16 May 2015

cikgu-cikgu kita

Assalamualaikum semua

seronok sangat bila ingat zaman sekolah dholu dholu. haih, boleh tak sehari nak  menyamar jadi  budak sekolah  balik. ermm ermm


kenangan terindah  masa sekolah, selain bergembira tahap  budak  tak cukup  umur, memories  bersama  cikgu cikgu  tak pernah  luput  dek zaman. walawei, ecah dulu  boleh tahan  femes  dekat  sekolah. terkenal  dengan  skemanya dan raut  wajah  yang comel. puihh

                           budak skema
______________________________________________________________________________________

sekolah  rendah

ecah  selalu  masuk  pertandingan bercerita, pidato , NILAM, ucapan berirama  dan  segala bendalah  yang  membolehkan aku bercakap. Thank  you kepada cikgu  Lily, cikgu iszam , teacher hazirah  sebab  selalu  bagi  sokongan padu. Malas nak cerita, dulu  ecah  tokoh nilam tau. tenyeh hidung*riak, takbur ,angkuh . terserlah keskema-annya.

skema skema pun, aku  boleh  tahan  nakal jugak. pernah  sekali aku  kena ligan(kejar)  satu  kelas sebab  patahkan kuku  kesayangan cikgu sains aku. hahaha. betapa  cuaknya aku  masa tu, cikgu  sains  simpan kuku jari  kelingking, boleh tahan panjang hoi. then  aku  bagitau  cikgu  nak  pegang  kuku  kesayangan  dia.
"prakkkk"

kuku  tu patahhhh weiii tak semena mena.. hahahahah lariiiiii. kelakar gila bak hang. sampai  sekarang  cikgu ingat  aisyah azizon.

kena  rotan? haruslah pernah. especially  subject  math.. Pembaris satu meter tu hahaha hambik kau.
alhamdulillah  masa darjah 6,  aku dapat anugerah terbaik subject math tau. see, kebaikhon kena  rotan . tapi.bila  masuk sek menengah, aku  jadi bebal  math  sampai  ke matriks kot, memang  lemah math. haih benci

aku  syak  sebab tak kena rotan mungkin *usap kening

cikgu cikgu  sekolah  rendah  garang, wuihh  sebab garang tu  jadi  orang sikit sekarang ni. hehe ada yang comel kemain,

cikgu radzi (math)  kalau  nak  panggil aku  mesti dia akan laung macam ni

" aiman ariff ambik buku"
"amira nadiah"
sampai turn aku,
"ecahhhhhh"  " ecah ni haaa kenapa comel tulisan comot sangat"

cikgu saiful (muzik) suka pulak  call aku " ecah ajijon". Tak kelakar hokei. nasib cikgu ensem dan masih ingat ecah. hehe, cikgu  lelaki  used tp panggil  aku "ecah". Riang ria ecah mendengarnya. mana mana akan be like "ecah datang bilik guru sekarang" 

lepas tu ada ustazah  yang  akan panggil aku " siti  a'isyah *dengung sikit " padahal nama aku takda siti pun. cair  hati  dengar. ada cikgu yang sweet sweet letak hadiah bawah meja, tulis wish comel comel. alahaii, sayang sangat cikgu sekalian.

zaman sekolah rendah seronok  tak hingat. sampai sekarang, cikgu cikgu  masih ingat ecah. jumpa mak ayah akan tanya "aisyah tu tak balik ke? " "bila nak habis study kat matriks" *lap hingus air mata. tanpa cikgu, saya mungkin tak jadi macam mana saya sekarang. sobsob

___________________________________________________________________________________

sekolah menengah


SMK Padang Tembak dari form 1- 5, boleh tahan glemer lah aku dalam kalangan cikgu cikgu. bhahaha . aku pernah nangis nangis depan cikgu  mariam, sebab beliau suruh aku  masuk  kelas first (cekal). aku tekad tak nak, sebab aku rasa aku tak boleh nak survive. nah,sampai form 5 cikgu mariam ungkit. padan muka aku -.-

Mr.Khoo(math) pujaan hati, mengajar aku  masa form 3.gigih beliau bagi latihan math supaya aku score A. Sampai ke form 5 kalau jumpa beliau pasti:

" aisyah, you punya math okay?" " you study okay tak?"

ha ha ha my math >_<''

Seterusnya,aku jenis yang sayang apa  orang bagi, pensil mekanikal pemberian cikgu sejarah masa ujian trial PMR. masih aku guna sampai sekarang, jawab pmr, spm semua pakai pensil tu.Now, pensil tu dah retak sebab aku TERduduk dalam dewan kuliah. harem betul. balik hostel terus hentak hentak pintu sedih.

cikgu Fauza, cikgu  kimia  yang baik, tegas, kelakar. hahaha aku pernah jatuh  bangku dalam lab kimia. hahah sebab gelak hilang kawalan. cikgu buat lawak tahap terlentang... aku terhibur dengan semua jenaka beliau.

sayang cikgu semua. cikgu ajar saya erti hidup  dan  tak pernah lekang bagi nasihat. huhu


p/s: rindu arwah cikgu roslina. ;(
_____________________________________________________________________________________

matriks

Dah tak panggil cikgu. tukar kepada pensyarah "lecturer" . masa awal awal aku rasa tertekan sebab aku  tak  tahu status  lecturer tu. ye lah bila nak bagi salam , semua benda keluar

"Assalamualaikum miss, ehh madam, ehh ehhh bonda" 

kekadang sir pun aku terpanggil madam. lempang muka bertalu-talu



dekat matriks hubungan  lecturer  kena jaga sebaik mungkin. selalu berjumpa, kalau boleh tegur la selalu bila berjumpa. Alhamdulillah, kekadang bila terserempak  bukan aku  tegur  tapi  lecturer, lantaran aku ialah gadis rabun yang membajet  tak pakai kaca mata.

"Aisyahhhhhhh" nada ceria siap ada wave wave tangan dari jauh

ehh  siapa tu? - aku *buat bodoh je

"aisyahhhhh awak nakpergi kelas ke ni?" 

ALLAH, madam kimia lah *dalam hati. hentak kepala kat meja lepas tu.

kalau jumpa para lecturers kat cubicle lagi syiok,
"hai aisyahhhhhh" nada ceria
perasaan dia bila cikgu kau excited jumpa kau, tak boleh nak  diluahkan. gembira sangat  bila lecturer ingat kita.

                                                  tak aci, madam nampak lagi muda dari student.

pernah sekali sir sc comp tayang blog  aku  dekat  depan kelas. hahahaha nak menangis aku  nampak  blog ecahwacha dipertontonkan di khayalak ramai. siap baca lagi apa aku tulis,huhu  nak menyorok bawah meja masa tu. hahah kenangan semua ni.


cikgu matriks ibarat macam mak ayah kedua kita,pada merekalah aku luahkan segalanya. family jauh. yang jaga kita lecturers. habis matriks pun,lecturers masih ber-wassap bertanya khabar. indahnya ikatan ini. ;')

_____________________________________________________________________________________

menjejes air mata menaip entri kali ni. pengorbanan para guru  terlalu besar, dengan sistem  yang makin complicated. cabarannya haruslah lagi banyak.Hargai sesangat.

Terima kasih cikgu

Kepada cikgu pra-sekolah skpd,
cikgu sek ren skpd
cikgu sek agama Pulapol
cikgu sek men smkpt
lecturers matrikulasi perak.

Happy Teacher's Day
 sayang kalian sungguh sungguh.

ikhlas dari,
aisyah azizon
(anak muridmu  yang nakal tapi comel)

9 comments:

  1. tetiba teringat masa belajar dulu. rindunye kat cikgu semua. ^^

    ReplyDelete
  2. malunya blog kita ditayangkan dihadapan kelas... adoiii

    ReplyDelete
  3. Wah, advance cikgu. Tayangkan blog Ecah depan kelas pula.

    ReplyDelete
  4. HAHAHA sama. Tang kat matriks tu, kitorang selalu panggil lecturer as 'Cikgu' sebab dah terbiasa sejak sekolah menengah. Kat U baru reti panggil Puan/Encik/Dr./Prof..HAHAHA

    ReplyDelete
  5. semua best2 kan.. tringt plak zaman skolah..rinduu... *lap ayaq mata**

    ReplyDelete
  6. ehh ehh ecah dah hbis matriks? ala ala nape akak xtau ni.. aduhh...

    ReplyDelete
  7. muda madam ecah tu ye.. =D

    ReplyDelete
  8. Salam. Nak tanye. Tau x nama penuh Mr.Khoo. Tq

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~