21 Mar 2014

Kisah Test JPJ ecah az

Assalamualaikum

Sukacitanya, hari ni  ecah ada test JPJ . okei  ada test  kereta  lepas sehari  dapat result . amat bagus  cikgu tu tetapkan masa ya -.-'' . aku dengan muka innesen relakan jiwa  pergi ambik  test.


Tapi. Jangan terkejut  kalian semua. *Eceh skema tahap sepuloh tetiba. Ni bukan test  JPJ yang pertama. aku ambik test ulangan  tau .muehehe (tenyeh hidung tak semena-mena). Uncle ecah cakap kalau  lulus waktu first time ambik , kira   nasib je tu . jawapan nak cover =p


Alhamdulillah. test kali kedua  ecah  lulus  dengan jayanya. tak lah nak jaya  mana pun. Namun,  ecah  dah  boleh   bernafas   tanpa gunakan inhaler. kalau tak,  rasa  isipadu oksigen  makin berkurang  di  ruang udara  nak tunggu  turn.sobsob

Perasaan ecah ala-ala  encik bob span  dapat  lesen  sendiri setelah 421 kali gagal. huhu

Pada  hemat ecah, tak apa kalau gagal test  JPJ . bukankah  kegagalan itu ialah  ujian  hidup? Ada hikmah disebalik semua tu. ecah seyogianya  rasa  down  waktu gagal hari test pertama. tapi. keluarga, kawan dan mr.frisbee  bagi  sokongan  moral  yang  jitu  dan padu.


sekarang  dah  boleh  tido nyenyak  mimpikan  nichkhun oppa. haha*sorry mr frisbee.
lepas  ni  dah boleh  drift  bawak  mak  pergi  pasar .hihi .

p/s : ecah gagal test pertama  sebab tak pakai seatbelt . kepada cucu cicit ecah nanti, ingatlah sebelum  mulakan perjalan pakailah  tali pinggang  .khidmat  pesanan bernas dari  nenek ecah =p

15 comments:

  1. fuyoooo..pasni bole bwk akk jln2 la?

    oit, test xpki selt belt? alasan apakah itu?? hahah :p

    ReplyDelete
  2. Good luck Ecah! :)

    My sister dulu pun failed juga JPJ. Tak tahu sebab apa. Lepas tu dia repeat. Sehari lepas dia dapat lesen, terus dia drive pergi Kedah seorang-seorang. Hardcore bebenor.

    Sekarang ni, dia lah yang paling pro bawa kereta (after my dad, of course)

    ReplyDelete
  3. hhihihi kesian nya chaaaaaaaa hehehe.
    nasibaik mr frisbee ada :PPPP
    hihihi congrats chaaaaaaaaaaaaaaaaaaa <3333

    ReplyDelete
  4. hahaa....lepas ne boleh join drift dah...
    hamboiiiii...jangan mengade ecah..nyawa kite 1 je..bukan nye mcm hp boleh cas balik..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah berjaya akhirnya dapat lesen kereta.. tahniah ecah.. :D

    ReplyDelete
  6. Hi, Taufiq singgah sini ye :)

    Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  7. Saya pun dulu masa test jpj lupa nak pakai seatbelt. Padahal tu benda paling simple kan. Haha

    ReplyDelete
  8. oic!ni mesti kes nervous smpai lupa nak pakai seatbelt..hahaha..tp apa2 pun tahniah ecah dah dpt pun lesen L tu..kak niesa belum lg..hukhuk..ni tgh otw nk blaja..

    click visa dan colgate sini...

    ReplyDelete
  9. tahniah dah dpt lesen. lama akak tunggu nak dpt lesen ni kan, sebelum ni asyik tak lepas je. hihi :p

    ReplyDelete
  10. tahniah ecah.

    lepas ni boleh update gambar lesen pulok.hehe. kenangan tuuu.

    ReplyDelete
  11. Dahh best la lulus jugak . Lepas nie dah boleh berjlan jaoh la kan . Hehe :D

    ReplyDelete
  12. untunglaa. ninaa tk buat pon lesen
    btw tahniahh :)
    nati boleh mari derak klate haha

    ReplyDelete
  13. gagal test pertama sebab tak pakai seatbelt? amboi

    ReplyDelete
  14. congrats dear!
    akak tak amik2 lg lesen.. ada orang tak bagi drive.. TT___TT
    so, lepas grad maybe? hehe..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..
    bolehla bwk yaya g jenjalan pasni kan kan kan...
    ^o^ xpon kita drift sesama..wahahah

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~