. I feel you. SR pun takut lipas jugak. Sampai sanggup tidur dengan buka lampu takut-takut kalau lipas tu keluar waktu tidur. Pernah satu malam terjaga sebab lipas bergerak kat kaki, terus menjerit dan kelam kabut buka lambut dan sedaya upaya bunuh lipas tu. Huhu

    ReplyDelete
  6. lipas saya tak takut.. nmpak kdg buat dek ja hahaha tapi kalau dia berani sentuh mana2 bhgian diri ni, hah cuak la jgk. XD

    ReplyDelete
  7. sampai tertelan halkum hahahahaha!!
    eeee chaaa sampai keluar that white fluid tu yg yekkkkk hahahahahahaah lawak betul la si penakut ni adoi hahahaha

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar tak selalunya lipas ni suka sangat dekat orang yang tak suka dia. ha!

    ReplyDelete
  9. this post really made my day. xoxo

    ReplyDelete
  10. this post really made my day. xoxo

    ReplyDelete
  11. hahahaha ni lawak sangat kak ecah ni. saya jnis macam kawan kak ecah yg ros tu kot. takdelah takut lipas tpi kalau bab membunuh lipas mmng takde belas kasihan dah :p

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~