31 Dec 2013

Balik Kampung dan ular ! arhhh

Assalamualaikum muslimin dan muslimah

      Gambaq  bendang's Tok . cantik and subur  sangat. SubhanAllah

Saya  anak jati  Perlis. kalau tengok muka waa, selalu  orang cakap  muka waa macam Kelatanese. Hakikatnya ecah orang perlis. tolonglah  terima hakikat okey  *tetiba perasan -.-''

Balik kg di  kedah merupakan  satu  benda  yang paling  ecah suka gila.  boleh  makan nasi lemak banyak-banyak.mengkedarah  sampai  perut  buncit. 60 sen je sebungkus. murah sangat kan. dah lah sedapppp gila hoi. *saya  xgila, tapi suka  guna word gila. mohon fahami saya . ^.~


boleh lari-lari kat sawah  padi, acah-acah macam  filem hindustan. pemandangan  lawa yang amat, sejuk mata  memandang. waktu pagi dan senja paling bestt.  sejukk gila. mak  pandang  pelik  bila bangun pagi  tengok  anak dara dia ni tido berbungkus  guna  toto. sejuk yang amat baq kat hang.

lawa  sangat kan. SubhanAllah. ni dah  musim menuai.


Cuti  kali  ni, agak mencabar  hidup  waa. sebabnya, ecah diheret tanpa  kerelaan hati comel  ke Taman Ular. saja bold kaler pink. bagi nampak comel kiut miut tiup

arrhhhhhhh, ULAR weii. *mengigil taip word tu ㅠ ㅠ . because my adik gedik tahap shin chan, ecah terpaksa  ke Taman Ular. menangis jap  depan  gate, sebab  dalam hati  merontak kencang taknak  jejak situ.


"Perasaan ku tak keruan, seolah-olah merasakan ular bebas di mana-mana. "yeah di situ ecah memberi fakee smile  sehabis  mungkin. kepala lutut  rasa nak cabut kot. gagahkan diri untuk photoshoot dgn encik ular.

cuba  menampakkan gambar tu comel habis. arhhhhhhh.. aku tak leh berhenti menjrit sekarang.Ular dan muffin. comel comel .brrrrr.. gelak hambar -.- 

Layan gambar je, sebab korang kan memang suka tengok gambar compare to read it .lol xp

aku tak pandai buat reaction muka, harap faham >_<




                                                             Malu iols  bila ostrich padang kat TitE. hukhuk

so kat Taman Ular di Batu Pahat, perlis, bukan ular je ada. macam-macam jenis binatang menetap di sana,  for me, ular dia macam sama je dengan ular  yang ecah ziarah 12 tahun lepas. hoho

#ecah tak bercadang  nak pergi lagi. serikkk dan serammm . urghhh T.T

                                             Kami comel .sekian. hahaha. gelak sopan santun

                                                            -the end-

13 Dec 2013

Keracunan makanan :(

Assalamualaikum =)

Ecah  menyepikan  diri  dari dunia  belog  untuk  2hari, 2hari  rasa  macam 2tahun okey T_T lantaran  ketegangan fizikal  yang  melampau. hukhuk . nangis  dalam  nada  terkawal.

cerita dua hari lepas
ecah  eksaited kemain  nak makan  pizza  sampai lompat  terkinja-kinja  suruh  ayah  beli. memang  tak senonoh  aku  ni -..-'' Ayah  buat  muka  lalu  mengheret ecah  pergi  beli  pizza. Ecah  senyum  sampai  otot  mulut  kebas lahhhh !


Dah  dapat  pizza  dan  bbq chicken wing , tak  main la  basuh  tangan kan,recite bismillah  pun aku  abaikan , terus  aku  mencekik  semua  tu  dalam  kereta  pacuan  empat  roda ayah. muka  ecah  tak yah cakap  la, senyum  sampai  keluar  gigi  rebit .


burppppp ! kenyang  iols  lepas  mengkedarah  semua  makanan . lepas  tu , ecah golek-golek atas  katil  sampai  mata  kata - tidolah~ ~ tido lah . hee. tak  sampai  10  minit, perut  comel  mula  bergolakkan. pantas  aku gi toilet -..-'' berulang  alik gi toilet  malam tu, sampai  satu  tahap  ecah  heret  bantal  busuk  dengan  selimut dalam  toilet. ingat  nk tido  dalam  tu terus >_<


bukan setakat  sakit  perut , pukul 2pagi  ecah  muntah-muntah  teruk . semua  jenis  pizza  keluar, cakap  je  nak  apa , semua  ada. Mak  risau  sampai  nak  heret aisyah  ke hospital.

Jom lah  pi  hospital, mak risau  tengok  along ni.

hee. bejet ok. tak pe laa maa, satgi  ok lah ni. 

okey  pale hotak mu. dari tadi uweek uweekk . badan  kau  bukan main  sejuk. zombi ke kau *adik nyampuk

hurmm.. aku okeylahh. kau pi tidoq. satgi  aku muntah kt  pale otak kau kang 

adegan tu  berlangsung  selama  5minit20saat. ecah tak boleh tido  sampai  pukul 4pagi. air  mata toksah  tanya, bergelinangan  macam  sungai  kinabatangan. sebab  esoknya  ecah  ada  test komputer.

keesokan paginya, ecah  gi klinik  sambil   dalam  hati membentak  dan menghamun pizza yang  ecah  makan  semalam. macam-macam  ecah  terangkan kat  doctor, cakap  makanan  tu keracunan la, tak bersih , banyak  virus , blabla.

Conclusion
Last-last  doctor  kata, sebenarnya  penyakit  berpunca  dari  ecah sendiri. okeyy , aku diam  bila  doctor  cakap macam tu. perrhhh, aku  pulak  yang  salah. nak kena ni. *ngumam aku dalam  hati.

Adik  tak basuh  tangan  ea?

basuh tangan? watdeee...

a'ah, saya  lupe. senyum hemohemo*

tu la, virus  dah  masuk dalam badan , nama pnyakit gastroentritis. 3-5 hari okey la.
lain  kali  basuh  tangan hokey! *pesan beliau  sebelum ecah  keluar . perhhh. sentapp habis.

sebab  derhaka  tak  mau  ikot  pesan  iklan lifebuoy , cuci tangan  sampai  wangi  semerbak . perut  aku  menerima padah. padan muka kau !

p/s: cuci  tangan sebelom  makan ye my dearest . ^^ hikhik. malu sambil sengeh kerang busyuk=p

10 Dec 2013

My Tangle

Assalamualaikum :)

This is just a short entry ,about my problem.just wanna to share it with u guys .aceceh ,speaking pulok =p


Masalah ni membelengu  kotak  fikiran  daku, about  my SPM result. arhhhhhhh . *jerit  atas Gunung Alps .my cousin  tanya  tak  mintak biasiswa ke  sambil  dia  sibuk  melayan  rm.WHAT ! biasiswa? layak kah aku , what i mean is result  yang aku  dapat  nanti  melayakkan aku  untuk dapat biasiswa kah. soalan  tu  menggangu  benak  fikiran  aku  sejak 10jam35minit lalu.


i'm not  the top student ,even  aku pun  bukannya  pelajar  harapan sekolah . Hanya Kepada-Nya  aku  memohon  kekuatan dan cuma  bertawakal  kepada Allah yang Maha  Esa. ermm ,aku dah berusaha  sehabis mungkin *ye ke but usaha aku maybe tak setekun, segigih dan segagah pelajar lain .


Aku  tak  target  tinggi pun untuk  result, aku  tahu  keupayaan  daku  dan   setelah  apa  yang  aku jawab  sepanjang  Spm. Hanya  kepada  Allah  untuk  memohon  dipermudahkan  segalanya . i feel  really down . rasa  nak menyorok  dalam almari  selama sepulohhari.

Sorry entry ni agak mengarut, but  this is the big crisis bagi ecah . tssk tskk

itu saya , aisyah  az ! 

6 Dec 2013

novel paling sedeh dan Mydol

Assalamualaikum awak dan awk di sana


Tahu  pasal  kaki  novel ? yaa, dengan bangganya  ecah tergolong dalam kalangan kaki novel seantero malaya. Kalau  dah  namanya  bosan tahap  tak  boleh blah , novel 400 pages tu dengan  jayanya  ecah baca  dalam masa 360000saat. riak takbur  sekejap  >_<



sepanjang  17 tahun  hidup  dengan penuh  pancaroba, ada  satu  novel  telah  mencuit hati  perempuan daku.  T_T . lebih  dari  enampulohenam kali  ecah  nangis  baca  novel ni tau. tipu =p . erm.. actually  7kali  je sebenarnya. Hingus  dah  cecah lantai  siap  tisu  berpaket-paket. sedeh  gila baq kat  hang.




novel hasil  tulisan  kak Melur  Jelita(MJ) berjaya  membuat air mata bulat-bulat gemuk-gemuk  aku  mengalir  deras. My Precious Iris  sebenarnya  sambungan  kepada  I LOVE U STUPID. disebabkan aku  ni gelojoh ntahpape -.-'' , aku terus baca sambungan . Lelah  jugak nak habiskan novel ni. Mengandungi  1001 pages yang  telah  memainkan  emosi  remajaku.



Storyline  sangat  sweet  sampai  aku  rasa  macam  dah  kawin *senyum gatal  dan  ecah  rasa  ibarat  berada  dalam  hidup  si Iris. Cerita , pasal  Firman Ebrahim  seorang inspektor  polis berkahwin  dengan  anak  orang kaya, Iris.  Hidup  sangat  sederhana  dan  mengikut  cara  hidup  Islam yang sempurna . Dorang  kena tempuhi pelbagai  ujian  sampai  ada satu  part, Iris  cedera  teruk  dan  buta  sedangkan  iris  tengah  sarat  hamil.tssk tssk ;'(  Firman banyak bersabar  melayan  sikap iris  serta  firman , suami  yang sangat romantik   even dia bukan sorang yang kaya. #mr.frisbee-ehemehem

gambaran  watak firman  dan iris. sumber : Google

Memang  sedih  tahap kamehameha . Silalah  baca  novel ni sebab :

  • penuh dengan  ilmu  keagamaan  (diriku terasa  kerdil sangat semasa baca) sobsob
  • kelakar gila  hoi  sampai  mak nyaris  telefon  hospital metal * sbb aku tak boleh stop gelak
  • cara  penulisan  MJ  memang  lain  daripada  penulis novel lain.
  • banyak  pengajaran *seyes  tak tipu , uols akan  rasa  insaf sangat  lepas baca.

even  bagi  ecah , kak MJ macam  kejam  sangat  tulis  novel  yang  tersangatlah sedeh  sampai  air mata  asyik  nak  keluar. gurau = p hehehe. kak MJ tetap  terbaik tau tauu . Novel  ni  memang tak  rugi  untuk  dibaca. banyak maanfaat  di samping  boleh  gelak ketawa  sambil  kunyah kuaci masa  baca novel.
Saya  bagi   ☆ . kalau boleh  nak bagi sejuta stars !

Sesiapa  yang  dah baca , mesti  melelah  macam  ecah  juga . sememeh habis muka ecah. haha . share  la  ur  komen  bout  this  novel.  jujur tau. aip aipp  tak  baik tipu ^.~

* * *
how my  phony's screen lock  look
For those k-poper macam  ecah, best sangat  app ni  Mydol . Boleh  download  di playstore. sangat  comel  lock screen ni. everytime korang   on fon , dapat  messages  cinta  daripada ur  idol. ecah  memang senyum ear to ear la. ^_________^  exo exo

3 Dec 2013

Ikan bilis yang bersalah?

Assalamualaikum  my sweethearts  =)

Mak  dulu  suka  buat  nasi  goreng sedap-sangat -hoii  dan  mak dengan  sengaja  letak  ikan bilis sebagai  penambah  selera . Malangnya, selera ku  hilang  tatkala  terpandang  susuk  badan  si  ikan bilis. -.-''

namun, bukan  ikan bilis  ini. terlalu  comel  untuk  di hadam.

                                                                   tapi ...

ikan  bilis  INI !!! i really  can't  eat  this  ikan  kepeng.

bukan  ecah  ngada-ngada  tak  mau  telan  ikan bilis  but  i have  an allergic  with  this  small  fish -.-''  tak  aneh mana  pun kan?  tolonglahh berkata  sedemikian T_T .  kalau  ada  orang  allergic  makan  durian  musang king  so  apelah  sangat  alahan   ku  dengan si  ikan bilis  yang bermillion di lautan.


Masalahnya  sekarang , masyarakat dasarwasa  ini  ibarat  tidak  boleh   menerima hakikat  bahawasanya   ada  mahkluk  Allah  yang  lemah  dan  hina  serta  kiut  alah  pada  ikan  bilis (cehhh, lepas  exam  bm, makin  rajin  aku  guna ayat  gramatis)  puihhh =p .
          
                                                                                   ***

aku  tak  boleh  makan ikan bilis la. allergic kot . sambil kunyah nasi lemak mak cik kantin

kau  ni ada-ada  je la . *muka yang  buat  aku  rasa  nak  bagi sedas tumbukan  padu.

betul  la  nanti naik bintik-bintik  merah  bawah  mulut

eleyyy, kau  memang  dah bukak  pusat  peternakan  jerawat  kat  muka. nak salah kan ikan bilis *sumpah  rasa  cam  nak  blend  dia  jadi  sambal  ikan  bilis . mercikk :'(


Salah  ke  aku  tak makan  ikan bilis ? berdosakah  aku? (hambooiii ter-emo pulak) . orang  pandang  enteng  kat  ecah  sebab tak makan ikan bilis. lebih cintakan  ikan  bilis  daripada aku . nangis   belakang  rak  kasut  nenek. sobsob

Sekian  cerita  aku   dan  ikan bilis. apa pendapat korang  pasal  ecah  tak  boleh makan ikan bilis ?

terima  kasih  sudi  baca. muahhhhh   ♥_

2 Dec 2013

Pemalas sebenar

Assalamualaikum  akak and abang sekalian

Spot me? ------- tak kan  jumpa. lols

Watak  ecah  hari ini  ialah  menjadi  seorang pemalas. Aku malas  nak gerak , malas  nak  baca  novel , malas  nak tengok  sinetron semua . haissh . Adik-adik  terchenta  jadi  masa  dera 24h , patuh  mendengar  segala arahan  kakak dia  yang  comel  ala  ariana grade. bahahahaha. *gelak sopan kepit-kepit.

watak  ni berjaya  aku bawak  sampai  sekarang .  *yawwnnn . kalau  mak cik Jemah  tengok aku  yang  macam  hidup-menyusahkan-mati-tak-mahu , sah-sah dia reject  jadi  menantu  dia. tssk tssk -.-''


ntah  kenapa  aku jadi  malas  sangat. hari ini je okei ! kalau esok lusa  malas, mahu penyapu  mak  tersayang  menempek  ke muka  gebu  mulus  ni * sila  muntah  cekedis  ya . hahaha . dengan cuaca  yang  sejuk  bak  di genting , membuatkan  ecah  rasa  malas  tahap  -10.065788 % tahap tak  boleh diselamatkan dah . =(


semua  message  bf/gf  aku  pandang  sebelah  mata , tangan nak  taip  pun malas . kecuali  wasap  dari  mr.frisbee , jari  ni  laju je  nak  menaip. Gatal  kan jari  aku ni . bhaha. salahkan  jari  buat  aku  rasa  tenang. lol.

terima  kasih  sudi  baca ^^

tahu  entry  ni merepek , janji  aku  tak kan buat  entry macam ni dah. ~.^

1 Dec 2013

cerita SPM aisyah az

Assalamualaikum  !

tak  ada  kena  mengena pung -.-  nak  iphoneeeeee

Sepanjang  SPM exam yang  berlangsung  selama 4minggu  ini  till my last  paper 3 biology macam-macam  probs  yang  berlaku  dekat  ecah   dan  alhamdulillah  semua  berjalan  lancar =)

makan  tak  kenyang
k foine, aku  tipu sikit-sikit  sebab  berat  turun  dengan  lajunya = 2kg. sedehh  okey. penat  aku  ternak  lemak  dalam  badan selama  246hari , then hilang  macam  tu  aje . first  sebab  aku  selalu skip meals , busy  study khonooonyaa  then  sebab  aku  agak  cerewet  bab  makan .

tido  tak  lena
haaa  yang  ni  memang  betul , bukan  aku  sorang  rasanya  sebab  most  of spm candidates  akan wake up  early  nak study  semua. Tido  pukul  12  bangun   pukul  4 . hahaha. lepas tu pengawas  peperiksaan  dah   macam  muak  tengok  muka  aku  dengan  eyebag tebal  dan  selebet  tahap gapang . (maafkan  anakmu  ibu )

demam  dan  batuk  macam nenek
dua  hari  sebelum  habis  paper , demam  mula  mehinggapi  diriku  yang  lemah ni. sambil  duk  loret  jawapan , duk kesat  hingus  and  sapu  balm rimau  ke hidung . pathetic  bukan? alhamdulillah  dapat  jugak  sit for spm  sampai akhirnya  dengan  kepala  pening  tahap goyang-goyang *lagutamil berkumandang.

selain itu, masa  exam  ada perkara  yg  buat  kupu-kupu  dalam  perut  mengepak  semacam.



memang  tak  boleh  blah   tahap  mak  jemah  bila  hadapi  situasi  ni , why  asyik  dapat  jawapan  yang berderet  sama . aku  stressssss -.-' alhamdulillah, bila check balik  rupanya  ada  jawapan  tu  ada  yang  salah  kira semua. thanks  Allah


Dato Fadzilah  Kamsah  duk  bercanang  sana  sini  pasal  jangan  bincang  soalan  lepas  exam !
disebabkan  aku  ni  ketegaq  tahap  kepala  batu  bata. bila  discussing  pasal  soalan lepas, mesti  ada  soalan  yang  aku careless.  nangis  tepi  skirt  pink  mak . why why  i  didn't  realised  what  actually  that  question wants.

 
hahahaha. i cannot  hold  my  laugh  dah  sebab  situasi  aku  macam  sama  je  ngan  gambaq di atas. mula  soalan  no.2  tak  boleh jawab , hold on jap  then  selak  next  page, lagilah  payah . hold  on  lagi  sampai  soalan  terakhir. benda  ni  berlaku  dekat  aku  masa  jawab  biology P2. sumpah  rasa  nak nangis  sebab  tengah  pening  kepala  and  blank  sekejap . adui. pedihh je rasa   T_T

 -------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------

However, semua  tu  dah  berlalu  kann *kunyah  cekodok  mak . malas  nak  dikenang , yang  penting  tawakal  dan  redha  segalanya . huhu . Officially  now, saya  bekas  pelajar  smkpt and  now  sibuk  menanam  anggur hijau  di rumah -.-''  

firman Allah Ta’ala (bermaksud),Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. (QS. Ath Thalaaq [65]: 2-3).

Tawakal  yang  paling  penting  sekarang  , Allah  yang  Maha  berkuasa  di  langit  dan  dibumi . my advise is  jangan  tinggal  solat  hajat  and  solat  Dhuha.  Allah  akan  tolong  orang  yang  selalu  mengingatiNya.

 source of  all the  pictures  from encik Google =)

All readers, do pray  for  me  yaa . semoga dapat  result yang  membuatkan  my parent  proud  of  me.


24 Oct 2013

please be strong !!

Assalamualaikum uols,

Pernah  tak  rasa  nak  nangis  tetiba, padahal  bukan  ada  ape  pun. gedik namanya  -.-''

Final  countdown  for espiyeemmm really  make  me stress  sampai  rasa  nak  stop  kan  jarum  semua  jam.hempuk  jam  ke  lantai  sebab  tak  nak  masa  berlalu.  kalau  boleh  tak  nak  hari  esok  muncul . impossible right. yeahh stop dreaming  aisyah :'(


Rasa  macam  jatung hati  limpa  hempedu  semua  bagai  dihiris  dengan  pisau  kek, bila  ayah  announced  yang  ayah  kena  pergi  Jerman  . Tssk tssk. Masa  ecah  spm  pulak  tu. sedeh  tahu  bila  ayah  tak  da nanti. Ayah  selalu  ambil  berat  pasal  my  life. sanggup  ambik  cuti  masa  exam  pmr  dulu, khononnya  nak  bagi  semangat. yeahhh.. it was  really  worked.

 i  love  u   ayah. tu pun  kalau  ayah  baca  blog  huduh  kak  long  ni . hikhik.

* unfortunate  day, baju  sekolah  dah  macam  napkin  baby  aku  tengok.  makan  je   mesti  ada  je   makanan  tumpah  or  terkena  baju  waa. hari ni, kuah nasi  lemak mak cik kantin menempek  kat  lengan  baju. then  sauce bbq  pizza  sesuka  hati  je  melekat  kat  tudung and  baju. aduiii, comot  habis . baby  pun  makan  sopan    santun. mercikkkk.


mr google  yg  baik hati
" Hey  aisyah az, look  at  me  and  learn  how  to  eat?" , said a baby  with  spaghetti  on  his head.
ahaks =p

10 Oct 2013

A.math - the silent killer

Assalamualaikum !

Ecah  paksa  diri  untuk  mencintai  a.math  setulus  hati. tapi. aku tak  boleh hipokrit  lagi. Sesungguhnya  a.math  dan  aku  memang tak  ditakdirkan bersama T_T tssk tssk

Pernah  sorang  senior  ni, masa  ecah  form  3 rasanya. Dia  bagitau  dengan  nafas  tersekat-sekat  yang  a.math  ni  ibarat  silent  killer  yakni  boleh  bunuh  kita  secara  senyap-senyap. ecah  dah  garu  kepala, pehal  dengan  akak  ni, poyooossss je. a.math  je pungg -.-''


tapi. aku  akui  sekarang . aku  percaya  akak  tu 120% haaa,, nampak  tak  betapa   setujunya  aku  dengan  akak  tu. bila  dapat  result  exam,  a.math  ni  lah  yang  mencacatkan  semua  result  aku. sumpah  sedeh  kay. apa  nak  jadi  dengan  diriku  ini. benci tau  dengan  awak, a.math ! huhuhu

dalam  hati  sebenarnya...

"Tolonglah  a.math, marilah  kita  berbaik  dan  senangkan lah  otak  comel ni  untuk  menjawab  semasa  exam espiyeemm nanti". Mohon  aku  tak  blank  and  boleh  jawab  dengan  senyuman  mekar  di  bibir . gituuuu =p



Keke. aku  pun terpikir  kenapalah  kena  jawab  semua  soalan  yang  boleh buat  muscle  otak  kita  cramp  tahap  dewa. but, Cikgu  Jannah (my fav  physic teac) told  us  that  a.math  ni sebenarnya  untuk  menguji  tahap  kesabaran  dan  kegigihan  kita. even dia tak berguna  pun  masa  hari dewasa dan  tua  kita  nanti, tapi   untuk  teror  a.math  ni  kita  kena  banyak  buat  latihan  dan  passion  semasa  menjawab. Ada hikmahnya  khoonnn .


Jujur  aisyah  memang  tak  ngam  dengan  encik  a.math. rasa  ada  je  tak  kena. rambut  mesti  jadi  mangsa  tarikan  aku  waktu  menjawab.  hehe. ecah  cuba  perbaiki  result  a.math  dan  tawakal  selepas  berusaha. we can do  it!! cehhhh  . InsyaAllah  A+  for  A.math. Amiin =)


6 Oct 2013

Sebulan lagi oiii


Assalamualaikum hakak dan habang sekalian,


Gosok mata , mandi , siap pi sekolah, jalan kaki  dengan  sopan santunnya  and  sampai je kat sekola:

 "Awak  ada  dalam  sebulan  lagi  sebelum  SPM ,"cikgu  memulakan  mukadimah  paginya =(

Kecut  halkum  ecah  ni  sampai  tersedak-sedak . Tak  boleh  terima  hakikat  sebab  tinggal  sebulan lagi. ok serius , aku  memang  tak  pernah  buat  countdown  pasal  espiyeeemm. bila  cikgu  bagi warning, aku  mula lah  menggelabah  tak  ketahuan  hala  macam  ayam  Pak  Ali  yang  baru  kena sembelih. mak  tersayang buat  gulai. yumm yummm. okey, tak kena mengena  punngg -.-''


Ecah  dah  mula  demam, sakit  tekak  dan  pening  kepala dan  muntah  bihun sup . ngade sangat  tau  badan  ecah  ni, time nk SPM  semua  jenis  penyakit  melekat  kat  aku dan  masa ni jugak antibody  aku  lemah. pffftttt . Sementelahan  itu,  ayah mula  mencari  vitamin-vitamin  untuk kegunaan  badan  comel  ecah. yeaayyy.. sayang  mak  ayah.



Disini, ecah  nak bagi  beberapa  tips  for  those  calon  SPM 2013,2014,2015,..... boleh  diguna pakai sampai  7keturunan =p

  • Last  minute  macam  ni, tak  payah  terhegeh-hegeh  nak  revise balik  satu  buku  tebal  kau dari chapter 1  sampai  20 . Mahu  terjojol  keluar  kornea  mata  nanti  menghadap  buku  tebal tu. by  now,banyakan  jawab dari  trial  negeri-negeri  dan  past  year.
  • tingkatkan  kerohanian  diri . solat  jangan  tinggal (note  untuk  diri  sendiri) , al-Quran  baca selalu  dan  buat  solat-solat  sunat  such  as  Solat  Hajat , Solat  Tahajud  dan  Solat  Dhuha. InsyaAllah  akan  membantu  korang  nanti ^^
  • Tidur  secukupnya. Haaaa, ni  masalah  rakyat  SPM  yang  tak dengar  kata. Sanggup  awake sampai  dua  tiga  pagi. Makk  aii, bahaya  untuk  otak  kalian. otak  akan  jam  dengan   terseksanya. Masa  tu  sepatutnya  kalian  tido  dan  otak  boleh  berkerja  keras  demi menstabilkan  segala  sistem  badan  korang. ecah  jaga  baik  otak  chomeell ku.
  • Buang  segala  cekedis  dalam  rumah  korang. Air bicarbonate  dan  jeruk jeruk  suruh  mak korang simpan  dalam  peti  besi  sampai  habis  spm. Jangan  mengkedarah  sampai  tak hingat duniawi. kesian  kat  otak  anda  sebab  makin  lemah  dengan  makanan  yang  tak sihat!  
  • Take  time  untuk  merehatkan  otak  kalian  such  as   bergembira  dengan  family  sambil  cicah  buah  mempelam  dengan  kuah  rojak  mak bee. gelak  sakan  tengok  running man  dan  main  batu  seremban  ngan  adik.tu  pun  kalau  adik  uols tahu  main =p  hemohemo

Ecah  bersyukur  ada kawan-kawan  yang  selalu  bagi  support  T_T , buah  hati  pun  bagi  semangat buat  iols  membara  nak  study  dan  cikgu-cikgu  yang  kerah  tenaga  dalam  mengajar  kami. berhempas  pulas   sampai  cikgu  tak  sempat  makan  pagi. terimaa  kasihhhh semua  orang. wish me  the  best  ya. ^_^

21 Sept 2013

pi-bi-as-am

Assalamulaikum and hi hi *lambai tangan*


"Kau kan puteri  lilin, kena panas sikit  je ,tapi   berpeluh  dah  macam  baru  terjun  dalam  kolam renang Tuk Ali", kata  Aminah(nama tipu)  kepada  Aisyah az (aku)


Betul  kata aminah, aku  tak suka dengan activiti outdoor  macam  senaman  yg  buat  muscles  aku  menangis, kawad  lagi lah, lari satu  sekolah  kalau  cikgu  suruh  masuk  n the last one  is  bersukan  such as  lumba lari, tarik tali -.- *aku yg kena  tarik nanti  dan  netball. aku  memang  tak minat  benda  yang  buat  jantung  aku  mengempam  deras. yaa. terserlah yang aku  tak da  semangat  kesukanan !


so  aku  masuk  club chess. indoor activiti ^^ . aku  tak  kan  berpeluh  sakan  cuma  otak  aku  je  yang merana  kejap  sebab  sibuk  duk pikiaq  cara  nak  tumbangkan  cik queen  pihak lawan. unit beruniform  pulak, Pbsm  lah  yang terbaik :) sebab  aku  suka  tolong  orang  sakit . ceehhh. sebenarnya tu alasan  kedua,  aku  pilih  unit   ni  coz  memudahkan  urusan hari-hariku . tak  payah  skip  kelas  sebab kawad  semua  tu. :p


Hari  ni  my  school held  the sport's day. and  i'm  pbsm. for sure, tolong  tampar  orang  pengsan  and  rawat  runner  yang  cramps . seronok  sangat  sebab  dapat  perasan  tahap  mak ngah  yang  aku  ni  jadi  doctor. bila  nampak  dorang  dah  healed n said  thanks  to me. waaa, perasaan yang  tak  dapat  aku sembunyikan. Gembira  weii  sebab  dapat  rawat  "patient"hemohemo  and  dorang boleh  jalan  balik. Thank  u  Allah .


so  for  those  yang fikir  pbsm  ni remeh  and  the tired  one. better  korang  test  dulu , join unit ni. best  cik baq  kat  hang. feeling awesome  dapat  rawat  students  lain. dihargai  and blabla. hehe. i'm super  tired today  and  got  to go now  . berlari  gi  tuition  pulak . teehee =)

me  and  jessica. we're  PBSM members ^.~

12 Sept 2013

wake up people !

Assalamualaikum  and  May bless upon u , me and all of us



Feeling  awesome when someone call you as " budak hot" ? i realised  that it's been  a trend nowadays  which people  will  give  more attention  for those yang  ada  gelaran  " budak hot" . Siap  back up  bagai  when  there is  some people yang  komen   about  budak  hot tersebut . I can't brain that  at  all ! why  must  kita terlalu  memuja  dan  support  those  who  could not  giving  you  any  benefits  and  good  deed.


It's alright  if  someone  tu  memberi  impak  positif   dalam  hidup  kita. Who open  our  heart  and  giving  you the  direction  of  the right path  for our life. such  as  Kak Aisyah  Syakirah   and  Kak Adibah  awang. they  are  really inspired  me bout   Islam  and teaching  me  how to  manage  my  life  be  more meaningful. Tapi.certain remaja  zaman  sekarang  lain  macam  sikit. lebih  meminati  n being  a  loyal followers  kepada  budak-budak hot.


In this  case, kita  sebagai  seorang  manusia  yang  diberi  akal  untuk  menilai  baik buruk  sepatutnya  memilih  seseorang  yang  betul  untuk  dijadikan  idol  as  our  motivator. bukan memilih  mereka  yang  tidak  meletakan  agama  sabagai  tiang  kehidupan. Jika  runtuh  tiangnya  maka  akan  hancurlah  hidupnya. Wallahualam .


I've a friend  yang  selalu  memuji  si  " Aminah" bukan  nama sebenar . Follower  bukan  kemain  ramai  and  my friend tu  bukannya kenal  pun si  Aminah. but  she  always  giving  the  compliments  likes  cantik  lah  dia, ramai  lelaki  suka  dia. likes  gambar  on  fb  pun beribu  riban. so  one day, i  stalked  aminah's  fb
my  first  expression was  ha ha ha *flat tone . she  didn't cover  her aurat  properly  and  taking  a picture  closely  with  boys.Bukan  nak backbiting or what. i'm also not  perfect but  agak-agaklah  dalam  meminati  someone . Pilihlah mereka  yg  berhijab  as  role  modal  n  not  the  one  who  dye  their  hair  sampai  nampak  hilang  identiti  kemelayuan. it is more pathetic when  most  of  the  komentar  are  Islam.  They  should  give  an  advise  to her or  him  dan  bukannya   mendorong  dia  untuk  lebih   berfesyen  dan  hang out  bersama  lelaki ajnabi.



Bagi  ecah, tak  ada  faedah  langsung  jika  kita  beri  perhatian  kepada  mereka  yang  tidak  memberi apa-apa  ganjaran. Stop  doing  something that  just wasting  ur  time. why  must  kita  busy  pasal  kehidupan  orang  lain , stalking gambar girlfriends  and  boyfriends sampai 2-3 jam. sedangkan  masa  untuk  diri sendiri pun  tak  cukup. let's  set  a new  resolution  for  our  life  . InsyaAllah, change  to be  a  better  person.


this  blogpost  actually  bukan sebab  aku  jeles  ke hape. Just  cuba  untuk  menyedarkan  masyarakat  pada  alaf  siber  ini  supaya  sama-sama  berubah  ke  arah  yang  disukai  oleh  Allah.

15 Aug 2013

baby oh baby ! b-a-b-y ❤

Assalamualaikum  hamba  Allah  sekalian ;)

     I  love  baby  so  much  - aisyah  az

i'm not  talking  bout  justin  bibir's song  yang suatu   ketika  dulu  giat  b'kumandang  di corong-corong  radio. Sampai Pak  samad  jiran  sebelah  selalu  duk  nanyi  "baby baby baby ohh  " sambil  sidai  kain. muntah  balik  segala  kuih  samperit ,lomang , rendang  aku -.-''


i'm  actually  talking  bout  bayi -bayi  yang  omei  serta  gebu  mulus  macam   kek  span  mak  bedah. kekadang  bila  rasa  stress  study  dan  sunyi , ecah  akan  search   gambaq-gambaq  baby untuk  aku  pertontonkan. Sejuk  je  perut  ,hati  serta  mata  empat  aku  tatkala  melihat   gambar  dorang. nak  je  culik  baby  comel  then  selinap  masuk  bilik. agaga. lepas  ni  mesti  tak da  mak-mak  yang  sudi  bagi  aku  pegang  anak  dia  dah. ;p

 
jangan  pandang  mama  cengitu.. auuu  _  

                           saya  ada   lens  kaler  biru . orii  kay,tak  main  lah pkai  contact  lens!


          geraammmmnya  tengok  awak.. asal  omei  sangat  haaa!!

     speechless . auwww... so  cute la  this  baby.. don't  do  like  that. i'm dying  just  to  see ur  face.
  
 sumber : mr. google

i  really  can't understant   why   ada  mama-mama  yang  sanggup  buang  baby  dalam  tong  sampah , sungai  , dalam   longkang.  i  can't  brain  that  at  all. macam  tak  ada  akal  langsung. kalau  yang  ada  akal  sikit. tinggal  anak  kat tepi  masjid  and  rumah jiran. -.- itulah  manusia yang  berfikir  tanpa  meletakkan  agama  sebagai  pegangan  . Sesungguhnya  bayi  yang  dilahirkan  adalah   dalam  keadaan  yang  sangat  suci.  SubhanAllah

p/s: nak  ada  baby  sendiri  lambat  lagi  oii..  for  now,  tatap  gambaq  bayi  orang  je  la. >_< teehee!

14 Aug 2013

Aisyah az tengah pening laa

Assalamualaikum  rakyat  jelata  sekalian , ngehngeh.

memang  suka  pelekat  gambar  sebesar  yang  boleh.. hoho

Emosi  aku  agak  tidak  stabil  lately, aku  pun  pelik  dengan  mental  aku  sendiri. apakah? rasa  nak nangis , hentak-hentak  kepala  kat  kamus  setebal  1064m/s , melalak  sorang-sorang  dalam tuilet. kenapa dengan aku .. kenapa  kenapa~~ (terlolong  dalam  gua  niah ) masalah  hormonkah?konflik cinta? muehehe. yang cinta  tu  aku  steady  je >_<


nak  jumpa  doktor  pun  buat  segan  je. Bukan  nak bagitau  yang  aku ada  masalah  jiwa  kot. Kang   tak  pasal-pasal  dia  call  pak cik  dia  kat  hosp.  tangjung  rambutan  suruh  seret  aku  ke  sana. sobsob. macam  mana dengan  SPM  aku  nanti? lol. jauh  betul  fikiran  aku  merefek  tak  ketahuan  hala.


lepas  solat  je ,mesti  aku  rasa  sebak  tak  ketahuan  hala then  layan  running  man  sampai  mata  aku  cakap " memang  patutlah  mata  kau  rabun , tengoklah running  man  sampai  mata  tu terjojol  keluar" LOL.  mesti  bapak  terkejut  kalau  mata  tercinta  bebel  macam  tu. ngehngeh.


haaa.. ape  motif  sebenar  aku  buat  entry  ni.  agagaga. macam  useless  je  aku  taip  panjang-panjang  just  nak  bagitau  aku  tengah  pening  kepala .cenggini, mahu  dapat  zerozero markah  karangan bm siap  ada  mesej  dari  pemeriksa "ADA AKU  KESAH " :p


kepala  berdenyut  lagi  ni, mata  jangan  cakap  lah . kalau  panda  diletakkan  sebelah  aku  dan  we  ols  taking  photo  together. korang  tak  kan  dapat  bezakan  mana  satu  aisyah  az  dan  panda. eyebag  makin  membesar  dengan  sihat. aduii -.-


Pape pun.. selamat  hari  raya  uols. Mohon  maaf  kalau  ada  salah  dan  silap . chillex  yoo !

                      first  time, amik  gambar  cenggini . can  u feel  my hearbeat (see  my  hand) teehee!

30 Jul 2013

mood raya hilang . sobsob

Assalamualaikum  kalian  yang  comel-comel

Dah  lama  rasanya  tak  tempek  muka  sebesar  alam  macam  ni. muehehe..


Ketika  rakyat  Malaysia  sakan  mencari  baju  raya  , gigih  menenyeh  biskut  raya , mula  menukar  duit  berhinggit-hinggit  sampai  terlupa  mana  satu  sampul  duit  raya  dan  mana  satu  duit  raya  lantara  kelewahan  sampul  yang  bermotifkan  wang .  aku  sibuk  buat  apa?


Aku  duduk  diam-diam  atas  kerusi  sambil  melayan  lagu-lagu  raya  di corong-2  radio  mengenang  nasib  yang  aku  tak  dapat  nak rasa  eksaited  secara  berlebihan  di saat  umat  islam  bergembira  sakan  menyambut  hari lembaran  nanti. Ini  semua  angkara  Trial  SPM  yang  b'langsung  dua  minggu  selepas  raya.


apakah  nasibku ..  nak  beli  baju  raya  pun, main  tunjuk  saja. tolong  mak  gentel  kuih  siput  pun  aku  malas . Mood  raya  hilang  begitu  sahaja. Masa  banyak  aku  luangkan  dengan  merehatkan minda  secara  maksimum  iaitu  aku  kerap  tido  di petang  hari . paling lama  pun sejam, then  aku  sambung  study  balik
 -.-''


Ramai  spm  candidates  cuba  memujuk  perasaan  masing-masing.termasuklah aku,   siap   buat  kad  raya  untuk  diri  sendiri. muehehe. lepaskan  tekanan   dengan  menulis  ayat-ayat  jiwang.

Antara  kata-kata  semangat  yang  aku  kerah  otak  demi  meningkatkan rasa  gembira  di  hati  ialah:

Dear  SPM  candidates,

SPM  hanya  sekali  seumur  hidup  hang. Tak  rugi  kalau  terlepaih  nak  raya  sedangkan  hang  boleh  bergembira  sakan  next year. InsyaAllah  kalau  hang  panjang  umur  la. Ingat  sikit  mak  ayah  hang  yang  tak  putus-2  mengharapkan  kejayaan  anaknya. 
Mana  hang  nak? gembira  sepanjang  bulan  Syawal  sahaja  atau  hang  nak  gembira  seumor  hidup.  SPM  adalah  segala-galanya.  Ingat  tu  Nur  Aisyah !  Biar  sedih  sekali , jangan  sedih  selamanya. 

Sekian. dari  puteri  nur  aisyah  yang  serba  kiut =p

kepada  calon-calon spm , rebut  dan  berlumbalah   untuk  mencari  malam  Lailatul  Qadar sepanjang  10  malam  terakhir  ini . Banyak  reward  wei  kalau  kita  rajinkan  diri  menghadap  Allah  terutamanya   ber- Qiamulai. InsyaAllah, u'll  get  whatever  u  want. Aamiin =)

12 Jul 2013

Proud to be SMKPT's student

Assalamualaikum  semuuuaass =)



Kalau  dulu  siap  hentak-hentak  kaki  kemain  sebab  tak  nak  masuk  SMKPT   masa  zaman darjah onam. "Sekolah  tu  banyak  budak  jahat  laa" ," tak  syok  lah  masuk  sekolah  sebelah  rumah  je... " tak  adventurous  langsung  sebab  7 minit  jalan  kaki  dah  sampai " .
Tu  lah  antara  alasan  yang  ecah  bagi  dekat  mak  . memang  tentang  habis-habisan  la  kalau  boleh  nak  menyorok dalam  gua.


Niat  lepas  dapat  result  UPSR, memang mohon asrama  but  rezeki takda  masa  tu.redha  ok. Lepas  buat  mogok  bagai, at the  end  pergi  daftar  kt SMKPT  dengan   hati  yang  sarat  and  berat dengan  emas intan  belian  paku and  so on (wajib mendaftar) >_<


Pada  awalnya, hati  tetap  mengedik  tak  nak  sekolah  situ  namun  selepas  3 bulan  jadi  budak  form 1. Alahai , best  la  pulok  study  sini. ngehngeh =D . Makanan  mak cik  kantin sedap  , kawan-kawan  baik  betul, siap  tolong  inform pasal  HW kalau  missed  class. Rasa  menyesal  sebab  pandang  enteng  dekat  sekolah  ini  aku  abaikan.hehe. Yang  penting  aku  bahagia  jadi  student  officialy dekat  sini .Then, sesi  petang  balik  pukul  6.45  dan  aku  akan  sampai  rumah  pukul  7 lebih. aku    merayau  mana-mana  dulu  and balik  nak dekat  senja.  teruk  benor perangai. Rutin  tu  aku teruskan  sampai  habis  form2.


Dah  form  3, kehidupan  berubah  sebab  dah  sesi  pagi. Pukul 7.20  dah  kena  ada  dekat  sekolah. Perit  nak  bangun  awal  , kadang-kadang  gate  nak  tutup  baru  aku  sampai. Pak  guard  memang  dah aim  aku, teehee. aku  buat  tak  heran  dengan  tenungan  pak  guard tu. hoho. Memandangkan  tahun  tu candidate PMR , aku  pulun  study   walaupun  kesedaran  tu  masih  kurang.

ecah   menyibukkan  diri  dengan teater  masa  tingkatan 3 and  4 jugak. Alhamdulillah  we got  second place  in that  competition.

That  is  me.wearing  the  white  baju  kurung . dah macam  roh  tahu  dekat  atas  stage. Btw, this  is  the  happy  moments  ever. our  theater  masuk  utube  but  forgot  the  link  lah -.-''

Such  the  great  moments  ever. at  Aswara =)

Waktu  form 3  jugak, ecah   jadi  conductor  choraldra (ucapan berirama) . Memang  practice  gila-gila  untuk  Minggu  sains  and  matematik. Tak  akan  ecah  lupakan  hows  my  tangan  menari-nari  dan  membelakangi  audience. malu  and  proud  to be  myself.




Nampak  tak  ecah  dengan tangan bergawang-gawang . Blazer  hitam  wa  cilok  kawan  punya. Seronok  masa  ni  sampai  nak  nangis  tau. we got  many compliments  after  that.cehhh.. tengok  conductor  lah. cik  ecah  tiut  miut . pfft . 3 cekal daebak <3


Sibuk dengan  aktiviti. It didn't means  ecah  abaikan  study. Alhamdulillah, Allah  bagi  rezeki . I got 7A 1B. Redha  dengan  ketentuanNya  wlaupun  ada  agak  kecewa  with my result  at first.

that's me again. berbaju  hijau itu. Kawan-kawan  ramai  pindah  tetepi my bff  still  setia  bersama  ecah till now. kau  ada? huhu

us. They are  my  diomands. let's start dari  kiri: Cik Nab, Natasha  pipi  sekilo , arina and  ecah cikebom cikebom. Muka  tak matang  lagi and still kiut  right? haha  miss this  moment  too ='(


SMK Padang  Tembak  sekolah menengah  yg  pertama  dan t'akhir.  Allah  Maha  Mengetahui apa  yang  baik untuk hambanya . PerancanganNya   adalah  yang  terbaik .Dekat  sekolah  tu  jugak  ecah  berjaya  cipta  kejayaan  indah  dan  kenal  buddies  yg daebak. Love  this  school so much.

Sayangi  la  Sekolah  anda ;) pesanan  penuh  bermakna  dari  cik ecah !

Total Pageviews