3 May 2014

Tenanglah bonda di sana ♥

Assalamualaikum,

hujan  lebat  membasahi  lantai  bumi  diiringi  paluan  guruh  dan  kilat  yang kuat.bumi seakan  turut  sedih  serta  hiba  kehilangan  seorang khalifah  Allah, pergi  meninggalkan dunia  yang  fana.

3 Mei 2014 /  3 Rejab 1435 Hijrah

Allah  telah menjemput  bonda  tercinta , Roslina Abdullah Zawawi kembali  menghadap-Nya. Pemergiannya  cikgu  cukup  mengejutkan  kami  semua.

"cah , aku nak bagitau sesuatu  pasal  cikgu  roslina " liena  menelefonku pada pukul 16:56.

Hati ecah mula  berasa  tidak senang. dup dap dup dap .

   " cikgu  dah  meninggal... sobsob" suara  liena menahan  sebak . innalillahiwa'iinalillahiraji'un.

Allahuakbar. aku  menangis semahu-mahunya. bukan kerana  aku  tidak  meredhai  permergian beliau tapi  kerana insan yang  aku  sayang  terlebih dahulu pergi  menemui  Pencipta yang Agung. Malah  ada  sekelumit  perasaan lega lantaran  cikgu  telah  banyak  menderita di dunia, kini  cikgu  dah  boleh berehat  selamanya.
  
baca  kat sini  kalau  nak tau  kisah  bonda 5C

Warkah  buat  bonda Roslina Az ,

Salam  penuh kerinduan buat  bonda  yang dikasihi , Roslina Az. Masih  ingatkah cikgu pada anak  murid bernama Noor Aisyah Azizon ? Sungguh  aisyah  berharap  dapat  berjumpa  dengan  cikgu  buat  kali  terakhir sebelum  cikgu  meninggalkan dunia. Namun, perancangan  Allah  adalah  yang sebaik-baiknya. Di saat  hati meronta  ingin bertemu  denganmu. Kami  diberitahu  keadaan  cikgu  tidak mengizinkan kami  untuk  bertemu  di HKL. Aisyah  pasrah  dan  tidak  lupa  mendoakan  cikgu dari jauh.

Terima  kasih  atas  pengorbanan  cikgu  mengajar  kami  walaupun cikgu  sedang  berlawan  dengan  penyakit  yang masih  tiada  ubatnya. andai  kami  tahu penderitaan  cikgu  lebih awal, sudah  tentu  kami  akan membiarkan  cikgu berehat  tanpa  perlu  berdiri  terlalu lama  di hadapan  kelas. andai  kami  boleh undur masa, kami  tidak akan sesekali  menaikan  kemarahan cikgu. kami  sedar  bahawa  terlalu  banyak kesalahan  yang telah dilakukan  sepanjang  kita mengenali  antara satu sama  lain. mohon  maafkan kami wahai  bonda .

bonda tersayang,

me (pink) with cikgu

terlalu banyak  kenangan  manis  kita kongsi bersama. walaupun kenangan itu  seakan  kabur  dari  fikiran  tapi ada beberapa  moments  yang  aisyah  ingin kongsikan malah masih segar di ingatan.

cikgu  ingin melawat  puteri  yang kena demam denggi. cikgu  amat risaukan kesihatan  anak murid  cikgu, aisyah dapat  rasakan kegusaran  cikgu .banyak  kali cikgu bertanya  pasal  puteri dan ingin melawatnya.Saya, arina dan tasha volunteer  nak teman cikgu  melawat  sahabat  kami.SubhanAllah cikgu sangat  prihatin dan penyayang. cikgu  siap  belanja  kami  makan bihun sup utara  dan cendol di setiawangsa (berhadapan sekincan).sangat santai.. makan di tepi jalan sambil angin  turut  meraikan kami. halalkan makan minum yer cikgu ='). semasa  dalam perjalanan pulang, baru  cikgu cerita kepada  kami mengenai  penyakit cikgu. cikgu mengalami period  pada jangka masa  yang panjang  (cikgu tak cerita  pasal  kanser sebab belum tahu  result  dari check up) lantara doktor daripada india belum sampai.  Allahu Akbar. kami  mula  risaukan cikgu. terutamanya  cikgu terpaksa berdiri semasa mengajar.

Aisyah ingat  lagi  saya , cikgu ,arina dan liena stay di sekolah sampai pukul  7 sebab  nak hias  kelas. pasang skirting, langsir hand made. hehe  dan  tampal wallpaper di boards . penat lelah  itu berbaloi  tau sebab  kelas  kami  banyak kali dinobatkan juara kelas tercantik dan terbersiihhh,kesuluruhan bagi tahun 2013. kami  ajak cikgu beli barang-barang kelas di big aeon then cikgu belanja makan lagi. baiknya cikgu. Tanpa  idea  cikgu, belum tentu  kami  dapat  meraikan kemenangan  yang amat  indah.
rindunya  saat  kita bersama ,cikgu.


Masya-Allah .. sungguh  aisyah rindukan  semua perkara mengenai  cikgu. kalau aisyah tahu cikgu bakal meninggalkan  kami secepat ini, akan ku  hargai  setiap  detik  dan saat berada bersama cikgu. tapi semua  itu cuma "kalau" =')

wahai bonda tercinta ,

aisyah yakin semua perkara  yang terjadi  ada hikmahnya. pemergian cikgu  menaikan  semangatkami untuk  terus  menuntut  ilmu hingga ke liang lahad. setiap nasihat dan didikan akan kami praktikan sepanjang hidup. insyaAllah, kami berusaha  menjadi  insan yang berguna di dunia dan akhirat. cikgulah yang terbaik. editor majalah yang sangat  kreatif  dan insan yang selalu  berfikir jauh mengenai  anak bangsa. Jasa  dan pengorbanan besar  cikgu sebagai pendidik   sangat berbaloi.akan kami kenang  sampai  bila-bila . hadiah  grad A  dalam subject BM spm mungkin  bukan  pemberiaan  yang mahal  dimata dunia  tapi  kami berharap  cikgu gembira akan keputusan kami.


terlalu banyak  yang  ingin ecah kongsikan di sini, namun tidak akan ada kesudahannya. Izinkan aisyah  meletakkan noktah  pada  warkah buat mu bonda.Tangisan  kami sebenarnya  perasaan syukur  kepada  Allah  yang  Mencipta  dan Memiliki  kita.Kini  cikgu telah pulang ke pangkuan  Pemilik  Yang Maha  Esa. Semoga  damailah  cikgu di sana  bersama  mereka  yang mendapat  redha-Nya. terima kasih cikgu!


Kita  akan  bertemu  kelak  di  alam syurgawi dalam  kehidupan  yang kekal abadi.Setangkai  doa  dan Al-fatihah  terus  kami kirimkan. Tuhan lebih menyayangi  dirimu.. kupasrah  di atas  kehendak  Yang Esa. Al-Fatihah

Salam kerinduan dan sayang,
 Nur Aisyah Az (commercial name ni actually curik nama cikgu .hihi . "AZ ")

♥-♥-
ecah  tak  kisah  kalau  korang tak nak baca /komen entry istimewa ni. entri  just sebagai  tanda  ingatan ecah  terhadap bonda  yang  disayangi. tulus ikhlas ecah  menaip  sambil menahan sebak.

sementelahan itu,
terbaca  PM antara  kami berdua, tak akan aku  padam  perbualan ni sampai  bila-bila :


klik gambar untuk  tumbesaran sebesar  cinema

Namun ,ecah  ada  rasa  kesal  kerana tidak  dapat  bertemu dengan cikgu pada tahun ni.rancang macam nak rak tau. last sekali  kami  tak dibenarkan melawat. Ecah nak berikan button badge 5C yang baru siap sebulan lepas. tapi  sekarang  ecah  akan  simpan  ketat-ketat =)

 

Di saat ini, jasad  cikgu  masih  dalam perjalanan pulang ke kg halaman di kelantan . Semoga dipermudahkan segala urusan pengebumian . Allahu ..sedihnya  masih tak dapat dibendung. walaupun  baru  kenal cikgu  setahun lebih je. bulan 4 2014 cikgu dah stop mengajar . rasa sayang sabagai pelajar dan guru tak akan terpadam. 

InsyaAllah kita  berjumpa di syurga ya cikgu.. ^_^

betul.. mati  itu pasti! sayang cikgu sangat-sangat !! ^^
Semoga  bonda ditempat dalam kalangan  orang  yang beriman dan soleh =)

terima  kasih  kepada  blogger yang  doakan  arwah cikgu ecah  .May Allah shower His blessing upon uols.

semasa graduation. cikgu gigih  datang  walaupun sakit. *lap air mata T_T

34 comments:

  1. Salam takziah~ semoge tenanglah arwah di sane. Alfatihah..

    ReplyDelete
  2. Sabar ya Aisyah. Insya Allah, syurgalah balasan cikgu Aisyah ni.

    ReplyDelete
  3. innalillahhi wa innalillahi rajiun. setiap orang ada syarat untuk mati iaitu hidup, kak ecah. semoga kak ecah tabah and my condolences are with al marhumah's family.

    ReplyDelete
  4. walaupun sakit masih tersenyum, subhanallah..

    salam takziah daripada akk...sakit apa ni sebenarnya aisyah? cancer rahim ke? sorry kalau akk tanya....

    semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman dan solehah...

    kuatkan semangat ya ecah... :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpelah kak ika.hurmm arwah suffered cancer rahim stage 4.

      Trima kasih tau kak ika ;')

      Delete
  5. Takziah ecah.. Semoha cikgu ecah tergolong dalam golongan org berimam..alfatihah

    ReplyDelete
  6. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman,amin.

    ReplyDelete
  7. sedihnye baca entri ni.
    doa sedekah banyak-banyak kat arwah.
    tetiba teringat kat my students.

    ReplyDelete
  8. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang beriman.

    ReplyDelete
  9. entri ni buat saya rasa sayu :-(
    semoga tenang di sana

    ReplyDelete
  10. sedihnyaa.! al fatihah..
    meremang bulu roma akak bla baca..
    teringat entry lepas..
    Semoga aruah tenang di sana, aminnnn..

    ReplyDelete
  11. takziah ecah... tabahkan hati ye. InsyaAllah bonda di tempat kan bersama org yg beriman

    ReplyDelete
  12. sedih la baca entri nie. . :(
    semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. . :')
    al fatihah. .

    ReplyDelete
  13. al-fatihah :') semoga arwah ditempat kan di kalangan orang beriman. Amin

    ReplyDelete
  14. salam takziah tuk keluarga cikgu ecah and ecah... tabahkan hati. sesungguhnya mati itu pasti cuma kita tidak tahu bagaimana dan bila.

    ReplyDelete
  15. sedihnya baca...Cikgu umpama mak ayah kita, nak orang kedua terdekat.. Al-fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  16. Allah .. sayu hati .. Al-Fatihah . ecahh sabar ye :')

    ReplyDelete
  17. al fatihah utk bonda... semuga dia dlm rahmat Allah...

    ReplyDelete
  18. alfatihah buat cikgu ye...semoga surga hadiah buatnya...ecah kuatkan hati ye :')

    ReplyDelete
  19. al-fatihah buat cikgu cha.. jgn sedih2 ok.. bykkan doa utk dia :)

    ReplyDelete
  20. sedihhnyaaaa..Allah lebih sygkan arwah ecah..semoga tabah.. Alfatihah.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak niesa tag ecah ye
      http://niesa-lovecrew.blogspot.com/2014/05/liebster-award-by-pha-is.html

      Delete
  21. sedihnya.. harap ecah & kawan2 tabah ye?
    besarnya pengorbanan cikgu ecah kan? Allah lebih sayangkan dia..

    ReplyDelete
  22. echa...sabar ye dear...sori..akk bru tau..moga bonda echa ditempatkn dikalangan org beriman..byk kn alfatihah ntuk cikgu echa tu ye.

    ReplyDelete
  23. alfatihah dan salam takziah
    rasa mcm bru aje baca kisah cikgu ni dlm entry ecah.

    maknanya ciksu smpat buat operation tu ke tak ye..

    ReplyDelete
  24. tersentuh hati bace kisah nie.. hurmm.. :( semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman..aminn.. al fatihah~

    ReplyDelete
  25. Sedih k nrl baca coretan ecah kali ni... :(
    Alfatihah buat arwah... Semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  26. Alfatihah buat arawah juga...
    sabar ye..iringkan dengan doa yg banyak buat yang telah pergi meninggalkan kita..

    ReplyDelete
  27. bukak2 blog ecah, tengok entry ni...sedihnya :'(.....Allah lebih sayangkan arwah...moga arwah cikgu roslina ditempatkan dikalangan orang2 beriman..amin.......al-fatihah...

    ReplyDelete
  28. salam takziah. smoga beliau ditempatkan bersama orang2 yg soleh dan solehah..

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~