29 Apr 2014

Perkara menakutkan di sekolah

Assalamualikum readers


walaupun  ecah  tak berapa  nak bertenaga sekarang. rasa nak  menghapdet blog masih membara dalam sanubari. cewaaah . entri  kali  ni tak  bermaksud nak memomok atau  bercerita buruk pasal sekolah. bukan tau.tapi  ecah  nak berkongsi  sikit pengalaman  masa  zaman  sekolah dolu dolu. haha.





1)  pemeriksaan  gigi
bukan aku okei. jangan  salah paham. hehee -google


aku  memang  sejak  kecil  ada masalah  gigi  rongak ngak nget. akibat  mengunyah  gula-gula  secara  berkala, ini lah padahnya. so sampai ke besar, gigi  memang  tak perfect baq hang. tak boleh  berangan jadi  model  iklan gigi  macam kak fazura tite..

   " ingin menjadi  model iklan, haruslah memiliki gigi  yang putih berseri", kata fazura.

deep -.-'' terngiang-ngiang kat  lubang  telinga sampai termimpi tahu. dari sek rendah  sampai  sek men. nampak je  ada budak  datang  kelas  sambil  bawak kad kaler hijau.  hatiku  dah pasrah. memang tahu nama aku ada untuk dipanggil. misi kat sekolah  macam aim aku je tau. dah bape ketul gigi aku kena cabut. bencii tahu. nasib  misi-misi tu tak cabut gigi arnab kesayangan keluarga ni. bagi  aku  ni  paling menakutkan  di sek. tssk tssk.

2) histeria

rasanya  perkara  ni  "normal" di sekolah-sekolah. tak kisah lah kena rasuk , kacau atau  jelmaan syaitan. benda ni dah tak asing berlaku di sekolah kan?

sekolah ecah pun tak lari dari  gangguan ni. ecah pernah  nampak  depan mata budak histeria. berlari-lari satu sekolah. sangat  menakutkhonn. kami  diminta supaya  kuat  dan membaca yaasin setiap  hari jumaat.Antara  cara  untuk melindungi kami semua  daripada gangguan syaitan di kawasan sek.
cerita hantu  jangan  cakap lah. bak cikgu  atau murid, ada je nak kongsi cerita. padahal aku dah mengeletar  kepala lutut dengar -.-

3) dipanggil  guru disiplin

pernah dipanggil sekali , serius mengeletar macam  terkena Parkinson tetiba. walaupun aku tak penah  buat  salah.cewaah. perasaan takut tak boleh dibendung.


4) sembahyang sorang-sorang di surau.

di no 2, Korang dah tau aku ni penakut  tapi comel. hehe. benda ni berlaku  tahun lepas, solat zohor  semasa hujan dan petir  menamaniku di surau . Sejujurnya, solat  memang  tak khusyuk sebab  rasa macam  ada  "benda"  tengah  pandang aku  dari  belakang. terus blah  dan memang  tak pandang belakang. 
ustazah kata maybe jin  islam berada dalam surau tu.ramai  yang pernah rasa. hurmm. kesimpulannya, aku solat kat rumah je  dan berusaha mantapkan iman.

5) lupa  bawak buku / datang lewat

memandangkan  rumah dan sekolah hanya 500M. tak sampai tujuhminit pun berjalan .haruslah hadir masa gate dah nak tutup kan dan  peratus untuk aku mungkin datang lewat 98.95678% .Namun, Alhamdulillah. sepanjang  aku bsekolah ,sekali je pernah kena tulis nama. bangga sekejap.

seterusnya, kau  tahu  cikgu kau garang gila  dan memang  pantang  bagi beliau pelajar tak bawak buku. tapi tetiba kau  lupa bawak  buku masa hari tu ?? Kau akan rasa  kau lah manusia  paling  malang  -.-'' .rasa takut  memang mengunung .tapi. lantaran  rumah  dan sekolah  dekat, ecah call ayah  suruh  hantar  buku. nasib baik cikgu  paham .fuhhhh.. terima kasih appa ^^


tu je lah kot  yang  ecah  boleh shared  pasal sekolah. rinduunyaaa nak  pergi sekolah. tapi tak nak masuk form 6. erm ermm.. nak jadi hakak-hakak u lepaih ni. =')

saja  tempek  gambar  sebesar alam. suka hatilah kan. haha.. sayalah Aisyah az -18-

p/s : demam melanda diri. gigih jugak  taip  entry.

terima kasih sudi baca

28 Apr 2014

Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday.


Bismillahirrahmanirrahim.
Sempena genap setahun usia  babies kak Yana  ni a.k.a Max & Bella pada 16 April 2014,
Kak Yana anjurkan Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday. *applause

klik  banner untuk join GA ni tau !

comel  gila  kann..aiyoo tengok  pandangan  mata mereka  dua. ahaks.mengoda sungguh. melting  hakak  ecah tau >_<

Bukti :



Wish  me luck tauu . Hehe. thank u uols =)

24 Apr 2014

GA cuci lemari by mamamursyid.blogsport.com

Assalamualaikum ,

hari ni  hujan memanjang. sejuuuukk. Alhamdulillah. Selain itu, ecah tertarik  join  GA by mamamursyid . tengok  tajuk GA pun  menarik sangat .

Bismillahirahmanirahim,
                         
http://www.mamamursyid.blogspot.com/2014/04/ga-cuci-lemari-by-mamamursyid-blogspot.html
klik  banner  untuk  join GA ni
 Meh  ecah  nak  jawab  soalan  yang diajukan oleh mama  mursyid:

1) Nama  anak beliau : Ahmad Mursyid Bin Ahmad  Khushairy

2) Pekerjaan beliau : seorang guru 

3) ukuran  jari kelinking : ecah tak tahuuuu.huwaaaa T_T. ikot firasat  ecah kan --> 5.3cm 

Tarikh tutup : 16 Mei 2014 (abaikan  tarikh kat banner) tuan tanah nak bercuti sat =)

Terima kasih

21 Apr 2014

Qalam band . siapakah?

Assalamualaikum uols

"Tak ada yang bisa mencintai diriku
Seperti kau mencintaiku
Tak ada yang bisa mengerti hatiku
Seperti kau mengerti aku"

Sape  pernah  dengar lagu  Rintihan  kalbu by  Qalam band. angkat  hidung  sekarang . hikhik. banyak kali dah lagu  ni berkumandang  di corong  radio  era.fm . tapi . sampai  ke sudah ecah  tak  tahu  penyanyi  dia . Yang  ecah  tahu  ada rafidah  ibrahim ft sekali. muehehe. search  gila nak mati  kat utube. at last  - Qalam band -.-''


first of all, ecah bukan manager or  someone yang  dibayar  untuk promote  band  ni. bukan ok bukan -.-''cuma kan .. kan. ecah  dah  jatuh  terguling-guling cinta   dengan group ni . hemohemo

Para pria/jejaka  Qalam band.. huhu _


lead vokalis                      - Erfan  zainol
vocalist & lead guitarist  - Faizwan  Farman
Guitarist                          - Wan  Mukhrizad
keyboard                         - hanif
Drummer                        - Alias
(rembat  di blog putera)

Dorang  ni muda-muda  lagi tau. ada yang masih  student  dan ada  yang  dah tamat  sekolah. kira  belasan  tahunlah. lantaran  minat  yang  mendalam  menyanyi, tertubuhnya  Qalam band.  rasanya  dari  2010 , mereka  yang kacak  tampan  lagi  talented  dah  mula  bernyanyi  bersama . cuma  nama band berubah tahun demi tahun.  semoga  Qalam  band  terus  berjaya  seperti  band lain -  6sense  dan  hujan . huhu. aku  dah  macam mak  joyah (wartawan  hiburan  tak berbayar) -,-''
                  

                    

sekali  dengar  siapa  sangka  yang  mereka  sebanarnya  remaja  belasan  tahu  yang  sungguh  talented. lagu  paling hits - Dilamun rindu

fb :https://www.facebook.com/QalamBand/app_2405167945

p/s : mula-mula  dengar  lagu  dekat  radio,  aku  ingat  dorang band dari  indon. ghupenya dari  Malaysia ^_^  syabas  kerana  buat  ecah  terpedaya  dengan  kelunakkan  suara  hampa semua =)

18 Apr 2014

Kisah Aisyah Az di IPG Part-2

Baca part 1 dulu  kalau  mahu  pemahaman yang  lebih  jelas.
. . . . .

Ujian  bermula pukul 8.15 pagi , limabelasminitduapulohsaat sebelum tu kan. ecah call tanya  ayah  dekat  mana.
                                                        "Ayah  baru  sampai  rumah " 

jawapan  ayah  buat  ecah  retak  berbelah  ribu. memang  tak  sempat  lah  ayah  nak hantar  kat  ecah balik . pasrah . fuhh. nampak  tak, pengawalan  emosi   di situ.

pelbagai  aral  melintang  membujur  untuk  ambik test  kali ni. menyesal  sebab tak check betul-betul =') tuptup... pensyarah  buat announcement sebelum masuk  dewan.

 " Para calon , sila bawak IC , Slip  kehadiran  dan  surat panggilan  bersama ke dalam dewan ."

surat beranak  ??? -aku


ecah  tak  tau nak gambarkan  betapa  gembiranya dan syukur  amat kepada  Allah swt. sebab they  didn't ask  for  surat  beranak !!!  ecah  tanya dekat  pensyarah tu  untuk  kepastian. "tak da surat beranak  pun  tak pe ea? " and he said  " tak pe, yang  penting IC tu"

even  aku  menyampah  tengok  muka  kat  IC aku tuh,  ia sangat  berjasa  =)
terus  call ayah  cakap  tak payah  hantar sebab  surat beranak  tak diperlukan.

"Ya  Allah, Alhamdulillah kerana permudahkan urusan  hamba-Mu  hari ini" 
semua  berjalan  dengan lancar . satu jam ujian bertulis  dan  lepas  tu  terus  ujian fizikal.
muehehe. nebes hoi  nak  masuk  gym room tu.

antara  aktiviti  yang  setiap  calon kena lalui :

-check BMI
-Bangkit tubi
-lompat quadrant
-kilas sisi (40 kali) lulus full mark ! fleksibel jugak pinggang aku ni
-dan larian bleep. -almost thrown out -,-'

berpeluh  nau ecah lepas  ujian fizikal. tudung memang selebet lah. 
with Aliah (my school mates) ada gang . yeehaa =p

yeahhh bukan  senang  nak  jadi cikgu .cramp  satu badan semalam. huhu. lepas  ni  kena  jogging  2minit dua kali  seminggu. lagipun, ecah  memang meminati bidang  pendidikan, masa  sek rendah  dulu  bercita-cita  nak jadi ustazah tau. kemahen kan aku? sebab ustazah  ecah masa tu, baik  sangat   hehe.

ada  yang  tanya: 
berani  ecah  naik motor dengan stranger?

jawapan :  sakit  perempuan  ecah teruk  masa  hari tu ( senggugut ) gigih  nak ambik exam , ecah  setuju pak cik guard tu tolong hantarkan.jalan kaki tak larat =(  my first  time dalam hidup, naik dengan stranger. ecah naik  taxi  pun tak pernah. pathetic bukan?

terima kasih atas doa kalian . by now, tunggu surat  pangilan  interview =)

happy ending huh?
-the end-

17 Apr 2014

Kisah Aisyah Az di IPG Part 1

Assalamualaikum hakak-hakak dan abam-abam.

16 April 2014

Pada   pagi  yang  indah  , ecah  bersama  ayahnya  menuju ke IPG Kampus BM menaiki   pacuan empat  roda . seawal 7.20 pagi  tiba  di hadapan  IPG tersebut, ecah ingat  dialah calon terawal  sampai  kerana  keadaan senyap sunyi.

ecah  mula  memeriksa  semua  dokumen yang perlu  dibawak  bersama :

  1. IC ( walaupun  aku  nyampah  tengok  muka  aku  kat ic -,-' aku bawak ok) checked
  2. slip  kehadiran (checked )
  3. surat panggilan (bereehh !)
  4. surat  beranak ( tak  bawakkkkkkkkkkkkkk !!!!) 


and i was like blank  for awhile, manaa  surat beranak aku . huaaa.. i told  my dad  yang i forgot to bring along  my surat beranak.
 reaksi  ayah

"Kenapa kau tak bawakkk (dengung sikit) wahai anak ku intan  payung ?"
- encik azizon berkata  dalam hati .huhu

i'm almost crying because i tot  tak  boleh  nak  ambik ujian. hati comel  bagitau , 
    "aisyah, kau  nak jadi  cikgu kannn. so  kawal  emosi kau."

Alhamdulillah terus  jiwa jadi kental. ayah  tinggalkan ecah  sorang-sorang  depan  pondok guard sebab  ayah  rempit  balik  nak ambik  surat  berghanakk gua. tragis ;(
                   

dan  taddaaaaa,  aku  duduk sopan  santun  dekat  tepi  pondok guard. Pak cik guard  tetiba muncu,

"ehhh  ni  nak temuduga  cikgu kan? bukan kat sini  dik. tempat  dia  atas  lagi. "
 
 haaaaa.. jauh tak  kalau  saya  nak  jalan.

jauhlah jugak, berbukit ni.

 tidak  mengapa pak cik, saya tengah  tunggu  ayah  saya  ambik surat beranak .
 (jujur dan sopan tak aku?)

pak cik tu  menjalankan tugas  dia  semula , tunjuk jalan  kat kereta  lain  yang salah masuk. mostly ingat  tempat ujian kat situ tauu T_T

10 minit  passed ,

 biar  pak cik hantar  awak lah  ke tempat tu. call ayah bagitau .

owhh okey-okey.
(aku  terdesak time ni )

aku pun membonceng lah  dengan  pak cik guard tu. angin sepoi-sepoi  bahasa  menampar  muka ku.
bayangkan aku naik dengan stranger. kecut jugak. tapi  i  put my trust on Allah. 

Alhamdulillah  pak cik hentikan motor dia depan-depan  pintu pendaftaran. hahaha. budiman sungguh  pak cik tu. rasa nak  nangis meleleh hingus kerana  terharuu  atas  pengorbanan pak cik. tssk tssk

Pak cik, u're my superhero . semoga  pak cik  sentiasa  dirahmati Allah =')

 adakah  aisyah az sempat  mengambil ujian  or ayahnya sempat  menghantar surat beranak  ?

  to be continued  part 2... jeng jeng jeng .




14 Apr 2014

Mini gathering for bloggers -2014

Assalamualaikum uols

ehem ehem. eksaited  kemahen  nak bagitau  pasal  gathering ni. ye lar, sebab ecah tak pernah  join gathering ni semua . perasaan teruja tu tak boleh  dibendung dalam  kotak hati comel  lagi.

huhuhu.


tempat : Flora cafe , AmpWalk
tarikh : 1 May 2014 ( public holiday !!)
masa  :  12.30 - 3.00 pm

organizernya  yakni  Kak Bella  siap  berbincang  dengan manager  dia  tau. dah lah  tempat dia cantik  kemahen, bunga-bungaan memenuhi  empat  penjuru  alam  flora cafe.  dah nama  pung  flora kan. memang  sesuai  sangat  nak dijadikan  tempat  pertemuan  para blogger  untuk  berlaga pipi , berkenal-kenalan , berselfie  sampai  bar bateri fon  tingal seketul. hihi.


       

ecah  pernah  tengok  flora  cafe ni  dalam  drama  Ariana  Rose. sumpah  rasa  nak nangis  tengok  decoration  cafe  ni indah  amat. hihi. dah  siap  sepahkan lemari  cari  baju  untuk  gathering even  lambat  lagi.

buat  masa ni  dah  ada  5 orang  kompom  nak join . Antaranya  cik Qilahehe , kak Niesa  serta  kak  bella. anyone  yang available on that  day and  kalau  nak  berkenalan dgn  bloggers , boleh lah tinggal kan url  kalian di comment  form ecah.

                                                                         Atau

silalah  terjah  belog  Kak Bella  untuk  maklumat  lanjut  mengenai  event ni. Lagi  ramai  lagi  meriahh. huhu. PM / inbox  beliau  cepat-cepat  tau .

FLORA CAFE (AMPWALK) 
Ground Floor,The AmpWalk 218, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Always open

Phone: 03-2161 8010 / 03-2181 0986 (mel)

Email: florakafe@gmail.com

Website: http://floraetc.blogspot.com/


p/s: dapat  jumpa  Qiela  lagi  lepas ni. oh yeahhh !! kangen  bangatt sih =)

12 Apr 2014

Doakan ibu saya

Assalamualaikum kalian ,

ecah  tak mintak  duit  hampa  semua, nak  minta  empati  atau  pun  muke  seposen. cuma  Doa sahaja  yang  ecah  perlukan  untuk  bonda  tersayang.

tapi.

bukan  ibu  kandung  yer. tapi  cikgu  ecah. Cikgu Roslina  AZ . beliau  mengajar  subjek  BM  since  form 4  smpai  pertengahan  bulan 4 (2013) kot . menghidap  penyakit  kanser servik  menyebabkan  guru  yang  ecah  anggap sebagai ibu, terpaksa  mengambil cuti  yang sangaaattt  panjang.

Gambar last  year, bergerombolan melawat cikgu sampai  tak muat ward. cikgu nampak hepi smpai snyum ke kening. hee. waktu kami nak balik, cikgu  macam sedih T_T. terus  rasa nak bermalam secara berjemaah kat hospital. tssk tssk


sebak  bila  dapat  tahu  yang  selama ni  cikgu mengajar  kami  sambil menahan  sakit. seriusly  kami  tak perasan  sebab  cikgu  nampak  ceria  sokmo. sobsob. besarnya  pengorbanan beliau.


beliaulah  jugak pendengar  terbaik kami , guru  kelas  yang  kretif , kuat  serta  tabah orangnya. Sinar  kelas  5cekal  semakin  malap selepas  ketiadaan  cikgu  kat sekolah=(

kami  maafkan  cikgu  even  cikgu  tak pernah  buat  salah. though beliau  berlawan  dgn cancer. she used to  update bout  teacher's prob  and  about  school. terharuuu  jiwa  guru ;(

semalam  ecah  dapat  tahu  keadaan  cikgu  roslina semakin kritikal . she's  now fighting  for cancer (stage 4)  cikgu  dah  tak boleh  nak bercakap. Ya Allah , Kau  kuatkan lah  semangat  guruku ini.  Sedekahkan  Al-fatihah  dan doakanlah buat  bonda kami. Semoga Allah  memberkati  kalian.

kami cuba gembirakan cikgu . Alhamdulillah, most 5C dapat  BM  A+ in spm . ini lah  hadiah  kami  untuk  cikgu. kalau  lah  cikgu  baca  blog saya ni. Haruslah  cikgu  tahu, kami  amat  sayangkan  cikgu . Our prayers always goes for u cikgu.

kelas  kami  menang  anugerah  kelas terbesih n cantik gila banyak kali  tau tau. cikgu roslina lah  yang buat  skirting kat meja. idea macam-macam, gigihnya  beliau  tunggu  sampai  petang nak hias kelas sesama. missing u cikgu !!!!! _

p/s : sayangilah guru anda =')

10 Apr 2014

Lazada boleh dipercayai?

Assalamualaikum

ecah memang  desperate  gila  nak beli  pendrive  dan keyboard protector. terdesak  tak ketahuan  hala. brr.. then  gegedik bukak  page LAZADA.  geram  tengok  harga  barang  semua  murah-murah  hoi. haha.


macam-macam ecah  tekan  and  masuk  cart. hampir  rm 300.00. tersembul  bijik  mata  tengok  pehal  mahal  sangat  ecah  pilih ni. bayangkan ecah klik blender  lepas tu  ada vacuum.  tak leh  nak  cakap apa lah. macam mak-mak  je pilih  barang  elektronik. T_T


Padahal  matlamat  utama  yakni nak keyboard protector(KP)  dan  pendrive  je tau. So ecah  buang la  segala  jenis  mak nenek  yang  ecah  dah pilih . sedeeehh tau  tengok blender  kaler pink tu ;( nak  beli!!

jumpa  bah  pendrive nano  rm 13.90 (diskaun  banyak wei )  dan  KP rm 7.00 = total rm35.90  termasuk  shipping.


ecah  pun happy  lah sebab  murah  gila kann. lazada  ni  bagus  tau. kalau  dah shipping, dia hantar  email then  call kita  tanya boleh  buat  penghantaran sekian sekian. ecah  order hari  khamis. tuptup  hari  selasa  dah dapat pun  dan  hari  ni pulak dapat  pendrive. asing-asing hokei.

yang tak bestnya, harga dia  dah  tak sama . huwaaaa -.-  terkejut  berok ecah. KP bertukar jadi  rm 14.50  dan  pendrive rm28.90 . total  semua  rm 45.40 . dah kenapa total  harga  dia  lain?

hal  ini  termasuklah service, shipping n blablabla.. so  janganlah  korang  eksaited  kemahen  bila  tengok  harga  barang  tu murah  gila. sampai 50% discount. sedangkan  ada  shipping  price  sekali nanti.

in a  nutshell,shop online LAZADA  boleh  dipercayai. siap  hantar sampai  depan  rumah. Korang  bayar  bila  barang  tu dah  sampai, dekat  abg posmen tulah. tak  payah  bank in bagai.original ! i'm quite satisfied =) just  benci  part  abg  posman  tu  panggil  gua  "kakak". i'm sweet 18 okei .

p/s: keyboard ecah  dah  ada  baju !! yeehaa

4 Apr 2014

Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah

Assalamualaikum,

alhamdulillah hujan lebat  di KL. huhu. sejuk hati  melihat titisan hujan  membasahi  lantai  bumi . acehh, sastera pulok.  waktu  tengah senggang ni, ecah  tertarik  nak  join giveaway by sistah afiqah (one of my senior in blog.) orang  terawal  yang  ecah  kenal  dalam dunia  blog ni tau tau.

                           
klik sini  untuk  join =)
                            

Hadiah  dia  menarik  sangat. antaranya lilin haruman (betul ke sebutan tu. lantaklah) . kalau ada rezeki  menang  boleh  bakar  lilin tu dalam  bilik. semerbak  je gituu  bak berada di spa !

tarikh tutup  : 14 April.

 so apa lagi guys. sila  join giveaway by bride-to-be, dear kak haneulafiqah . klik  sini Giveaway =)

Aisyah Az dalam dilema.

Assalamualaikum  kalian  yang kacak  lagi  cun

Hilangggggg . silalah  pasang  lagu najwa  latiff sekarang . ecah  menyendiri  untuk  beberapa dekad  hari  kerana  mood yang taktahuan hala. penat  pikau  pasal  bendalah ni.

Ecah tengah konfius  fikir nak  pilih  boyfriend  yang  mana  satu. hoho

choi tae joon oppa ke


     or
 abam  aaron  aziz.. hehe.

okei okei.. waa gurau je.  bercinta  lepas  nikah  lagi high class kan. tak main lah ada boyfriend ni kan -.-''. boooo !

sebenarnyaa..
ecah  pening  nak pilih course  apa  untuk further  study nanti. ecah bertapa tujohharisembilanmalam  kat  gua lemari  sebab  nak  pikir  benda tu aje. tipu sikit aci kan. bidang  yang paling ecah  nak  ialah farmasi... Sekarang  persaingan sengit bengit gila. tak  tau  boleh  dapat  ke tidok. *benam  kepala kat bantal  busuk  tujuh keturunan. ermm ermm.

patutkah  ecah  sambung  misi  pertapaan   kawan-kawanku  sekalian?? hehe. self-esteem ecah  pulak  tak menentu  sekarang. aihh.. Ya Allah, aku bergantung  segalanNya  pada Mu. doakan  ecah sekali tau.

terima kasih  sangat  yang sudi  klik-klik banner nuffnang  ecah. sayang kalian


Total Pageviews