Rasa tak macam seram sejuk time baca tajuk ecah kali ni. Buat-buatlah muka terkejut sambil pegang perut yer !
Pengalaman yang agak menakutkan bila kita tersekat tanpa kerelaan hati dalam elevator atau lebih femes dipanggil lift dalam kalangan rakyat Malaysia .
Sebelum ni ecah buat muka kerek jer naik lif sorang-sorang padahal rumah tingkat dua je pun. naahh, padan muka kau cik ecah si perasan kiut miut , tadi tak pasal-pasal pintu lif tak nak terbuka . Apa lagi ketuk pintu lif tu kuat macam orang main kompang sambil minta pertolongan daripada insan yang lalu lalang depan lift
Dalam otak chumel ecah, terlintas cerita yang dilayan time malam jumaat sambil katup mata dengan bantal busyuk adek . Paham-paham jelah ;p . Tapi . Bila dipikirkan balik, ni kan bulan Ramadhan . Si Syaiton laknatullah tu dah kena ikat ketat dan padat . Lima saat lepas tu, terlayang pulak dekat cerita Secret Garden . Mamat yang kacaks lagi menawan , Hyun bin tersekat dalam elevator then sesak nafas . Yang membezakan ecah dengan beliau, cuma lif yang dia tersangkut tu mewah yang amat tapi ecah hanya tersekat dalam lif kat flat tak bernama.
Oppa still nampak kacak tau . *ngade-ngade ^^ |
Dalam syok melayan hati yang tidak keruan,bercelaru , beebelit-belit , ecah terpikir macam mana aku nak bukak puasa nanti. Aku akan mati kebulur sorang-sorang dalam lif ni. Siapa nak teman mak aku berbuka? Macam mana aku nak solat dalam ni . Kerja sekolah belambak pulak tu . Esok ada debate lagi . Nanti kekawan tanya kenapa aku tak datang sekolah. Memang nampak agak tak rasional disitu. Namun, itulah hakikatnya soalan yang berputar di minda kala itu:'(
Hanya berbekalkan sebuah beg sekolah yang dua tahun tak betukar bersama buku sejarah form4 di tangan, ecah hanya mampu menepuk-nepuk manja pintu lif yang degil kebenor nak membuka . Ecah cuma boleh jerit " TOLONG" " ADA ORANG TERSEKAT DALAM NI" "MAK AYAH" "oppa "*kan dah terkeluar. Nampak tak ketragis-an kisah ecah kali ni .
Dengan ilmu yang tak berapa nak cukup ni. Ecah bawa keluar gunting sakti dibeli di Popular. cungkil kuat-kuat pintu lif agar terbuka sambil mulut terkumat-kumit minta tolong! Alhamdulillah, terbuka sikit . Tetap bersyukur . Bolehlah rasa kuantiti oxygen makin bertambah dan peluang untuk keluar around 60%. Kalau ada phony a.k.a phone , kan senang . Boleh lar calling-calling ayah or bomba. Terdetik di hati, tindakan kerajaan membenarkan bawa telefon ke sekolah 2013 , Mungkin ada kebaikan terutamanya dalam situasi serba gini >.<
Kan best, kalau lif rumah cam gini. Kalau tersangkut kat dalam pun tak kesah sangat!
Lebih kurang 15 minit bertapa dalam lif yang serba naif tu , akhirnya ecah dengar suara aunty-aunty tanya okey ke tak dari luar. Memang sah la K.0 . Ecah rasa nyawa ecah bagai telur puyuh dihujung tanduk , boleh pula tanya bagaimana keadaan ecah =.=' .Sabar~
Then ada uncle berbangsa cina pula menjerit -jerit suruh aku tekan segala punat yang terlekat di lif tu. Demmm sungguh, haram tak guna satu punat tu . Berbekalkan ingatan kuat pada pesanan ustazah waktu pom3 yang menyeru anak muridnya membaca Ayat Kursi ketika mengalami kesusahan . Ecah apa lagi, baca lah ayat tersebut yang suatu ketika dulu bertapa payahnya nak mengingat , tapi kali ni tak sia-sia Ecah menghafal Ayat Kursi.
AllahuAkbar. Pintu lif tu berjaya dibuka sepenuhnya . Thanks a lot to uncle cina , sebab muka dia tergambar seribu kepayahan dan kepenatan yang nyata setelah berhempas pulas membuka lif . Nak-nak pulak, tengok muka mak depan lif. Muka mak, nampak terkejut yang amat sebab tak sangka sang puteri tesayang rupanya yang tersangkut dalam lif tuh. Mesti mak ingat anak cik Bedah jiran sebelah yang tersangkut.hehe
Apa lagi ,terus ecah lari kencang-kencang masuk dalam rumah. malu plus lega giler sebab dengan jayanya terselamat daripada accident kecil tu.
haha. Bila teringat balik, agak kelakar dan ngeri juga . Bayangkan lah muka ecah yang dipenuhi air mata serta hingusan yang bagai tiada penghujungnya. ARRHHH...such a bad memories ever. Phobia sudah nak naik lif. Trauma mengalahkan orang tersadai di pulau .
Mungkin bersempena bulan Ramadan ni, Allah nak uji hamba -Nya dengan pelbagai dugaan dan ecah cuba berfikiran positif , tragedi yang berlaku di hari keonam puasa :')
Harap maklum, pemilik blog ini memang fail seni ~ |
p/s: bayangkanlah, ada abang-abang bomba yang tolong selamatkan ecah. MALUnya, dah la muka ecah ketika tu macam orang sepoloh hari terperangkap dalam kegelapan. Grrr-.-'