Memang agak tak senonoh menempel muka sendiri di awal entry kali ni. Besar gedabak macam kereta api tanah melayu . haha. Kalau Mak Senah Kg Batu Beremdam tengok pics macam tu, memang sahlah ecah tak leh kawen dengan anak dia . Merepek tahap kerepek masuk angin .
Kali ni ecah cerita kencang pasal kurus keding a.k.a kepeng a.k.a pesakit diabetes kronik a.k.a tiang lampu dan sebagainya 's .
Kurus ni satu bentuk fizikal dan jasmani yakni amat digilai oleh para wanita dan makcik - makcik Malaysia. Kurus juga merupakan antara ciri terpenting untuk jadi SuperModel . Kurus menyenangkan kita untuk sesi selit-selit dicelah abang bangla dalam LRT. Then , nak jadi Juara ratu kebaya Kg Pandan Jauh ketengah pun kena ada bentuk badan yang ideal gitu a.k.a pinggang kerengga-kerengmut.
Ada yang impikan bentuk badan macam buah pear hijau masak ranum , buah apple yang habis dikunyah dan macam "galah panjang" pun ada .
Tapi tahukah readers sekalian , kalau kurus amat pun orang tak suka. Boleh ambik contoh yang paling t'dekat iaitu ...
treng treng - Sayalah si budak kecik itu " Ecah omey-omey " * Dimana kaki kanan ku ? |
Jisim maksimum ecah pernah cecah pun 44kg . Hurm . Memang amatlah tak normal berat ni, sepatutnya para remaja seusia ecah mesti 45kg keatas dah .Aceceh . Hal ni buat ecah asik kesat air mata guna bantal busuk adik setiap malam. Siapa tak sedeh ,bila orang kata diri kita ni tak normal. Hancur lebur liver ini.
Makcik XX : Umur berapa ,dik ?
Pembelog : nambelas tahun aunty .
Mak cik XX : Lar yeke? Muke terkejut kononnya . Keciknya. Macam budak form 1
Pembelog : Hanya mampu t'senyum :')
Kalau korang ada kat tempat ecah , agaknya apa yang korang rasa .
Sedih ? Marah ? suka ? Rasa nak tampar pipi mulus aunty tu or pergi cubit anak dia diam-diam . Untuk pengetahuan hampa semua, anak teruna mak cik ni ada yang umur 18 tahun . Yang lawaknya , anak boboi dia tu lagi kecik dari ecah . Malas nak cari gaduh dengan mak cik tutut. Jaga Maruah diri ^^
Ecah boleh aje sound mak cik tu balik :)
" Lar betul ke saya macam form 1? hihiks .Lain kali mak cik melawat lar sekolah saya . Mak cik boleh cuci mata lama-lama dan tengok betul ke saya macam budak form one ".*memang budak 16 tahun besar gini a.k.a tinggi , nak besar mana lagi? tinggi ecah 157 cm !
" Kalau nampak macam form one means saya ni makin muda haah. ala-ala JAMU Mak dara gitu "
Lagipun , ecah tak anggap statement yang orang campak dan lemparkan bertalu-talu sebagai perkara yang memalukan . Ecah anggap sebagai satu gurauan kasar yang mungkin boleh dibuat koleksi lawak kampus pada masa hadapan . At least , ecah sedar ada juga orang yang perhatikan dan kesah pasal diri naif ini .
Situasi I
Kawan unknown : *Tepuk belakang badan ecah . "Perhh , rasa tulang . * Cubit tangan ecah dengan
beraninya, tulang plus kulit aje ke yang ada . Mana isi kau wei .
Si kurus : Hmmm , sebelum pergi sekolah aku keluarkan daging, so ada tulang dengan
kulit . Takut berat .
Kawan unknown : Haha * sinis sungguh .Meh sini ambik lemak betis , paha aku. Aku sedekah
dekat kau.
Si Kurus : Bak sini, boleh lah aku buat daging masak lemak cili padi . Orang kata daging
manusia paling seda p. Grrr -..-' *T'muntah aku
Kawan unknown : Aku tarik balik okay . jalan kepit-kepit >.<'
Situasi II
Peah : Beb , pehal kau kurus sangat ?
Jenab : Hurm , kau rasa ....
Peah : Mak kau tak bagi makan ea ?
Jenab : Mak aku selalu buat cekodok pisang pagi-pagi .
Peah : ntah-2 dalam perut kau ada cacing ? or ada benda lain yang tumpang dalam perut kau .
Jenab : Berdengus * Tapeworm ? aku dah musnahkan . Benda apa?? Jin ? Ayah aku imam ,der .
Peah : habis tu , Pehal kau kurus nak mampus ?!
Jenab : Aku puasa sunat hari-hari . Tambahan lagi, bulan Syaaban ni kan :')
Memang sentap habis , kalau jiran sekeliling , teman-timun , si peah giat bertanya & berpropa sana sini tentang saiz badan ecah . Hamboi , if aku ni Harry Potter versi gigirl dah lama aku magickan diri jadi macam Erra fazira . Ecah tak minta dikurniakan dengan badan yang kurus kepeng . Mungkin ada hikmahnya dan Allah itu Maha Adil . Ecah terima seadanya !
Siapa yang teringin dibahan macam-macam disebabkan bentuk badan kita . Sinonim macam orang barsaiz besar atau gempal , mesti dorang pun dalam dilema macam ecah jugak . Sabor je la dengan perangai individu yang t'lebih busy lelebah >.<
Apepun ,Ecah tetap bersyukur yang amat dibesarkan dan dinobatkan sebagai individu yang kurus . Ecah pekak kan telinga dan tutup mata ketat-ketat disaat kawan-kawan sindir dan perli . Buat blur . Kurus tak bermaksud kita tak boleh jalankan kegitan lain termasuk acara lontar peluru * ecah benci gilos.
Nak study pun, langsung tak menggangu . Otak ini masih berjalan dengan ghairah dan lancarnya. Alhamdulillah :)
Sesiapa yang senasib dengan ecah . Boleh lah share dengan ecah . Sharing is caring , right ? ♥
-------------------------------------------------------------To be continue ----------------------------------------------------------------------
oh no. nasib yang sama malang bagi saya :( berat saya pun 42 kg and tinggi 157. kita sama k :/
ReplyDeletereally?? haha , kita serupa la *hi-5 cikit*
Deletewell,kita b'dua boleh jadi geng.LOL :P
haha. yeah. geng. tapi tgk gmbr nampak mcm saya lgi kurus dri awak :(( hmm
ReplyDeletehehehe saja-saja terjah entri lama zaman tok kaduk ni,,,
ReplyDeleteuiyoo masa 16 tahun 157cm? saya dah 18 tahun baru 157cm & berat pun average 42kg jugak, kadang2 44kg kalau makan banyak, kadang2 turun 40kg kalau makan sikit hehe.
tapi saya rasa gemuk je, mungkin sebab body shape dah ideal, berat je yang terkurang :P