11 Nov 2014

10 soalan khas buat aisyah az

Assalamualaikum semua,

Moga sihat sejahtera hendaknya sepanjang  ecah membawa diri  ke Gunung Everest. k fine. matrik pheww

willing to spend my day just in this kind of room. omaaaaa.. T_T
Anyway, ecah  is back yo, and in Sya Allah bakal bercuti selama dua-minggu-kot.*terma dan syarat.kalau  ikot kata sang hati comel, nak cuti tigabulansepulohhari.huhu. Jadi, sepanjang  ecah  bergelar mahasiswi  matrikulasi perak  dan  kehilangan  ecah  telah  menimbulkan seribu satu soalan kepada orang   terdekat dengan aisyah or strangers -..-''


Oleh itu, ecah  kini  bersedia  merevealkan soalan  yang  buat  ecah terharu, geram, nangis...ketawa berdekah

 1. Mu asal kelantan kat mana?

aku  macam  'grrrrrr apa?', dia cuba provok aku ke apa ni. totally speechless oi. tak leh blah  dengan muka confident dan soalan yang diusulkan. serba salah nak ngaku  atau  gelak guling-guling  tepi  mesin atm. muka dia ...mukaaa diaaaaaaaaaa....sangat menyakinkan ;'D

"maaflahh,, saya sebenaqnyaa asal dari Perth....."


".... owhhh asal oversea ghupenyaaa, patutlah"  
muka dia  nampak  excited instead of rasa malu.

" tah  habis  lagi  saya nak habaq .. saya  asal  PERTHLISSSS... muahahaha "


lantas dia mengangkat  kaki  meninggalkan aku  dengan perasaan yang aku  sendiri tak boleh diskripsikan.sorry .

2. Apa yang best kat kl?

of coz  rumah aku paling best. rumahku syurgaku. takk gituuu?

3. Seronok studi kat matrik?

Kalau  aku cakap seronok nampak sangat aku  plastik..in middle. Dengan setahun  masa kau belajar  macam studi  atas KTM dari  ipoh-johor kau tahu tak! untuk orang yang berhemah macam ecah az, take time  untuk  digest semua  ilmu  yang dicurahkan. hahaha.. tipulah tak pernah  sobsob  lantaran stress melampau.

i'm glad  that  aku masih di matrik dan bukan bermalam di tanjung rambutan. noktah !

4Ehh.. baju kau ni buy one free one ke?

Tak tahu nak kata tu soalan atau statement. esok and so on, aku tak pakai baju tu dah. at last aku kirim  kat my mum bawak ke key el terus..... tak suka pakai baju  digelar"buy one free twothreefour"


fitrah -.-

5. Mak or ayah kau yang cina?

Dua-dua muka melayu  cuma tang mata  ayah  nampak sepet sikit. kannn aku dah bagitau aku ni ciam..really  far blood related act. cina+siam. Agagaga. overall aku melayu tau. putih sebab mak telan tofu  and addicted minum  soya  terlebih masa pregnant dholu kot. kot lahh.

6. Tanda sayang: antara  aku dan si minah. mana kau akan selamatkan kalau  kami lemas?

Aku paling benci soalan ni sebabnya  aku  yang bakal mati dulu. Aku tak reti berenang oi. sobsob T_T

7. Tikes bas?


Pada suatu petang yang hening , aku  tengah  tenggelam dalam  keasyikan kesedapan nescafe 3-in-one Latte. tiba-tiba  satu soalan diajukan kepada ku,

"wei cah .. Johor ,Seremban  dan KL balik  pukul berapa ea?"

kau nampak muka aku  sama macam muka encik mus ke (tauke terminal), ada kau nampak aku  bergambar  family raya dengan dia? kau ingat aku anak dia huh?  teremo  sebab feeling nak balik tak leh di bendung lagi. hahaha..  dorang akan cari ecah sebab nak tanya waktu balik.

tak faham kenapa aku . tssk tssk

8. Ecah memang ramai kawan kan kat sini? mostly lelaki?

Ramai? tak penuh pun contact list aku pun hoi. honestly, aku lebih rapat dengan kawan lelaki  compare to  perempuan sebabnya tauu.. perempuan ni kekadang suka  being betrayer terhadap kawan sendiri. sakit dia  Allah je yang tahu. tapi masih  ada had lah berkawan dengan lelaki.

parent ecah kenal lelaki-lelaki yang rapat dengan ecah . mostlt they're my schoolmates.

ni lah my boyfriends. zain behave please.. xmau macam ni.

9. kenapa  kau  suka pakai clothes kaler hitam?

ntah. semua kedai  yang aku shopping jual baju kaler hitam. weird kan.

p/s:Malas nak layan soalan gini.

10. status  diri ?

" aku the only daughter in my family. asal kau sibuk huh"

"maksud aku, kau dah berpunya ke?"

"errr.. asal tanya? "

"tak sebenarnya  ni  bancian yang kami cuba  kutip di sini."

"pale hotak kau. -.-'' "



hahahha . so that's all the questions that i kenod brained.aduyaii.. >_<

kalau  korang ada soalan nak tanya.. please leave  a comment.banyak-banyak pun tak pe. akan cuba jawab dengan  cara berhemah. hikhikk... rindu nya kat hampa semua.


30 Aug 2014

Aisyah is back yo!

yo yo yo... wassup yeop? 0.o

sunnguh tak sopan anak dara sorang ni  greeting people. hehe.
Assalamualaikum
tak jawab dosa, kalau jawab sayang to the moon gitu

kalau  ikot pengiraan kalendar free dari kedai emas jitra, hampir duabulantigapuluhhari ecah  bermusafir di negeri  orang.kahkah. Acah-acah  macam study jauh sangat kann. TiTe jadi  orang Gopeng lah  seKaranG =p

ada hakak-hakak tersayang duk tanya  how's my life  in matriculation college?
bestttt gilaaaaa hoiiii . senyum ketat  -_- haruslah bagi jawapan  positif demi  menceriakan jiwa dan rohani  sendiri untuk kegembiraan berpanjangan yer.

kalau ikot jawapan hati : sumpah super hectic dan rasa macam  nak kurung diri dalam  kabinet mak cik cafe. tak mau menempuh hari-hari seterusnya." booooo ... ecah pengecut" . hahaha kata hati sendiri bila ecah rasa down sangat. brrr..


dah kenapa kau ni ecah selalu ceita sedeh sekarang. Setiap entry mesti berunsurkan melankolik sejajar dengan perasaan dahku.lol. but kali ni ecah nak cerita yang best-best je supaya  tak nampak aku ni menyedihkan sangat. hahaha

ni kira  into. bagi naik sikit mood enkorang nak baca

peristiwa best tahap terlentang di matrik (dalam masa 3bulan )

1) cina sesat

di awal minggu  orientasi,seawal pagi, aku  ditahan dalam  toilet oleh 3 perempuan . aku ingat dia nak peras ugut almaklumlah aku kan  terlalu comel. macam tak da kaitan je kannn. puihh.

" nak tanya ni " kata sorang perempuan.

"pedi---aaaa.. " dalam takut-takut

"kau  cina  ea? "

"erkkkkk ???????? tak lahh." lariiii

sampai sekarang  ada orang tanya room mate aku utk confirmation yang aku ni  cina kah.
aiyooo.. kalau cina pun kenapa? ecah sebenarnya kann.. erm emm. tapi ni jauh lah related blood dia, kacukan siam+cina = ciam. comel je kan bunyi dia.agagaga

2)  tersalah masuk kuliah + lambat pulak tu.

ecah rasa macam nak bungkus kain balik key el jer bila dah  salah masuk kuliah. seyesly malu dia memang melampau sangat. hahaha. yang tak boleh blah, kau dah siap duduk n duasaat then realised yang belungguk manusia dalam kuliah tu bukan kawan-kawan kau. arhhhhhhh..... gelak ketawa mengiringi aku semasa berangkat keluar dari kuliah. T_T ommaaa..

3) tersasul

masalah  memanggil sir, miss ,madam .

apalah  aku ni.. kekadang sir  aku call madam sebab nak cepat. hahaha yg lagi streess bila gelar miss as madam. stressssssss hoi. feel so bad.

4) bawak barang macam nak pindah selamanya

kalau enkorang buat lawatan rasmi ke bilik ecah, mesti tersembul bijik mata tengok bertapa banyaknya barang aku. kalau boleh dua locker aku nak, bagi menampung segala khazanah aisyah az. roomie aku terkejut tengok maha banyak baju tshirt . yang paling roomie aku terkejut, 80.87983264%  thirt aku kaler hitam  dan kelabu ... hampir sama pattern lagi tau.

i really dont care . hahaha

5) jejak kasih kawan masa tadika

pernah enkorang jangka akan jumpa kawan masa tadika semula? yeahh  ecah tak sangka, yang lagi syiok. dia yang tegur ecah dulu  and said  ecah tak berubah dari zaman TADIKA.

kami terpisah sebab dia pindah shah alam. 12 tahun  tak ku jumpa dengan mu nabila hoi. oh maiii.. tebuktilah di sini, ecah memiliki wajah baby face. mohon kalau nak muntah jauh-jauh sikit yer. huhu.
thank u Allah temukan kami semula.


terima kasih sudi baca. kalau suka baca lah lagi. keke =p


4 Aug 2014

sibuk sibuk sibuk..

sumber : google lahh. sape lagi kann.
 hoi.dah kenapa tiap pagi senen ecah rasa mengantuk tahap nak terlentuk ke lantai. penyakit kautersungkurjua kot namanya.
atau monday double blues ni namanya dengan benyak kerja nak siapkan. rasa nak marah-marah nangis tetiba sengih. boleh bayangkan macam mana?

misi menyiapkan kerja sebelum study for exam ,demi kesejahteraan sejagat :

!) basuh baju (on the way - tengah melembutkan baju busyuk  dalam baldi)

2) bersih bilik (hatta, apabila balik bercuti, haruslah mak cik labah bersarang nun sana sini)

3) balut buku (buku den kelepet sana sini. huduh pulak rasa nak menghadap)

4) beli berus gigi (kaler pink) hahaha perlukah mentioned di sini.

5) qadha tido yang sebelom-sebelom ni. (wajib) hahahaha.

6) hafal  surah al-kafhi (inisiatif sendiri)

7) iron sebelunguk baju kurung. sebelambak tudung. (memudahkan edegan tangkap muat dikala terlajak
    tidoq) tak penah lagi alami .

itu je kot kerja minggu ni. bila nak cuti lagi hoiiii.. nak balikkkkkkkkkkkkkkk. dasar  berguna punya student =p

p/s:doakan saudara seagama kita di gaza dan doakan agar kita semua dilindungi oleh Allah. AllahuAkbar.

sape rindu ecah.. sila lah bawak kuih raya ke sini.aikkk... punn bolehhh



3 Aug 2014

Raya ke kita??

Assalamualaikum hadirin hadirat.. Ececehh.

Kalau raya tak balik kg memang tak sah kan kann. (Khas untuk mereka yang ada kg lah) ecah balik dengan hati yg berbunga bahagia. Tapi bila nak balik matrik, muka secara automatiknya berubah jadi bunga api yang masuk hangin-..-

Hehe dah kenapa kau intro sedih tragik bagai.

Raya ecah kali ni sangat lah hambar. Baju tak ley blah brand siti nurhaliza from jakel. Tapi gi beraya 2-3 ketul rumah. Ni semua gara-gara exam mid sem next week. Menghadap buku terus muntah ketupat rendang lomang. Hahaha. Tengok muka sendiri , tak semena-mena rasa nak muntah kuih raya sebalang balik. Terima kasih jerawat yang sudi menziarah. Mulia sungguh hati mu 😁😁


Selamat hari raya . Kedababooommm.acah-acah muncul fireworks di belog aisyah az. Mohon ampun kalau ada salah dan silap. Hikhik. Kepada akak2 dan abg2 yg ecah sayangi,, ku hulur kedua belah tangan menunggu duit ghayaaaaaaaa. Ehem2 😋😋


13 Jul 2014

terima kasih Berita Harian

Assalamualaikum uols =')


sampai  kejang  otot mulut  bila  tengok  muka sendiri masuk paper.hehe. rasa nak terkinja-kinja masuk dewan kuliah. thank u kak nisa (editor) sudi jugak  tempek  kisah blog ecah dalam ruangan blogger remaja. terharuu aihh T_T

those yang nak  masuk ruangan ni ,u can leave a comment and ur link too.kalau malu sangat , u can email me yaa.. syarat wajibal ghunnah  haruslah REMAJA . sampai 18 je tau. hakak-hakak yang dah ada anak satu jangan  ngada nyamar jadi remaja. hikhik.

this is my latest selfie. haha. pipi kesayangan diri sendiri dah hilang. tssk tssk

p/s: ecah akan menghilang untuk jangka masa yg lama. hehe. thank u for those are willing to stop by here.

byebye.. Selamat menyambut ramdhan^^



7 Jul 2014

missing u

Assalamualaikum ,


kenapa  Allah ciptakan rasa rindu, sedangkan rindu itu amat menyeksa si hati comel? "rindu tu antara symptom tahap kritikal  rasa sayang kat seseorang."jawab si jantung comel.

huahua. kenapa kau ecah huh. jiwang di pagi senen  sambil  menatap encik komputer -.- nak balik  KL sekarang!!!! nak jumpa  ibu ayah tercinta, sahabat handai , mak cik2 jiran sebelah yang suatu ketika  pernah menyakitkan hati ku yang gersang akan kasih sayang ni. puitis dok?

p/s : rindu mr. frisbeeeeee jugak!

silalah layan lirik ini yg kutujukan special kebaboom kepada insan-insan di luar sana , kat hakak-hakak n abam-abam bloggers sekalian. ecah rinduuuuu  nak melawat  laman belog anda! " lap ayaq mata "


Stop acting like you’re
so comfortable Because you
and I, we’re still strangers
Stop whining like
you’re a child Because I
haven’t even started yet
I don’t like love that’s
like a child playing with fire
I’m just a little famished,
I’m alright
Actually no, I’m…
Still hating you,
who has let me go
My frigidly cooled
heart is still
Missing you,
missing you,
missing you
Missing you,
missing you
Stop being so obvious
Because the world was
always dark (you heard what I said)
How can you smile so brightly?
(what) But looking closely,
I see your face is sad - ini berlaku pada diriku
(I know I’ve been there before)
I don’t like the
calculative love of adults
I’m just a little tired,
I’m alright
Actually no, I’m…
Still hating you,
who has let me go
My frigidly cooled
heart is still
Missing you,
missing you,
missing you
Missing you,
missing you
The love of my youth
is ending like this
Please be happy Even after a
long time passes, let’s both
remember That we both had
each other back then
We both had each other then
2ne1-missing u


rinduuuuuuuuuu gilaaaaa kat mak ayah ^_^ weekend  ni balik kL!

30 Jun 2014

ramadhan di perantauan

Assalamualaikum uolssssss....
(nada excited ala gedik-gedik)

lama menghilang kan kan, mungkin ada seketul dua yang merindui entri aisyah az.ahaks. tak sangka masuk matrik langsung tak ley nak cuit-cuit belog kesayangan  hampa smua ni. dengki betul encik masa sekarang . tssk tssk

semalam bersahur kat rumah, tapi berbuka kat KMPk. okey itu sedeh. menjejes air mata dengar mak cerita makan kari mamak for berbuka. bersahur lagi parah, rasa nak lari pecut balik key el. kalau ku mampu ~~~

apa-apa pun , aisyah az ingin mengucapkan selamat  berpuasa !!! jangan lupa niat. itu penting  tau.menangis kau puasa satu hari, tapi tak nawaitu.hehe. btwmnanti nak  dekat raya. promise nak hapdet sampai  muntah lemang kalian. nantikan  kemunculan entry terbaik dari ecah yang maintain comel. mohon jangan lempang dahku. bulan puasa ni ingat ingat. =p

6 Jun 2014

Unexpected day has come

Assalamualaikum

Pada hari jumaat yg penuh barakah, finally ... Satu perkara yang ecah paling tak nak berlaku, berlaku jua. Waktu mula-mula masuk matrik, berdoa agar tiada siapa meninggal or anything bad  happens for this 10 month to go.

Janji Allah , mati itu pasti :) i've been informed yang my pak teh meninggal petang tadi.mak tak kasi balik. Mula rasa nak nangis masa lecturer bagi ceramah jugak. *hentak kaki
Ayah macam tau jaa anak dia nak jumpa pak teh for the last time. Akhirnya, berlari pergi HEP mintak pelepasan. Nasib tak tersungkur cium tar. Lols

So i'm here at gopeng, waiting for my parents to take me and continue the journey ke perth-lis.

Semoga roh pak teh ditempatkan dalam kalangan orang beriman. (Anak sulung baru F2) can u imagine how's the feeling of losing a dad at the young age. I could not :'(

Doakan kami selamat sampai :) nasib assignment tak cecah lantai lagi. Huhuhu


27 May 2014

Kasihani aku

Salam,

This is really a short entry. Overall semua okey just have a problem ngan bilik aku.
Smua orang dapat kunci masing-masing and unfortunately, i've got key yg rosak or maybe key lain.
Sekarang tengah duduk bersila luar bilik sambil tunggu roomates lain balik.

Sedehh la bila benda ni jadi. Semua benda jadi delayed sebab kunci haremm xguna!!! Siswi lain pakat mandi dahh, tinggal aku keseorangan menanti roomate balik :( xsukeeee!!! Mana hak saya sekarang haa??

Byebye korang. I really feel sad n tak suka keadaan ni sekarang.dah buat report tapi no action has made :'(

Terpanjang pulok
P/s : (28.5.14) kes kunci dah selesai. Tepuk tangan semua. Dapat kunci baru n official been used semalah lorh. Hahah. Tq u for all the comments. Love love

25 May 2014

menghilangkan diri untuk seketika (i guess)

Assalamualaikum,
ini mungkin post terakhir untuk bulan may. kot . kot laa.

ecah  tengah eksaited tahap  nak nangis  dalam  bonet kereta, kerana esok  ecah bakal bergelar  siswi matrikulasi Gopeng,perak =') hahahha gelak penuh kepalsuan.

mungkin  ecah tak dapat  nak update blog for a few months  becoz bila  dah jadi  budak matrik ni, kena struggle  sampai ketitisan terakhir air sirap mak cik kantin. chasing for 4 FLAT -..-''

honestly, my heart  hesitated either  matrik or asasi unimas. but  lepas  dah  bincang-bicang  di meja membujur. i've decided to further study at matrik for a year ( 10 bulan je kot). i hope that's my best choice. tak mau dah menyesal sambil tarik-tarik  langsir  matrik  lepas ni. insyaAllah everything gonna be okay.

ecah  pergi   matrik kerana :

1) niat  belajar kerana Allah. tuntut ilmu sampai ke liang lahad.

2) sambil menungu result IPG ,yang  tak tahu bila official keluarnya

3) nak balas jasa mak ayah. (ayah  siap beli jam casio ori punya, sobsob lagi)

4) aku  dah takda pilihan lain.Unimas dah say goodbye.IPG i'm waiting for u =)

5) Ainan Tasneem ex-matrik perak. haha. tak da kaitan. kot kot melekat aura dia.

kalau uols rindu doakan lah ecah  supaya  ada masa untuk blog. huhu. maaf for those yg bw tapi  tak sempat membalas, busy kebenor sampai tungang langang bilik. aisyah sayang korang semua.

byebye korang. maaf kalau ada salah dan silap sepanjang penulisan ecah.

i'm wearing sepek mata  all the time sebenarnya. rabun jauh.
 so this is me in real life.

Salam sayang,
ecahwacha!!

Terima kasih encik nuffnang

Assalamualaikum semua

siapa yang  tak sayang  kechetaan  hati para blogger  sepanjang abad ni  iaitu nuffnang. dulu ecah marah-marah sebab cpuv  tak pernah  wujud .mulalah rasa  nak  tacing-tacing  siap  tulis  dalam diari  yang nuffnang  ni tak sayang kat ecah. cewahh.

tapi  sekarang... i love u lah nuffnang.Ada  seketul cpuv on going. tenenenene *goyang pinggang

start  9  may  tapi baru  sekarang aku reti nak berterima kasih. muehehe. sorry yer nuffnang cucuk jari.

cakap  pasal hello kitty .. ecah  memang suka gila HK tu dari  zaman gigi berterabur  dulu. sekarang ni enkorang  boleh dapatkan  dengan kadar  segera  patung  Hello kitty  dekat McD.
                              
comel  sangat  ni. kalau  heret pi matrik pun  2-3 ketul pun  mesti lena nyenyak je.

24 May 2014

18th birthday Aisyah az

Assalamualaikum

18 Mei 96  ecah  dilahirkan ke dunia yang fana  dan insan pertama  yang  ecah  nampak  ialah bidadari dunia. cantik  sangat baq hang, siap  ada tahi lalat di tepi bibir. bertuah  siapa  dapat wanita ni. terus hati tertanya-tanya siapa bidadari  yang  aku nampak ni. akhirnya bila dah besar , i call her "mak" . yeahh my mum is my angel.

pale and disheartened to be matrik student. tssktssk
terima kasih mak dan ayah sebab besarkan ecah  dengan  limpahan kasih sayang. menjejes air mata  bila kena berjauhan  dari  insan yang aku sayangi. pehal emo sangat ni ecah T_T

so on my special day, my friends invited me went to ke-elcici kononnya nak tengok wayang. disebabkan  aku rasa  movie  yang  ditayangkan  tak menyelerakan anak mata aku. so  aku cakap  NO muvie hari ni. dorang  nampak  kechehwa. hahaha bapak jahat  aku.

aku bajet retis. hahaha. shade given by tasha. macehhh awak.
well then they planned to have a lunch  dekat mana-mana pun. asalkan perut  comel  ni kenyang. lastly they brought me to Pizza hut.walaweii enkorang  ni  kemahen cool tau  sebab  kononnya hari tu  aku  adalah  raja  yang  wajib dipatuhi  arahannya. so lokasi aku tetapkan and they paid for me. perhhh. nangis  tepi  abg pizza hut macam ni. sobsob.


benda paling sweet  hari tu ialah ...  waktu nak balik They sang  Happy birthday in the middle of crowded. orang sibuk  nak  beli  token, dorang nyanyi  ala-ala  nyanyi dalam selimut. hahaha  malu  tapi still nak nyanyi. terharuu  tau  ecah  (shed tears) and gave me a little cute teddy bear with  a super duper  cute birthday's card. boleh peluk time memalam.

Thank u enkorang. till we meet again.

hari istimewa  aku  tak berakhir  di situ , balik rumah  dengan terkinja-kinja. tengok-tengok ayah beli kek  and  pizza hut againn!!! more pizza today. nom nom. thank ya Allah kerana bagi kesempatan  sambut dengan  bestfriends dan beloved family.

serabai den. balik-balik mak bagi pisau suruh potong. jangan gelak nohh.
terima kasih mak ayah..sebab ingat  tak nak sambut kat rumah becoz duit banyak perabis  untuk  matrik. but they still wanna to celebrate  my birthday. bukankah itu sangat sweet? sampai buncit perut melantak  sorang-sorang. hehe.

mr frisbee lupa my birthday. hahaha berangin satu badan, nasib tak pancitkan tayar kereta dia.huh -.-

lastly, thank u for uols yang wished my belated bday through wassap, instagram, facebook n wechat. thank u sangat-sangat. kawan-kawan n cikgu-cikgu yg wished . i'm totally touched n happy bcoz they remembered my day !

23 May 2014

Bila aisyah az jatuh cinta

 Assalamualaikum penghuni dunia,

http://petakbunga-diari.blogspot.com/2014/05/bagaimana-kamu-tahu-kamu-sudah-jatuh_16.htm

GA ini dianjurkan  oleh  kak petakbunga . apakah nama sebenar beliau?
entry ni juga atas  pengaruh  kuat  dari Qila. noted.

Malu nak taip tapi  rasa  nak share  jugak  untuk mengimbau  kisah cinta dholu-dholu.rasa nak sekeh kepala pun ada jugak nih. baca  tajuk  pun dah boleh buat   kalian rasa  nak muntah  secara berjemaah kann. hahaha. layan je lah  sebelum ecah  berambus  ke matrik  tak sampai  limapulohjomtigaminit from now..

ehem ehem.
frank to say , ecah kind of person yang  easily  falling in love. nampak je mamat  ensem terus aim sebagai  crush. nampak tak  aku gatal kat situ. tapi. kat sekolah tak banyak  mamat  yg kacak, not my taste. haha. puihh.Padahal  tak da siapa  minat aku thats why  aku banned  semua  lelaki  kat sekolah. *gelak terkepit-kepit.

tapi. once  ecah  dah jatuh  cinta  betul-betuul... memang  berani  mati  statement ni, ecah akan terus  sayang dia  tapi secara diam-diam malu lah. i'm anti couple yer. cewahh. perasaan  jatuh  cinta tu , kemain  dasyat  tau.

walaupun hanya "kawan", tiap  kali  aku  dapat  message  or  wassap dari  dia. mulalah menyanyi  lagu  ayat-ayat  cinta sampai  nak terkeluar halkum. bhahaha.

                                         http://www.vegmomos.com/php/uploads/2014/01/1234790_507426609336082_153884756_n.jpg
petanda  yang dasyat  kan kan kan.  tapi ecah  bukannya  macam tu yer. huhu

bila  dia reply  "hurmmmm " or  "ermm" , ibarat  dia  tulis "aisyahkuuuu ".  hambik kau.

orang tua-tua dulu gossip  pasal  makan tak lalu, mandi  rasa tak cukup , senyum pun herot berot mulut adalah petanda  jatuh cinta. malangnya  petanda tu  tak berlaku  kat  ecah. ecah  cuma akan  rasa  sayang  dan doakan for his happiness. itulah  petanda  ecah jatuh cinta. nama dia sering disebut  dalam doa =')

Mr Frisbee.. kalau anda baca ni. ketahuilah  saya  tengah berbicara  tentang  anda.mimi

dah alang -alang tu, nak bagitau kriteria  lelaki  masa depan ecah :



macam  gary oppa  dia  tak perlu  kacak sangat  tapi  dalam hati  ada taman bunga taik ayam pun okey tau. lelaki  yang romantis gitu. sebab kalau laki  aku  ensem sangat nanti  ada orang sibuk  kacau. macam nasib aaron aziz lah , hehe aku kan minat gila even dia dah kawin. tapi  kalau  dapat  lelaki  ensem  lagi bagus. rezeki kan =) pandang hari-hari pun tak jemu hoii.


lelaki  yang  yakin boleh jadi imam dan bimbing  ke syurga. kalau  baca Al-fatihah  pun tergagap-gagap, bukan  ayah aku je tolak.. aku  pun say No lelaki  yang tak yakin  dengan diri sendiri.

dua tu je ciri-ciri  yang  ecah perlukan. tak perlulah  nak demand sangat sebab aku  pun  masih  dalam proses  nak jadi  muslimah sempurna.  ukur  baju  di badan  sendiri lah kan.  hehe.. nak kawin lagi 5 tahun.. aiikkkkk.. g.a.t.a.l.

terima kasih sudi baca !!  
diam diam  dah la lepas baca ni.

22 May 2014

Mengapa redha suami itu syurga bagi isteri ??

Assalamualaikum  cemuaaa!

Mengada sangat kan tajuk ecah. makin nak gi matrik, gedik search  pasal kawin-kawin bagai. hahaha. cara menghilangkan stress  khononnya. yang belum kawin  pun digalakan baca ya!

selama berpuluh tahun  mak cik-makcik, hakak-hakak dah kawin, mungkin tak sedar  pentingnya redho seorang suami. ecah  nak share  satu  artikel ni. ecehh.. malu pulak nak bincang pasal ni. tampar muka sendiri.


Suami  dibesarkan oleh ibu  yang mencintainya seumur hidup.Namun setelah dia dewasa,dia memilih untuk mencintaimu(isteri) yang  belum tentu akan mencintainya seumur hidupmu. Malah, cinta suami padamu lebih besar  daripada  cintanya  terhadap ibu sendiri. betul kan?

 
Suami dibesarkan sebagai LELAKI yang ditanggung nafkahnya oleh kedua ibu bapa sehingga dia sudah dewasa. Namun, belum sempat  suami  membalas segala  pengorbanan ibubapanya, dia telah bertekad  menanggung  nafkahmu, yakni perempuan asing yang baru je dia kenal dan  perempuan yang terikat  dengan akad nikah  tanpa ada ikatan rahim seperti  ibu ayahnya.  

♥      ♥

Suami menghabiskan  masa dan cuba memuaskan keinginan anak-anak dan dirimu. Padahal di sisi Allah, isteri atau ibu tiga kali lebih dihormati  tau  oleh  anak-anak berbanding dirinya (ayah). Si suami tidak pernah sekalipun  berasa  iri hati, kerana dia  mencintaimu  dan berharap  isterinya  mendapat yang  lebih  baik  daripadanya  di sisi Allah.

 
Suami selalu  menutupi masalahnya  dihadapan isterinya dan berusaha selesaikan masalah sendiri. gentleman bukan? Sedangkan si isteri selalu mengadu domba segala masalah dari hal kerja sampai  masalah  terlepas  sale date kat Sogo dan kalian berharap suami boleh tolong dan  bagi harapan.

Malah ,kita tak tahu sebenarnya di saat  kita sibuk potpet potpet, suami  tengah mengalami  masalah  yang lebih besar  tapi dia rahsiakan sebab  tak nak susahkan hati isteri. ermm


 
Suami berusaha  memahami bahasa diammu.isteri acah-acah merajuk gitu serta bahasa tangisanmu sedangkan si isteri  mampu memahami suami tatkala  dia  bagitau  yang dia tengah marah, tacing.




 ♥    ♥    ♥  ♥
Jika   isteri  melakukan dosa  secara  tak langsung suami  akan ikut  terseret  ke  neraka  kerana  dia  bertanggungjawab atas  maksiat  yang dilakukan oleh isteri. 

contohnya: isteri  tidak menutup aurat dengan sempurna  atau  malas nak solat.

Tapi...... bila dia yang membuat dosa, isteri  tidak  diseret sekali ke neraka jahanam, apa  yang  telah dilakukan  oleh suami  adalah  perkara -perkara  yang suami  kena  tanggung sendiri!

               --
Selalu  orang cakap  menjadi  seorang  ibu mak mama  umi  amma sangat  susah sebab kena lahirkan anak  yang sakitnya tidak dirasai  oleh kaum lelaki. Yeapp memang  betul pun. tapi. lelaki  juga  ada  tanggungjawab  lagi besar. Allah itu Maha Adil =)
kenapa  ayah  tak bawak along pi main kat taman bunga cenggini. hikhik
ecah teringat  dekat  ayah  masa baca artikel ni. ayah  sanggup  redah  hujan  sebab  nak  bayar  yuran. Allahu . ecah  akan cuba balas segala kebaikan  Ayah  selagi  mampu. i  u ayah!!

Thank u for reading!

17 May 2014

Soalan cepumas dari abang anas Sayang.

Assalamualaikum uols !!


okey. Sayang tu nama  commercial abg anas  yer. jangan  korang buat  gossip  tak tahuan hala.kang makwe abang anas serang ecah pulak. mintak simpang aihh.

         1. Empat barang wajib bawak sebelum keluar rumah

-Ai phong paiv si.  kesayangan hati,limpa, peparu. kalau lupa, suruh ayah turn back balik. -.-''
-cermin mata. boleh sesat  tanpa ni even  hanya pergi  taman belakang umah.
-Purse. semua  harta pusaka, surat cinta, geran tanah dalam ni. hahahaha
-buku 555 +pen. ecah suka menulis bila dapat idea of something. bajet  gitu.



2. Empat tab(website/application) wajib bukak bila on laptop/online via mobile.
- belog ecahwacha. blogger dia comel gila. hahaha. aku dah kenapa ni >_<
- matrikulasi perak ( wajib search sebelum jadi  orang sana.tssk tssk)
- wassap (mobile) harus bukak untuk mengeratkan lagi silaturahim 
-facebook kott.. sebab aku ada konflik dengan encik mark zukerberg . jarang sekali online.

3. Empat channel wajib browse bila on tv.
-SBS ONE HD
-KBS 
-Fox movie
-Astro ceria (chibi maruko chan) *jangan gelak noh


4. Empat lagu wajib dengar setiap hari. 
-Soyu ft junggigo (SOME)
-CNBLUE ( CAN'T STOP)
-IU ( FRIDAY)
- 1D  (Story of my life)

Terima kasih  abg anas  sebab sudi tag ecah. My feveret blog  also. hee. Ecah tak  mampu nak buat soalan for other sebab tengah busy  tahap  rasa  nak  nangis  tepi  mak  pikir pasal matrik.

ecah akan bw belog kalian sebelum  tertidoq  mimpi aaron aziz

16 May 2014

Aisyah Az sambung belajar ke mana?

Assalamualaikum,

Aisyah Az itu saya !! sapa curik gambar ni  kena  back hand kang.
Korang  mesti  rindu  dekat  budak tecit ni kan kan kan.. baik ngaku  cepat! haha
ecah  terpaksa  menghilangkan diri  untuk  mancapai kestabilan  mental semula. takda pun yang tanya  ecah  dapat uni mana or nak sambung belajar mana. okey fine T_T. sekarang  tak kira, nak reveal juga  aku  ditawarkan ke mana.

1) Matrikulasi  Perak (KMPk) -sains

Yess. aku  ditawarkan ke sana. Alhamudlillah. dapat modul 1  mak aii  memang  huru hara lah nanti (negative mindset). masa dapat tahu ni, result UPU tak keluar lagi. kononnya matrik ni last choice lah kan.sebab  nawaitu  nak jadi hakah-hakak U je. poyoo je kan aku -..-

p/s: siapa  dapat  matrik  ni. sila bagitau di ruangan komen.hahaha. baru ada geng kat sana =p

2) UNIMAS -Asasi  Sains hayat

Alhamdulillah. i'm very thankful to Allah  sebab  dapat  kos  yang  aku  nak sangat hoi.aku kan memang nak gila  jadi  Paediatric..haha tapi. UNIMAS  terletak di sarawak dan  aku  kena sambung degree kat sana. wajibalghunnah tahu. My mum  memang  tak setuju tapi she's put the decision on me. so  AKU  TOLAK ke unimas. restu mak ayah penting untuk sambung study tau.

maybe uols  akan cakap  aku  ni  tak reti bersyukur. nope. aku bersyukur sangat-sangat .AllahuAkbar. aku  yakin Allah  ada perancangan  yang lebih baik. atas  sebab tertentu  aku  tolak. ermm.. medic byebye.

3) IPG 

ingat  tak cerita sedeh aku tertinggal surat beranak??  Allah Maha Mengetahui. aku dapat  panggilan temu duga untuk kursus sejarah (SK). alhamdulillah, baru semalam  pergi  interview. semangat iols tau. i've done my best n now tawakal sahajalah kan.

p/s: menjadi  guru ialah impian ecah sekarang. my parent bagi  restu iols  menjadi seorang guru. yeahhh.. doakan untuk ecah yer. aamin. Guru-to-be insyaAllah.


Happy Teacher's day to all my Teachers .without u guys i would not be like what i am now. May Allah bless all the teachers ! love u =')


8 May 2014

Khas buat pembaca blog Aisyah Az

Assalamualaikum hakak-abam sekalian
(kaum lelaki  pun jangan lah terus close blog ecah bila nampak entri ni. meh jemput baca  sampai  habis  tau. hihi.)

Ada baju  raya, kasut  raya, kuih lomang semua  dah  siap  bungkus  dalam  bag. tapi. kalau  tak da  tudung yang sesuai nak  pakai  masa raya  mulalah mengelabah  sakan khoon. terutamanya  orang  macam ecah  memang  suka  cari  tudung  last  minit. sigh -.-''

hambik  mood  tudung dholu  yer. hihi  _

Bagi  mengelakkan  berlakunya adegan  muka-muka kelat cekelat serta tarik menarik tudung  di pagi lebaran. kaum  wanita  sekalian. mak cik ,hakak, mak long semua  boleh  singgah  and  membeli  secara  online  di  Tudung2u. oh yeahhh. yang  tak da instagram  tak perlu sedih  keluar  air mata lah kan. sebab  korang  boleh beli  kat  website tudung2u je terus!



Tudung2u  seyogianya  sebuah  gedung tudung online  yang terbesar  di Malaysia. Pelbagai variasi  jenama  tudung  di jual  dengan  harga  yang  sangat  murah, boleh  buat  korang terlentang  ke lantai  tengok  tudung  lawa gilos. semua  jenis  tudung ada tau. bukankah  itu sangat  cool?

kepada mereka  yang  suka  pakai  shawl , Tudung2U jugak  ada  jual wide shawl  pelbagai  patterns  yang  terkini. latest  tau uols.

HALFMOON SHAWL!!
Ini hanyalah sebahagian. ada  banyak  lagi shawls  yang berkualiti, pergi  ziarah  website Tudung2u cepat-cepat!! semurah rm20.00 T_T tssk tsskk.

tudung bawal empat, tiga ,tujuh segi membujur. hehe dan  tudung bawal  kelantan no 1 pun ada  jugak. peminat  tudung bawal apa lagi  yang  kalian  tunggu?


lawa kan. boleh dipakai  untuk semua acara. yang penting  selesa  dan  meletop! ahaks.sebenarnya  kalau  boleh  semua  gambar  ecah  nak  sumbat  dalam  blog  picisan ecah ni. nanti  line  korang  jadi  lembab  kang.so apa  kata  korang terus  je  terjah ke  web Tudung2u   agar  lebih  jelas  dan berpuas hati  nak borong tudung.

Lagi  best tak  terhingga ialah   FREE  POSTAGE !!! hebat  bukan?

Special untuk  anda  semua  yang disayangi,

kepada  pembaca  blog  ecahwacha. ada  penghargaan untuk korang semua iaitu sebanyak 15% diskaun diberi  kepada semua  pembaca  blog  aisyah  az  dengan  hanya  menyertakan  kod :

                                               ADN2014
*tamat  pada 31 MEI 2014

jangan  lupa sebutkan sekali  kod  tersebut tau  masa  beli  tudung  di  Tudung2u. boleh  dapat diskaun terus.khas  untuk  anda semua  yang  sudi  baca  blog ecah. sobsob *terharuu.

p/s : untuk abang-abang, sempena  hari ibu  ni kan .. kalian boleh hadiahkan tudung  untuk insan tersayang. kat makcik-mak cik  pun boleh .hihi. mesti  mak uols  gembira  senyum sampai  ke kening.

Terima kasih  sudi baca . rebutlah  peluang diskaun 15% peratus ni  yer!

GiveAway CASH RM50 by Cik Ayue

Assalamualaikum

ecah's back. sila  tepuk  tangan sekarang. kau dah kenapa cha? hehe. kali  ni  cik ayue  buat  GA  yang lagi meletopp. giveaway cash rm50 .rasa bijik mata  macam  terjojol keluar. RM 50 kot. ikut nasib dapat RM50 free gitu.

syarat dia pulak sangat lah simple. picit  banner  untuk tahu lebih  detail  dan join  GA ni. Goodluck uols.

(Haruslah klik banner di atas untuk join)

facebook link : klik sini kak ayue syg
instagram id :@AISYAHAZIZON


Jom ramai-ramai meriahkan GA Cik Ayue!!



3 May 2014

Tenanglah bonda di sana ♥

Assalamualaikum,

hujan  lebat  membasahi  lantai  bumi  diiringi  paluan  guruh  dan  kilat  yang kuat.bumi seakan  turut  sedih  serta  hiba  kehilangan  seorang khalifah  Allah, pergi  meninggalkan dunia  yang  fana.

3 Mei 2014 /  3 Rejab 1435 Hijrah

Allah  telah menjemput  bonda  tercinta , Roslina Abdullah Zawawi kembali  menghadap-Nya. Pemergiannya  cikgu  cukup  mengejutkan  kami  semua.

"cah , aku nak bagitau sesuatu  pasal  cikgu  roslina " liena  menelefonku pada pukul 16:56.

Hati ecah mula  berasa  tidak senang. dup dap dup dap .

   " cikgu  dah  meninggal... sobsob" suara  liena menahan  sebak . innalillahiwa'iinalillahiraji'un.

Allahuakbar. aku  menangis semahu-mahunya. bukan kerana  aku  tidak  meredhai  permergian beliau tapi  kerana insan yang  aku  sayang  terlebih dahulu pergi  menemui  Pencipta yang Agung. Malah  ada  sekelumit  perasaan lega lantaran  cikgu  telah  banyak  menderita di dunia, kini  cikgu  dah  boleh berehat  selamanya.
  
baca  kat sini  kalau  nak tau  kisah  bonda 5C

Warkah  buat  bonda Roslina Az ,

Salam  penuh kerinduan buat  bonda  yang dikasihi , Roslina Az. Masih  ingatkah cikgu pada anak  murid bernama Noor Aisyah Azizon ? Sungguh  aisyah  berharap  dapat  berjumpa  dengan  cikgu  buat  kali  terakhir sebelum  cikgu  meninggalkan dunia. Namun, perancangan  Allah  adalah  yang sebaik-baiknya. Di saat  hati meronta  ingin bertemu  denganmu. Kami  diberitahu  keadaan  cikgu  tidak mengizinkan kami  untuk  bertemu  di HKL. Aisyah  pasrah  dan  tidak  lupa  mendoakan  cikgu dari jauh.

Terima  kasih  atas  pengorbanan  cikgu  mengajar  kami  walaupun cikgu  sedang  berlawan  dengan  penyakit  yang masih  tiada  ubatnya. andai  kami  tahu penderitaan  cikgu  lebih awal, sudah  tentu  kami  akan membiarkan  cikgu berehat  tanpa  perlu  berdiri  terlalu lama  di hadapan  kelas. andai  kami  boleh undur masa, kami  tidak akan sesekali  menaikan  kemarahan cikgu. kami  sedar  bahawa  terlalu  banyak kesalahan  yang telah dilakukan  sepanjang  kita mengenali  antara satu sama  lain. mohon  maafkan kami wahai  bonda .

bonda tersayang,

me (pink) with cikgu

terlalu banyak  kenangan  manis  kita kongsi bersama. walaupun kenangan itu  seakan  kabur  dari  fikiran  tapi ada beberapa  moments  yang  aisyah  ingin kongsikan malah masih segar di ingatan.

cikgu  ingin melawat  puteri  yang kena demam denggi. cikgu  amat risaukan kesihatan  anak murid  cikgu, aisyah dapat  rasakan kegusaran  cikgu .banyak  kali cikgu bertanya  pasal  puteri dan ingin melawatnya.Saya, arina dan tasha volunteer  nak teman cikgu  melawat  sahabat  kami.SubhanAllah cikgu sangat  prihatin dan penyayang. cikgu  siap  belanja  kami  makan bihun sup utara  dan cendol di setiawangsa (berhadapan sekincan).sangat santai.. makan di tepi jalan sambil angin  turut  meraikan kami. halalkan makan minum yer cikgu ='). semasa  dalam perjalanan pulang, baru  cikgu cerita kepada  kami mengenai  penyakit cikgu. cikgu mengalami period  pada jangka masa  yang panjang  (cikgu tak cerita  pasal  kanser sebab belum tahu  result  dari check up) lantara doktor daripada india belum sampai.  Allahu Akbar. kami  mula  risaukan cikgu. terutamanya  cikgu terpaksa berdiri semasa mengajar.

Aisyah ingat  lagi  saya , cikgu ,arina dan liena stay di sekolah sampai pukul  7 sebab  nak hias  kelas. pasang skirting, langsir hand made. hehe  dan  tampal wallpaper di boards . penat lelah  itu berbaloi  tau sebab  kelas  kami  banyak kali dinobatkan juara kelas tercantik dan terbersiihhh,kesuluruhan bagi tahun 2013. kami  ajak cikgu beli barang-barang kelas di big aeon then cikgu belanja makan lagi. baiknya cikgu. Tanpa  idea  cikgu, belum tentu  kami  dapat  meraikan kemenangan  yang amat  indah.
rindunya  saat  kita bersama ,cikgu.


Masya-Allah .. sungguh  aisyah rindukan  semua perkara mengenai  cikgu. kalau aisyah tahu cikgu bakal meninggalkan  kami secepat ini, akan ku  hargai  setiap  detik  dan saat berada bersama cikgu. tapi semua  itu cuma "kalau" =')

wahai bonda tercinta ,

aisyah yakin semua perkara  yang terjadi  ada hikmahnya. pemergian cikgu  menaikan  semangatkami untuk  terus  menuntut  ilmu hingga ke liang lahad. setiap nasihat dan didikan akan kami praktikan sepanjang hidup. insyaAllah, kami berusaha  menjadi  insan yang berguna di dunia dan akhirat. cikgulah yang terbaik. editor majalah yang sangat  kreatif  dan insan yang selalu  berfikir jauh mengenai  anak bangsa. Jasa  dan pengorbanan besar  cikgu sebagai pendidik   sangat berbaloi.akan kami kenang  sampai  bila-bila . hadiah  grad A  dalam subject BM spm mungkin  bukan  pemberiaan  yang mahal  dimata dunia  tapi  kami berharap  cikgu gembira akan keputusan kami.


terlalu banyak  yang  ingin ecah kongsikan di sini, namun tidak akan ada kesudahannya. Izinkan aisyah  meletakkan noktah  pada  warkah buat mu bonda.Tangisan  kami sebenarnya  perasaan syukur  kepada  Allah  yang  Mencipta  dan Memiliki  kita.Kini  cikgu telah pulang ke pangkuan  Pemilik  Yang Maha  Esa. Semoga  damailah  cikgu di sana  bersama  mereka  yang mendapat  redha-Nya. terima kasih cikgu!


Kita  akan  bertemu  kelak  di  alam syurgawi dalam  kehidupan  yang kekal abadi.Setangkai  doa  dan Al-fatihah  terus  kami kirimkan. Tuhan lebih menyayangi  dirimu.. kupasrah  di atas  kehendak  Yang Esa. Al-Fatihah

Salam kerinduan dan sayang,
 Nur Aisyah Az (commercial name ni actually curik nama cikgu .hihi . "AZ ")

♥-♥-
ecah  tak  kisah  kalau  korang tak nak baca /komen entry istimewa ni. entri  just sebagai  tanda  ingatan ecah  terhadap bonda  yang  disayangi. tulus ikhlas ecah  menaip  sambil menahan sebak.

sementelahan itu,
terbaca  PM antara  kami berdua, tak akan aku  padam  perbualan ni sampai  bila-bila :


klik gambar untuk  tumbesaran sebesar  cinema

Namun ,ecah  ada  rasa  kesal  kerana tidak  dapat  bertemu dengan cikgu pada tahun ni.rancang macam nak rak tau. last sekali  kami  tak dibenarkan melawat. Ecah nak berikan button badge 5C yang baru siap sebulan lepas. tapi  sekarang  ecah  akan  simpan  ketat-ketat =)

 

Di saat ini, jasad  cikgu  masih  dalam perjalanan pulang ke kg halaman di kelantan . Semoga dipermudahkan segala urusan pengebumian . Allahu ..sedihnya  masih tak dapat dibendung. walaupun  baru  kenal cikgu  setahun lebih je. bulan 4 2014 cikgu dah stop mengajar . rasa sayang sabagai pelajar dan guru tak akan terpadam. 

InsyaAllah kita  berjumpa di syurga ya cikgu.. ^_^

betul.. mati  itu pasti! sayang cikgu sangat-sangat !! ^^
Semoga  bonda ditempat dalam kalangan  orang  yang beriman dan soleh =)

terima  kasih  kepada  blogger yang  doakan  arwah cikgu ecah  .May Allah shower His blessing upon uols.

semasa graduation. cikgu gigih  datang  walaupun sakit. *lap air mata T_T

Total Pageviews