12 May 2015

Aisyah az :Perubahan di Matrikulasi

Assalamualaikum

sumber google.

Dengan bangganya saya umumkan, ecah az dah bercuti selama dua minggu tapi hampeh mereput dimakan anai anai. tssk tssk, apa yang harus dahku lakukan demi mengisi masa lapang selain TIDUR.

emm, masa aku terisi jua dengan bertumbuk,maki hamun, berperang mulut dengan sarah (my bff dekat matriks). At least otak aku berfungsi demi membidas segala tohmahan dari Sarah. hai sarah ;') walau kita berjauhan, aku harap kau mereput cepat sikit supaya hati aku tak sakit. mihmih


Apa aku merepek ni ,haihh, actually  ecah nak kongsi  perubahan ecah sebelum dan semasa bergelar budak matriks perak. negative or positive?

Makan
Masa makan aku hancur remuk bagai dilenyek lori ais, tak tentu jadual makan .kekadang sesuap nasi nak masuk perut comel ecah pun payah untuk sehari. Gagah jugak cicah biskut dengan air milo tengah malam. mulalah mengelupur sakan bila berat drop 5kg. walaweii tak cool tahu. kalau kat rumah rilek je tambah nasi 2-3 pinggan lepas tu siap ada pencuci mulut.

p/s: bagus untuk mereka yang nak kuruskan badan.sangat membantu bila masuk matriks.


aku sampai dalam kelas pun mengunyah biskut , lapar punya pasal. padahal lecturer perati je aku.

berdikari
basuh baju kurung, t-shirt, seluar ,spender dan lain lain guna tangan je. Washing machine ada tapi kau bayangkan, satu blok ada 3 ketul je bendalah tu, penghuni dia 200++. kalau jiwa kau kental nak tunggu turn sambil kena hamun bila kau potong line, guna je lah w.machine. ecah guna bila nak cuci cadar cormforter je.Namun, kat rumah aku boleh goyang kaki, tunggu washing machine bernenenene (lagu) terus angkat and jemur kain.

masuk matriks baru dapat bina musle sebab berus baju berterusan.huhu

Keyakinan
tak dapat lari daripada kena presentation , jujur ecah memang suka kalau kena present dan mengajar dekat depan kelas. kekadang apa yang aku explen main bedal je tapi entah lah mungkin sebab ecah suka bercakap dan secara tak langsung confident diri meningkat. gituuu, mungkin mak terlebih letak manisan kat mulut masa baby dulu.

Kerohanian
Alhamdulillah, dekat matriks banyak sangat peluang untuk kita tambah ilmu perihal agama. Suggest kalau masuk matriks, mohon pergilah ke masjid selalu walaupun kerja bertimbun cecah lantai.
Best sangat dapat pergi kuliah maghrib, kuliah agama by lecturer  dan tarbiah daripada kawan kawan. Dekat matriks,korang akan rasa semangat nak berjihad tu membara.keluar api dari mata. betul ni tak tipu.

permata dan belian
In term of kawan, dekat matriks baru ecah nampak dengan jelas siapa kawan vs lawan.ecah dah la jenis peramah lepas tu bila ramai kenalan, kau takkan rasa "kesunyian". mana mana kau pergi, ada orang akan lambai and laung nama kau. " Aisyahhhhhh " - kau akan femes sekejap.

yess, seronok tau dapat tengok  variasi perangai students. malas lah nak cerita sebab nanti ecah sobsob. rindu classmates dan roommates menggunung ni. senang cerita,carilah kawan yang betul bukan yang hampeh tahap jebon.

Bergaya
sebelum masuk matriks, rilek je aku keluar rumah dengan muka tak bermake up lepas tu wajibal ghunah berseluar jeans, takda kain kain bagai. dekat matriks hambik kau, hari hari pakai baju kurung  atau skirt  pergi kelas.tak ke haru biru bila terlewat pergi kelas, nak lari tak boleh, haruslah terkedek-kedek kaki kecil ku ini. T_T

muka kenalah berbedak sikit then calit lipstick mak aku punya. Bukan apa, ada kes kawan aku terkejut tengok muka aku macam hantu pergi kelas. pucat lesi.tragis betul -.-''

bukankah sopan dan ayu berbaju kurung. hahaha aku (puple)

Diri sendiri
Hati comel ini makin sado,tak main lah nak bermanja manja. semua benda kena buat sendiri, daripada segala segi sampai aku dah tak kenal diri aku yang dulu. kematangan mengubah segalanya ,ecehh. tapi betulah, matriks mengajar aku untuk lebih bersedia menghadapi dunia luar yang seyogianya penuh pancaroba. walawei ayat espiyemm

korang boleh berangan jadi doc, siap libas libas lab coat tau. eksaited kemahen aku masa first time pakai ni.
So kepada hadik hadik nak masuk matriks, mohon pandai uruskan masa dan Rajin . aku ulang ni Rajin .Siapa yang duk menghasut kata matriks ni susah, tolong sesiapa tibai dengan batang mop.belajar mana mana pun susah dik oi. jangan jadi bangang sangat duk stress memanjang. Kalau nak berjaya, solat jangan tinggal . Kunci kejayaan tu adalah SOLAT. 

sebarang soalan boleh lemparkan di bawah.

sayang enkorang  :)

13 comments:

  1. tuuu diaaa...banyaknya perubahan! hihihi...selamat bercuti 2 minggu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selamat rasanya hehehe thank u sis sally <3

      Delete
  2. serius presentation setiap minggu?! takutnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ikot nasib dear. tak jugakk, depends on lecturer. inshaAllah boleh. you could ask your bro right? dia matrician jugak kan?

      Delete
  3. perghhh - rinduu bdkk ni.. wlaupun xpernah jmpe !!
    kikiki . Jom hangout !! jgn bg alasannn . hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pat pat, bawak ecah jejalan. huhu okay okay tak bagi alasan dah.

      Delete
  4. makan kudap2 dalam kelas perkara biase tu. akk dulu masa belajar lect nampak, buat dek je. hehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. nak buat macam mana. perut dah buat lagu kompilasi album pop rock

      Delete
  5. Betol tu apa-apa pun solat jangan tinggal :) hee

    ReplyDelete
  6. Sampai 5 kg turun. Dahsyat sungguh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis.. tak tipu... kasihani lah diri ini

      Delete
  7. Part last, 'jangan jadi bangang stress memanjang' ahahaha! Saya mmg teringin nak masuk matriks, tapi.. Sebab dulu mak ayah macam tak kasi sangat, dh rasa tawar hati nk ke sana walaupun last2 mak ayah cam kasi.

    Apapun, matriks asasi lebih kureng je. Kalau malas bljr, habislaahh.

    Nnt akak update lah akak masuk univ mana ye, In Shaa Allah mesti akak dapat yg terbaik ^^

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~

Total Pageviews