apa khabar pembaca di Malaysia? acah macam di perantauan sangat.
aci tak kalau kali ni ecah tak mahu buat intro. malas betul kena buat pendahuluan masa ni. haha entri kali ini ecah di-tag oleh my senior in Genetic Sis Najwa Gojes . Baiklah sambil ecah mengkedarah sumi variasi warna dengan ke-jellian berbeza, jemput baca entri kudus ini.
5 THINGS I HATE THE MOST
Satu
Haruslah binatang cokelat, bersayap dan berkaki enam yang memiliki kelajuan tiada tandingnya ketika kudung/tempang. kalah ferrari tahu dia pecut. LIPAS*padan muka aku bold kaler pink!
Dua
Blueticks. Perasaan bila dihadiahkan sepasang bluetick ini sangat sukar ditafsirkan. Boleh buat ecah bertukar menjadi raksasa merah jambu bersama sepasang sayap dihiasi bling-bling. kemahen aku ni. Ecah tak boleh terima patpuluhlimajuta kali kalau kekawan ecah tegarnya membiarkan wassap ecah ditelan arus kasih nan sembilu di zaman moden ini.
'Kau bagi blueticks kat orang lain boleh lak'
ermmm kekadang je lah T_T
Bila ecah tak boleh nak handle masalah yang sebelambak , kalau tolak dengan traktor atok pun belum tentu masalah ecah nak selesaikan sendiri tanpa buat ecah merembeskan air mata nan syahdu. Selalunya ecah rujuk emak, nadia, zati, sarah , akim, aqib ,riduan takpun ameer. sekarang lagilah ecah rasa macam sebelungguk beban plus masalah atas kepala comel ni. mercik ;'(
Empat
Orang guna barang kesayangan ecah tanpa kebenaran dari ecah yang garang ni *muka ketat . Contohnya, Aminah selamba badak terus guna pen kechentaan hati tanpa mintak izin. bila nak pi jamban reti pulak engko mintak izin kat cikgu haa kenapa aminah oi *emosional terlebih*
Lima
' Bila kau nak ada boipren huh dah nak masuk 20 kot blabla' -stranger*gelak sinis dan bunyi kilat*
benci benci soalan tuh-_-''
Sekian terima kasih. Jemput komen hahahaha
anda di-tag oleh saya
abang anas
sis Izzati
sis nad
Mazni comel
Hazy pretty