Assalamualaikum Muslimin & Muslimat sekalian ♥
Yusufff Taiyobbbbb dengan harga yang murah , sedap lazat berkrim,blablabla .
Dengar saja iklan ni berkumandang di corong-corong radio dan tivi, terus lompat -lompat setempat sebab tulah tanda besar yang Bulan Ramadhan dah tiba . Eksaited gila ecah , time dapat tau yang kita akan berpuasa pada hari ini 21/7/2012 . Rasa macam nak pergi salam dengan Penyimpan cap-cap mohor Diraja yang acap kali muncul disaat kita semua berdebar-debar berkumpul depan telivisyen sambil kunyah cekedis tunggu beliau wat annouce tarikh puasa .
Yesss Puasa ! Puasa!Disaat ni phon berteriak sakan tanda ada mecej dari BFF, wish Happy Ramadan
Yesss Puasa ! Puasa!Disaat ni phon berteriak sakan tanda ada mecej dari BFF, wish Happy Ramadan
Alhamdulillah . Syukur tak terhingga kepada yang Maha Esa , sebab bagi ecah peluang untuk celebrate puasa tahun ni bersama keluarga tercenta . *Ingatlah , ada dalam kalangan saudara kita yang tak dapat nak tunaikan puasa , so pada kalian yang dapat merasai bulan Ramadan yang penuh mulia ni, sama-samalah kita ucapkan Syukur kepada Allah S.W.T . ALHAMDULILLAH
AZAM ecah kali ni ??
Dengan berpaksikan semangat yang kental dan kukuh nak berpuasa, ecah berazam nak puasa penuh kali ini . Insyallah . ehemehem, kita tau lah kita ni "gegirl " mungkin impian dan iktikad tu bagai mencurah air ke daun keladi belakang rumah, tapi t'kesah pulak ecah >.<. hehe. Takpelah ,tetap berharap dapat puasa tigapulohhari full. Amin~

Sempena Bulan Puasa ini, semestinya kita digalakkan mengamalkan sifat-sifat Mahmudah dan tingkatkan lagi amalan ibadat kita kepada Allah S.W.T. Antaranya :
1.Solat fardu 5 waktu sehari semalam
Solat ialah tiang agama . Pape pun solat mesti diutamakan dalam setiap perkara. Walaupun perut rasa macam kebas semacam lepas berbuka , solat Maghrib mesti dilaksanakan juga dan sia-sia sahaja kalau kita berpenat lelah berpuasa , merungut tak tentu pasal dalam FB & twiti sebab lapaq tahap menggila tetapi tidak menunaikan solat fardu lima waktu . Seolah-olah , kita hanya merehatkan usus perut dan berdiet sehari suntuk tapi tak dapat apa-apa .
2.Tadarus Al-Quran

Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda". (Hadis riwayat Bukhari)
Jelaslah di sini bahawa , aktiviti Tadarus al-Quran telah menjadi amalan Baginda pada bulan Ramadhan . Dengan bertadarus, seseorang itu akan berasa lebih dekat dengan Al-Quran dan dapat mendalami isi kandungan Al-Quran. Banyak pahala yang boleh dikumpul melalui amalan ini. Jangan lepaskan peluang bertadarus bersama rakan- taulan korang yer :')
3. Perbanyakkan amalan sunat
Solat Terawih ialah solat sunat yang hanya ditunaikan pada setiap bulan Ramadan . Waktu nilah, kita dapat lihat seluruh pelosok penduduk akan memenuhi masjid-masjid dan surau berdekatan kerana kita semua pakat berebut-rebut nak kutip ganjaran pahala yang teramatlah banyak . ecah pun tak ketinggalan mengikuti Solat terawih . huhu. Imam kat rumah ecah lajjuuuu :D
Perkara sunat yang lain-lain :
- Bersedekah pada bulan ramadhan . *Jangan lupa senyum dan seikhlas hati
- Membuat kerja-kerja amal . Ex: menlawat rumah anak-2 yatim
- Memperbanyakan bacaan Zikir dan Selawat Ke atas Nabi Muhammad
- Jangan lupa bersahur sekali , if tak sempat masak , telanlah biskut pingpong sekeping dua
4.Tinggalkan amalan yang tak berpekdah dan merugikan
Bab ni kalau ecah nak tulis memang sampai berbuka tak habis manaip. Kalian sendiri pun tahukan amalan yang hanya akan mengurangkan kadar pahala kita .
- Berpacebook dan bertwitter . Laju je ecah taip isi ni. Kenapa tak dibenarkan menggunakan social network ni terlalu lama. Hal ini berkait rapat, dengan pembaziran waktu yang nyata. Bayangkan lah korang online lepas sahur, sedar-sedar je dah nak berbuka. Korang boleh jer pergi bertadarus al-Quran, tolong mak masak , tulung orang sedekah bubur lambok ke. Kan berpatutan daripada sibuk meng'like' statuuusss facebooker..
- Melayan tivi dan bergolek-golek santai atas katil .Haaa, ni lagi satu . Time nilah buat-buat ganstrik di pagi hari , pura-pura demam , kepala pening bagai. Tolong elakan yer. Tambahan kepada mereka yang terlalu sayangkan katil sampai tak nak bangun. Tak elok tahu! Makruh hukumnya kalau bergelumang a.k.a tidur terlalu lama .
- Mandi terlalu lama pun tak bagus . Selain untuk menjimatkan bil air yang selambak , hukumnya makruh . Takut-takut, korang tertelan dua tiga teguk air besen . =.='
- Beli makanan seolah-olah nak buat kenduri kawin pathari patmalam . Ni salah satu budaya orang Malaysia yang patut dkikis. Kalau pergi Bazar Ramadan macam orang yang duahari tak makan. Ehh, roti john.. bagi yang besar punya ,tudia .. murtabak satu , Air sirap duabungkus . Perhhh.. Pembaziran semua tu. Berbuka secara sederhana kan lebih Afdal .^^
- Bercakap pasal benda yang tiada kebaikan tak digalakkan sama sekali *sambil tunjuk muka bengis . Gila serunok bincang pasal status suami Irma Hasnie or duk berbusy bergosip pada si tuttot ke dotdot adalah tidak membawa sebarang manfaat lansung . Kan elok, kalau kita berbincang tajuk karangan 600 p.p . ngeee~
5.Jangan Lupa Niat Puasa dan Doa berbuka
Akhir kata daripada ecah :
Selamat Menjalani Ibadah Puasa . Bulan Ramadhan hanya menjelma setahun sekali , jadi marilah sama-sama kita rebut akan nikmat dan ganjaran yang dikurniakan oleh-Nya . Jangan jadikan Puasa sebagai satu alasan untuk kita hanya mendiamkan diri dan show off muka penat gilos *kononnya penat letew sebaliknya cuba nikmati segala nikmat disepanjang bulan ramadan ini.

Entri yang banyak unsur nasihat ..
ReplyDeletegood job Aisyah :)
selamat menjalani ibadah puasa
Maaceeehh abang ameerul :)
DeleteTanggungjawab kita utk saling menasihati ...
Selamat Berpuasa juga ^^
Salam Ramadhan
ReplyDeleteSelamat berpuasa yer eca
:)Selamat menjalani ibadah puasa , abg SOP!
Deletewiwit nama ecah comelnya..:)
ReplyDeletehoho. name je yang comel. tuan pnya nama....>.<- Masyallah~
ReplyDelete#thanks sudi jdi pengomen di sini :')