17 May 2015

demam dan oppa

Assalamualaikum.

pagi tadi  jalan  kehulur kehilir macam zombi, lepas tu  mak ecah dah  buat  ketuk  ketuk  kuali  kat  dapur.Ecah rasa  tak larat  nak  tolong. Tengok m-countdown  jap sambil tu kunyah  cekodok  panas mak. Allah , memang  layan habis lah. kepala dah berlitup  dengan  tuala  merah  jambuku. nak  melangkah  mandi  pun  aku  malas. aktiviti tidak sihat itu aku teruskan sampai nak habis rancangan.


dah  buncit  perut, baru  ingat  nak  mandi.hehe nawaitu murni aku disekat  dengan kemunculan exo. aku  sambung tengok , remote  b-yond  aku  pegang ulang patpuloh kali  performance exo tadi.

Alahai skemanya, ecah dah chop dua oppa kai dan sehun. yang lain enkorang boleh ambik. huhu. pls not my oppa. euuww gediknya  ecah. puih.

adik  aku  dah  buat  muka  busuk di, jadi sebagai kakak mithali yang sopan santun, ecah mengalah jua. masa nak berdiri selepas  satujamduapuluhlimaminit  aku  duduk, kepala  dah  pening tatahuan hala.Pegang  dahi , panas semacam  tapi  masih  terkawal. Sebenarnya,aku  tak  perasan  yang aku demam. bhahaha itu  je motif  entry  ni. Exo tetap dipersalahkan antara punca  ecah demam .


Patutlah bengun pagi tadi aku  rasa tak sedap  badan. tak syok lah  demam  bila  hampir jadi  birthday girl ni. terus rasa nak sepak laju teddy bear then  telefon  kawan siap nangis nangis , aku dah terlalu lama pendam  rasa sampai demam. teori kawan aku meh.

Thank you ya Allah. Sakit ni kafarah dosa, esok  aku  nak nyanyi happy birthday  sambil bergulung dengan  selimut. huhu

8 comments:

  1. phewittt ! nak nombor boleh ? +)

    ReplyDelete
  2. nak kawan comment pun kena approval, takpe la kawan kan X)

    ReplyDelete
  3. minat kai juga gupenya. saya suka kai dgn chanyeol :p
    semoga cepat sembuh kak ecah. btw happy birthday! takpe kan wish awal sikit hehehe

    ReplyDelete
  4. peminat fanatik korean rupanya ! hahaa
    happy bercuti ;)

    ReplyDelete
  5. salam ecah =D

    alolo demam ye...ni cmne?da ok skit..main ujan la tu ea...
    jaga diri tau..ubt tu makan..lagi,lau demam,jgn tido bselubung..bdn pnas nk kne angin sjuk bru reda skit demam ^,^

    ReplyDelete
  6. Moga sembuh cepat ya Ecah :)

    Akak suka D.O. Eh? hahahahah

    ReplyDelete
  7. Call me baby.. hehe.. Fiza pun kpop lovers tau..

    ReplyDelete
  8. lalalala...kita suka baekhyun... kai , kita suka sikit. miahahaha

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~

Total Pageviews